Resepi: Soto Makasar
Bahan: (untuk 4-5 orang)
1kg pelbagai bahagian organ dalaman lembu / sapi: perut / limpa / paru / jantung / ginjal (kali ini Amie tidak gunakan daging)
1.5 liter air
2 batang serai - diketuk
3 cm kulit kayu manis
1 cawan kacang tanah - goreng / sangan - kisar halus
garam / perasa pilihan
Bahan kisar:
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih
3 sudu ketumbar biji - sangan
1 sudu jintan putih - sangan
1 sudu jintan manis - sangan
2cm lengkuas
2 cm halia
1 sudu lada putih / hitam
2 sudu rempah sup / 1 bungkus sup bunjut - jika suka
Bahan pelengkap hidangan:
2 bungkus nasi himpit - (pilihan: buras / sohoon)
bawang goreng
daun sup / daun bawang
limau kasturi
sambal taucu - tumis cili padi tumbuk bersama sedikit taucu, perasakan dengan garam dan gula
Cara:
1. Rebus semua orang dalaman sehingga empuk bersama serai dan kulit kayu manis di dalam 1.5 liter air.
(Kali
pertama Amie rebus hingga mendidih dan buangkan air rebusannya. Kali
kedua Amie gantikan air yang baru dan rebus kembali bersama serai dan
kulit kayu manis)
2. Keluarkan semua bahan rebusan dan hiris-hiris nipis dan masukkan semula ke dalam periuk rebusan tadi.
3.Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan garam / gula / perasa pilihan.
4. Masukkan bahan tumisan ke dalam periuk yang berisi air rebusan dan hirisan rebusan tadi. Biarkan mendidih.
5. Masukkan sedikit demi sedikit kacang tanah kisar. Kacau rata.
6. Perasakan sekali lagi dengan garam dan bahan perasa pilihan supaya rasanya seperti yang dikehendaki.
7. Hidangkan bersama dengan nasi himpit atau buran / sohoon celur.
8. Lebih enak jika dtaburi dengan hirisan daun sup atau daun bawang serta bawang goreng.
9. Jika suka bolehlah perahkan jus limau kasturi.
10. Lengkapkan hidangan dengan sambal taucu.
Tq to Amie's Little Kitchen