Friday 24 August 2012

Suspek bakar kekasih ditangkap semasa khayal dadah dengan 4 wanita!

KUALA LUMPUR: Suspek utama disyaki membakar Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, yang kini koma sejak kejadian 13 Ogos lalu akhirnya ditahan awal pagi semalam ketika dalam keadaan ‘lalok’ (khayal) akibat pengaruh dadah bersama lima rakan, empat daripadanya wanita.

 

Remaja lelaki berusia 18 tahun itu yang juga kekasih mangsa ditahan kira-kira jam 3.30 pagi bersama lima rakan berusia 18 hingga 20 tahun di dalam sebuah rumah panjang di Setapak Jaya, di sini, yang jaraknya hanya kira-kira lima kilometer dari lokasi Nurul Firzanah dibakar. Sumber polis berkata, serbuan diketuai Pegawai Siasatan Kanan Jenayah dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul (Zon Setapak), Asisten Superintendan Shan Gopal bersama sepasukan anggota hasil risikan dan maklumat orang awam. Menurutnya, siasatan polis mendapati sejak kejadian 10 hari lalu suspek tidak keluar dari rumah itu yang menjadi tempat persembunyiannya bagi mengelak ditahan polis selepas gambarnya disebarkan di media.

“Sebelum serbuan dilakukan, polis membuat pemantauan di rumah berkenaan selama hampir lima jam bermula jam 11.30 malam dan serbuan dilakukan menerusi pintu belakang dan depan secara serentak.

“Suspek cuba melarikan diri, namun dapat dicekup dan ketika itu dia dan rakan-rakannya didapati berada di bawah pengaruh dadah, malah polis turut menemui peralatan menghisap dadah di rumah berkenaan,” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah yang dihubungi semalam mengesahkan penahanan suspek utama itu serta lima rakannya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di rumah berkenaan polis turut menemui beberapa bahan bukti penting, antaranya pakaian dengan kesan minyak petrol yang dipercayai digunakan suspek semasa membakar mangsa. “Polis turut merampas telefon bimbit suspek selepas mendapati di dalamnya terdapat beberapa mesej berbaur ugutan antara suspek dan mangsa,” katanya.

Ku berkata, selain suspek, lima individu yang ditahan bersamanya turut didapati positif dadah dan semua mereka kini direman lima hari bermula semalam untuk siasatan yang dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Sementara itu, bapa Nurul Firzanah, Mat Zaki Mat Hussin, 45, yang dimaklumkan mengenai tangkapan suspek mengucapkan rasa syukur dan tahniah di atas kejayaan polis.
“Alhamdlillah, solat hajat dan doa kami sekeluarga serta orang ramai dimakbulkan Allah. Kami berharap dia (suspek) akan menerima pembalasan setimpal dengan apa yang dilakukannya terhadap anak saya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 pagi 13 Ogos lalu, Nurul Firzanah yang keluar bersama suspek disimbah petrol sebelum dibakar di kawasan semak berhampiran Flat Wangsa Sari, Seksyen 1, Wangsa Maju, hingga menyebabkan dia koma manakala 25 peratus tubuhnya terutama bahagian muka hingga paras pinggangnya terbakar.

Harian Metro Selasa lalu melaporkan remaja itu berkemungkinan akan koma untuk tempoh antara tiga hingga enam bulan kerana Mat Zaki diberitahu doktor terpaksa memberinya ubat pelali supaya dia terus tidak sedarkan diri.

Menurutnya, rawatan itu adalah terbaik untuk mangsa kerana Nurul Firzanah yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) akan bertambah teruk dan sakit jika dia sedar daripada koma dalam masa terdekat.

PS: Sepalui2 orang ni melompat, akhirnya tergolek ke tanah juga..  PADAN MUKA!
Share:

Recommended Webhosting & Domain Services

HUBUNGI

Sila hubungi saya di:
email : admin@pullbackforextrading.com

ENJIN CARIAN GOOGLE

Arkib

Blog Archive