Monday 29 January 2018

ELAKKAN DARI JADI MANGSA SCAM! SEMAK DAHULU INFO PENIAGA ONLINE

ELAKKAN DARI JADI MANGSA SCAM! SEMAK DAHULU INFO PENIAGA ONLINE MELALUI WEBSITE KHAS INI

Zaman sekarang ni ramai sangat penipuan atas talian dan ramai juga mangsa yang terkena. Kita tidak kenal mereka ni sebab nak kata meyakinkan, memang agak meyakinkan jugalah. Tak kurang juga yang mempunyai lesen SSM dan pejabat yang beralamat. Namun kalau nak menipu tu, menipu juga la kan. Pejabat boleh tutup, SSM boleh je batalkan.

So, macamna nak elakkan ni? haaa... terdapat satu website khas yang boleh kita jadikan semakan maklumat seseorang peniaga tu samada dia betul atau penipu.

Melalui portal CCID ini anda boleh semak maklumat seseorang penjual tu. Jika si penipu tu aktif menipu dan terdapat laporan mengenainya, maka rekod jenayah tersebut boleh disemak di sini.


Untuk makluman, ini bukanlah jaminan akan ada maklumat rasmi kepada semua penipu sebab maklumat yang anda perolehi hanyalah berdasarkan rekod laporan polis terhadap si penipu.  Mungkin ada penipu yang masih hidup bebas diluar sana atau mungkin juga ada yang baru nak jadi penipu dan belum ada laporan polis lagi terhadap mereka jadi susah sikitlah nak detect penipu-penipu ni.

CONTOH CARIAN

Saya mencuba untuk membuat carian dan berikut hasilnya;

contoh scammer/penipu

Jika benar si penjual/peniaga itu scammer maka paparan di atas akan muncul. Maklumat di atas saya dapat melalui group telegram jual/beli eWallet.


AKHIR KATA...

Oleh itu laporkan jika terdapat sebarang penipuan jika anda pernah menjadi mangsa atau mengenali siapa-siapa yang pernah jadi mangsa supaya kita boleh bersama-sama membanteras penipuan online ini.

Sekian dulu dari saya.

MNN 



Share:

0 comments:

Recommended Webhosting & Domain Services

HUBUNGI

Sila hubungi saya di:
email : admin@pullbackforextrading.com
whatsapp: 0168225295


ENJIN CARIAN GOOGLE