Friday, 28 December 2018

TQ Google!

Assalamualaikum semua!


Tahun 2018 sudah semakin mahu melabuhkan tirainya. Sudah pasti tahun ini tahun yang sangat banyak menduga mental dan fizikal kerna terlalu banyak perkara yang memerlukan usaha dan pemikiran untuk penyelesaian terutama untuk perkara-perkara baru dan agak janggal. :) :)

Dalam masa yang sama juga tahun ini tahun pertama menguji adsense pada blog kewangan saya. 'Letak' dan collect pada penghujung tahunnya.

So pada disember dapatlah collect sikit. :) :)

Plan untuk terlibat dalam adsense ini sudah wujud sejak zaman friendster dulu di mana pernah terjumpa satu artikel mengenai founder kepada kod grafik untuk menyediakan kod css/html kepada laman sosial ini menjana lebih USD1 juta hanya melalui adsense.

Lama nak try ni, apply dah ulang-ulang tapi tak lulus, jadi abaikanlah dalam masa lama.. Awal tahun mencuba lagi dan lulus dengan baik sekali.

Mahu apply? pastikan blog atau website anda berusia lebih 6 bulan dengan content yang original dan bukannya copypaste dari blog lain. Paling penting, jangan langgar hakcipta seperti free download movie, ebook pdf atau apa-apa jua kandungan yang terpelihara dalam akta hakcipta.

Seperkara lagi, jangan ada apa-apa text atau iklan yang menyatakan 'sila klik iklan ini' ya.. Saya pun tak pasti kenapa tapi mungkin tak mahu galakkan fake click agaknya. Maklumlah, income adsense ni datangnya dari click. -_-

Jika sudah apply dan masih tak lulus, di penghujung artikel ini saya berikan tips mudahnya untuk lulus. :)

Minimum

Jika anda berada di Amerika, minimum pengeluaran adalah USD50. Jika anda luar dari Amerika maka minima adalah USD100. Jadi jika anda mahu cashout kenalah tunggu sehingga USD100 dahulu. Jika anda mahu cashout lebih dari USD100 pun boleh, anda hanya perlu tetapkan minima anda kepada 200, 300 ataupun 1,000.





Kaedah penerimaan wang mudah dan pantas

Terdapat berberapa kaedah seperti bank transfer(wire transfer), check dan Western Union. Jika anda mahu kaedah yang sangat mudah, gunakan Western Union kerana proses pengeluaran boleh dilakukan dalam masa sehari berbanding Wire transfer dan Check. Waktu operasi Western union pula adalah setiap hari dari jam 9 pagi ke 6 petang termasuk hari cuti.

Best kan?

Tempoh atau tarikh bayaran?

Tarikh pembayaran adalah setiap 21HB setiap bulan. Bukan awal bulan ye.. So maksudnya kalau dah 21 HB dan sudah cukup syarat minima, so akan automatik akan dikeluarkan payment. Biasanya google akan maklumkan melalui email yang anda daftarkan untuk adsense untuk tuntut wang anda. Jika anda tidak tuntut, mungkin dalam 60 hari(saya pun tak pasti), wang akan dikembalikan ke adsense anda. So jangan risau, wang tak hilang. hehehe..

Kalau tak cukup syarat, ia akan dilanjutkan ke bulan depan atau bulan depan lagi sampai cukup syaratnya.

Jika blog anda berpotensi menghasilkan secara konsisten amaun atas USD100 dalam masa kurang sebulan, anda boleh tetapkan tarikh tertentu untuk pembayaran anda dengan tempoh 12bulan atau setahun sebagai maksima. Jadi jika anda bercadang mahu jadikan ia pendapatan tahunan ala-ala ASB punya dividen tu bolehlah tetapkan setahun baru cashout.

Jika anda pilih method WU ni, sila klik bahagian payment, kemudian klik Quicklink dalam tempoh tersebut dan dapatkan resit yang tertera nombor MTCN untuk dapatkan wang anda di WU berdekatan.


Anda hanya perlu kemukakan IC atau passport anda untuk claim. Urusan akan siap tak sampai 5 minit jika tak sibuk dikaunter tu.



Tips mudah lulus adsense

Sudah punyai blog yang cukup syarat tapi masih tak lulus? Okey caranya cukup mudah. Sila tukar email anda untuk apply adsense.

Selagi blog anda tidak melanggar apa-apa syarat, inshaAllah pasti akan lulus punya.

So, sampai sini dahulu la artikel ini. Saya doakan agar tahun 2019 tahun depan para pembaca blog saya akan lebih sukses dalam kehidupan(dunia dan akhirat) dan bebas masalah kewangan.


amin!


MN
28/012/18

Share:

2 comments:

Sofinah Lamudin said...

Congratulations sweetheart! Keep it up dear!

Mohd Nasyit Studio said...

Tq darling..!! :) :)

POST PALING POPULAR

HUBUNGI

Mahu berkolaborasi dengan saya seperti:
- Review
- Iklan/Promosi

Sila hubungi saya di:
email : admin@pullbackforextrading.com
whatsapp: 0168225295


MOHD NASYIT GAMING