Wednesday 30 October 2019

LIBRARY TANJUNG ARU

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Di kelapangan ini terasa nak upload pula gambar-gambar terkini bersama wife. Atleast tiada la usang sangat blog personal ni..


Sibuk dengan aktiviti menyebabkan blog ni agak sepi kebelakangan ni.. So kali ni nak share sikitlah foto-foto bersama wife.. Nanti di masa akan datang bila tengok balik post ni teringatlah moment-moment semua ni.. hahaha....

Lepak di library tanjung aru

Last time melalui kawasan ini library ini masih belum siap. Tapi lawatan kali ini nampaknya sudah siap sepenuhnya dan sudah beroperasi.

Tempat ini agak unik dan menarik dan dari segi rekabentuk juga agak cantik. Ia agak berbeza dengan rekabentuk biasa library yang pernah saya lawati.






Hujan...

Dah masuk hujung tahun ni agak kerap jugalah hujan. Adakalanya agak terganggu juga la aktiviti nak jalan ke sana-sini..



Buku dan buku...

Terjumpa buku ni kat kedai popular dan times. Tapi memandangkan koleksi sebelum ni dah agak banyak, so batalkan niat dulu nak tambah koleksi.

Silap-silap takde tempat nak letak dah..







Salt and Paper

Kedai ni agak cantik dan unik tapi agak jauh juga nak ke tempat ni. Apapun boleh tahan harga barang-barang dalam kedai ni...



Lukisan besar...

Terjumpa lukisan yang agak besar ni.. ia sangat cantik dan... macamna la boleh lukis besar sangat tu... erm...



KK Sentral sudah beroperasi..

Tempat ni dah dibuka untuk beroperasi tapi sayangnya cuma terhad untuk lalu ke Sipitang, Brunei dan WP Labuan sahaja. Bila la nak full operation kan?...


Mungkin ia akan ambil sedikit masa untuk beroperasi sepenuhnya di mana nanti mungkin terminal bas di Inanam juga mungkin akan dipindahkan ke sini. So senanglah nak naik bas ke Sandakan ataupun Tawau..

Oklah,

Rasanya sampai di sini dahulu untuk posting ni. Tak banyak story yang saya nak tuliskan di sini kerana gambar-gambar ini sudah cukup untuk membicarakan semuanya.

Thanks for my wife for being lovely and caring since we are married.

With Love!

-mohdnasyit-


Share:

0 comments:

Recommended Webhosting & Domain Services

HUBUNGI

Sila hubungi saya di:
email : admin@pullbackforextrading.com

ENJIN CARIAN GOOGLE