AYAM MASAK MERAH WANGI PALING WIN!

Resepi kali ini adalah ayam masak merah aroma wangi dan melaparkan!

ayam butter salted egg

My favourite recepi!

MASALAH URL WORDPRESS

Tertukar URL kemudian website rosak? Jangan panik. Saya ada penyelesaiannya.

PERISTIWA 2 MAC 1978

Hari ini 44 tahun yang lalu, mayat Charlie Chaplin dibawa lari dari kuburnya.

uTorrent made easy!

Tutorial ringkas dan mudah menggunakan uTorrent untuk muat-turun file kegemaran anda.

Friday 10 June 2016

MODAL RM4, DAPAT RM100, KUASA PENGIKLANAN FB ADS

Assalamualaikum wbt..


Selamat berpuasa dan beribadah di bulan ramadhan almubarak yang penuh berkat. Moga sihat hendaknya selalu...

Hari ni nak kongsi tips bagaimana hendak menjana wang dari facebook menggunakan fbads(fb advertising) dengan modal minima RM4 untuk pemasaran sehari.

Perkara penting yang perlu take note sini adalah;

  1. produk yang mempunyai conversion rate tinggi
  2. website menjual/terima payment
  3. produk yang mempunyai permintaan tinggi/nich market


So dari semua tu anda boleh setkan fanpage untuk mengumpulkan follower kepada produk tersebut dan jalankan fbads untuk mendapatkan pembeli yang berpotensi..


Produk mempunyai conversion rate tinggi

Bermaksud produk yang mudah terjual kerana anda pasarkan kepada sekumpulan orang yang berminat dengannya. Ia juga bermaksud traffic atau pelawat yang ditukarkan kepada pembeli. Maka produk yang tinggi conversion rate, dalam bahasa lainnya adalah produk mudah dijual kepada pelawat dari iklan anda.

Sebagai contohnya jika di bulan ramadhan ini pastinya produk-produk berkaitan kuih-muih/biskut raya dan baju raya. So target costumer anda adalah penggemar kuih raya atau pembeli baju raya kerana permintaan akan tinggi pada bulan puasa ini.

Product yang sesuai + bulan puasa = Conversion rate tinggi


Website menjual/menerima payment

Ini adalah part paling penting dan kritikal. Anda wajib ada kedai jika hendak menjual. Untuk urusan ini, anda wajib ada satu laman website menjual untuk maklumat produk anda dan cara-cara payment produk anda. Zaman sekarang cukup mudah dimana orang cuma postkan sahaja iklan dan meminta 'PM' dari prospek produk. Ia berkesan juga tetapi adalah lebih baik jika punyai website kerana melalui website itu, pelanggan/prospek hanya akan tertumpu pada produk anda tanpa ada iklan-iklan lain yang boleh alihkan perhatian dia.

urusan payment juga akan lebih kemas dan teratur tanpa anda pening nak jawab soalan ulang-ulang dari customer yg ramai. Hanya perlu sediakan ruang bayaran dan itu sudah cukup untuk menjawabkan soalan bagi pihak anda.

Produk yang punyai permintaan tinggi

Produk yang punyai permintaan tinggi adalah produk yang mempunyai trend pembelian yang tinggi kerana sesuatu fesyen(jika anda menjual baju) atau kuih/biskut kerana keunikan produk itu. Selain itu faktor diskaun juga akan menjadikan sesuai produk itu mempunyai permintaan tinggi.

Dropship
Dropship adalah cara altenatif jika anda tidak punyai produk sendiri. Anda boleh sertai perniagaan dropship secara percuma atau bayaran minima. Melalui ini anda dapat kenal-pasti ketiga-tiga ciri diatas terhadap produk yang ditawarkan. Satu kelebihan dropship ini adalah anda tak perlu setkan website sebaliknya cuma perlu dapatkan pembeli dan selebihnya anda serahkan pembeli itu kepada penyedia dropship anda! mudahkan?

Jika berasa ia sesuai dan boleh jual, so tunggu apa lagi, setkan fanpage, isikan maklumat produk dan mulailah beriklan!
Topup RM3 jer.. hehehe.. Oleh kerana masih ada baki dari kempen pengiklanan terdahulu, so bolehlah tambah dengan RM3 ini jadikan ia RM4.. Very small bajet kan? Saya rasa semua orang mampu nak beriklan RM4 ni. :)


Saya terima pembeli berberapa jam kemudian melalui paypal. So kalau dah paypal ni maksudnya pelanggan luar dari Malaysia.. I mean Brunei, Indonesia dan Singapore lah.. So yang ni dapatlah customer dari Brunei.

Wow macam bestkan?? Saya dapat dari Brunei sebab saya setkan audiens tu untuk Brunei, so ikan saya akan dipaparkan di bahagian Brunei sahaja. Paypal adalah cara terbaik sebab ia boleh uruskan pembelian kad debit/kredit dari pelanggan. Tolak caj sikit so dapatlah RM93.60.

Iklan saya ni boleh tahan juga 'reach'nya sebab RM4 tu cuma dalam jangkaan bawah 400 orang sahaja tetapi semenjak ia adalah produk yang tinggi coversion rate dan nich tinggi maka ia cepat viral dikalangan luar dari reach.. Boleh jadi ia adalah rekomendasi dari prospek itu kepada prospek lain seperti kawan atau keluarga.

Dalam masa saya menulis iklan ini, saya terima lagi 1 jualan bernilai RM100 melalui CIMBCLICKS.. Maka secara totalnya kini sudah mencapai RM193.60 hanya dengan bermodalkan RM4 sebagai pengiklanan. Untuk maklumat semua, produk yang saya jual ini adalah produk digital yang saya hasilkan sendiri, jual dan simpan untung 100%. hehehehe.. So tak ada kaitanlah dengan produk-produk baju raya dan kuih raya tu yer.. cuma nak bagi idea jer.


Okeylah sampai sini dahulu.

Nanti saya akan share-kan lagi info-info menarik mengenai internet marketing laman sosial ini di masa yang akan datang inshaAllah.

Sekian.
Wsslm..

MOHDNASYIT




Share:

Tuesday 24 May 2016

Cantikkan foto menggunakan kaedah khas photoshop


Assalam..

kadang-kadang dah snap foto tapi masih rasa tak puas hati lagi hasilnya. So mulalah nak cari software editing untuk 'mencantikkan' foto. Akan tetapi masih juga tak puas-hati..
Well kalau pernah rasa begitu, try-lah photoshop photo anda! Bukan bermaksud nak ubah fizikal yer.. heheheh.. ubah warna jer..

2 jenis editing yang saya paling suka iaitu;
1 - ubah warna kasi terang(HD)
2 - ubah jadi kartun

Jom lihat photo yang sudah diubah-suai..




Lain-lain foto..







Best kan dapat kasi jadi HD ni?... :)

Sekian dulu.

MOHDNASYIT
Share:

Chest Workouts

Mens Chest Workouts – Most effective chest workouts


Bench Press – Flat

Incline Bench Press

Decline Bench Press


Dumbbell Press

Incline Dumbbell Press

Decline Dumbbell Press

Push Up

Dumbbell Fly’s

Dumbbell Incline Fly’s

Dumbbell Decline Fly’s

Dips

Sumber : http://www.all-bodybuilding.com/




Share:

Sunday 15 May 2016

Photo Editing

Ubah-suai gambar guna Teknik khas retouching image

Assalamualaikum wbt.


Lama rasanya ye tak update blog ni? Biasalah sibuk dengan bermacam-macam urusan sejak kahwin ni so memang jarang ada masa untuk blog ni.. Antara perkara yang disibukkan tu adalah;

1 - bercinta dengan wife
2 - mencintai wife
3 - ulang proses 1 dan 2

hahaha..!! apalah ini semua??

Hajat lama tercapai

Dah lama berhajat nak belajar photoshop ni tapi macam biasalah(kalau tak biasa buat-buat sahaja la sudah biasa), susah nak dapat info yang tepat yang betul-betul kita perlukan. Banyak kursus dan buku diluar sana cuma ajarkan asas-asas tapi masih tak cukup untuk membantu menghasilkan photo-photo editing yang cun-melecun..

So ditakdirkan datanglah bergolek satu ilmu photoshp dari langit tanpa usaha... hihihi.. Dan hasil dari belajar ilmu tersebut dapatlah edit-edit photo sedikit.. Alhamdulillah..

So let's check it out!


Perhatian - ada sesetengah foto ni di ambil pada resolusi rendah, so faham-faham sajalah kalau ada kabur-kabur tu.. hehehe.. Sila klik foto untuk besarkan yer. Tq.

Sebelum 'retouching'
Selepas teknik 'retouching'

 Jom lihat berberapa gambar lain!


Old Town White Coffee Labuan
UMSKAL

waterpark

ujana kewangan

hari raya 2015

BBQ

anak buah


Teknik Photo color grading -






Brian Tracy

Saya sentiasa berpegang dengan nasihat beliau mengenai ilmu - sentiasa upgrade skill dan tambah ilmu baru. Kata-kata ini adalah apa yang telah membentuk saya hingga hari ini.

Photoshop ni susah ker..?

Sebenarnya tak susah, yang penting carilah ilmu dahulu dan ia tak semestinya mahal sebab sejujurnya ilmu yang saya pelajari ini kos cuma RM113(bawah RM120.. saya tak ingat sebenarnya.. hehehe)

Ramadhan is UpNext..

Ramadhan kini tinggal berberapa minggu lagi. So sekarang BZ untuk perancangan ramadhan nanti pulak lagi lah.. Macam biasa, nak berniaga lagi pulak.. hehehe..

So sampai sini dahulu entry ni.

Sehingga berjumpa lagi.

Assalamualaikum wbt.

-Nasyit-










Share:

Wednesday 3 February 2016

Lepak, Make Money, Repeat


Hey yo whats up gengs...


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lama tak singgah nak menulis story kat blog ni jadi hari ni terbuka pintu hati setelah mendapat seru(dah sampai seru akhirnya..) untuk menulis blog..

Sejak kami ni memang jenis yang tak bekerja(makan gaji), so kerja kitaorang cuma lepak kemudian layan biz online, collect duit. Senangkan? kehkehkeh..

Bila dah 'boring' dengan biz lama, so kitaorg akan try biz baru pulak lagi...

Bisnes baru?


Hari ni nampaknya agak bz sikit tengok-tengok design logo terbaru untuk project logo studio dia..

Macam shopping-shopping pulak kan..?

Sekarang nampaknya tengah sibuk nak 'memper-evolusikan' teknik-teknik/skill untuk penghasilan logo baru(semenjak bisnes ini adalah mengenai logo maka prodaknya adalah logo jer lah..).

Bisnes digital ni memang menguntungkan sebab yang jadi cabaran sini cumalah kreativiti dan hasil kerja sahaja.. Berbeza dengan bisnes konvensional lain yang lebih kepada fizikal dan mencabar dari segi persaingan kualiti barang fizikal and what-so-ever(malas nak ulas.. hehehe)

Keberuntungan Bisnes Digital?


Untung memang sangat untung sebab tak perlu simpan stok dan tak perlu modal besar. Cuma perlu ilmu dan skill sahaja.. Yang selebihnya biar kreatif dan inovatif..

Anyway di pendekkan story...,

Kepada yang nak singgah tu boleh la landing ke web page beliau di sini > http://www.sopheestudio.com/

Manatahu berminat kan?

Ok sehingga berjumpa ke entry berikutnya pulak.

BYE! :D


-mohdnasyit-






Share:

Saturday 26 December 2015

ULANG TAHUN PERTAMA

 

 


Assalamualaikum wbt..


Alhamdulillah.. Pada hari ini genaplah 1 tahun usia perkahwinan saya bersama insan tersayang bernama Sofinah @ Sophee..

Tahun 2015 ini sudah tentunya menjadi satu tahun yang penuh cabaran dan kegembiraan bersamanya.. :)

Betullah kata orang, hidup rumahtangga itu lebih baik dan lebih bagus berbanding hidup sebagai couple sahaja.. Perkahwinan itu lebih menenangkan jiwa dan membuka lebih banyak pintu-pintu rezki dan keindahan dalam hidup.

Kahwin itu BEST!

Sesiapa yang bercadang nak kahwin tu saya syorkan stay positive! Why? ok sila baca lebih lanjut post ini..

Rata-rata saya perhatikan ramai yang suka berfikiran negatif sebelum nak berkahwin ni.. ada yang kata nak ada rumah dulu, nak ada wang juta-juta dulu... hehehe.. just kidding! Apapun alasan itu, percayalah ia hanya akan melambatkan lagi proses kahwin itu sebenarnya.

Tak kurang juga ada yang beralasan nak ada segulung dua tiga gulung $%^&* dahulu baru kahwin.. Oh common! nanti dah tua dah tak syok nak kahwin. Ye la dah usia lanjut dan makin banyak komitmen, sudah tentu hilanglah syoknya kahwin tu.

Jadi mana-mana rakan atau pembaca blog ini yang tengah plan-plan nak kahwin tu saya ucapkan syabas dan teruskan plan tu sampai menjadi sebab perkahwinan ini akan membuka lagi banyak rahmat, berkat dan rezeki dari Allah SWT.. Sebab tu la saya kata kahwin ini memang syok!

Memilih online bisnes kerana lebih masa bersama...

Part yang paling seronok di sini adalah dapat hidup bersama-sama sebagai usahawan online di mana sumber pendapatan dijana dari online bisnes yang seterusnya membolehkan kami sentiasa bersama sebagai pasangan romantik dan usahawan bersama.. hehehe..

Asal ada internet dan laptop, memang bisnes kitaorang dah boleh jalan! Simple kan.. So kat mana-mana jer kitaorang pergi, kitaorang boleh layan bisnes.

Perkara paling syok selepas kahwin selain bisnes sama-sama...??

Oh sudah tentulah....Shopping! sapa yang tak suka shopping kan? So samalah macam kitaorang.. Shopping juga antara perkara yang paling kami buat bersama-sama.. Selain tu main game pun best jg selain aktiviti outdoor yang lain..

Plan 2016

InshaAllah plan tahun ni nak buat duit banyak-banyak, shopping perabot rumah, beli kereta baru dan rumah baru.. hehehe...

Tahun ni nak cuba banyak lagi benda baru seperti belajar photoshop, buat minisite dan menceburi lagi bidang-bidang bisnes online baru yang lebih best dan menguntungkan.

Wife tercinta

Since dah tukar layout pasal blog ni, so kiranya nak aktif-aktif semula la nak tulis story pasal dia.. hehehe... banyak lagi boleh tulis pasal dia ni terutama mengenai ilmu-ilmu baru yang dia sedang pelajari sekarang dan macamna dia menguruskan perniagaan online dia yang sememangnya bermula dari zero(tengok la sapa yang ajar kan???... kehkehkeh)..





Dear wife,

i love u so much, thanks for supporting and everything. I will love u till the end!


Muah..!


Your loving husband
Mohd Nasyit










Share:

Sunday 8 November 2015

Jana wang RM464.20 seminggu dari internet menggunakan modal minima RM48

Alhamdulillah,

Sejak dari dulu memang mengimpikan bisnes yang boleh jana wang dengan modal minima atau hampir tiada modal sekalipun..

Dalam masa yang terdekat ini berpeluang pula nak explore benda baru iaitu pengiklanan berbayar.. hehehe.. Maklumlah dah biasa sebelum ini untuk berniaga online hampir tidak menggunakan apa2 modal sekalipun dan baru sekarang nak cuba yang berbayar pulak..

RM24K tanpa modal... klik sini untuk lihat selebihnya.


Hasilnya cukup baik dan agak 'not bad' jugalah... So lepas tolak kos pengiklanan 7 hari(RM48), maka dapatlah untung bersih RM416.20 kat paypal sebab dapat buyers dari luar negara dan mix sikit dengan local buyers.

Modal RM48

Duit masuk paypal
Duit yang masuk kat bank tu tak campur lagi.. hehehe.. so mari consider sahajalah ini nak test2 market international yang 100% menggunakan online payment menggunakan kad debit/kredit..


Caj urusniaga paypal ni memang agak mahal sikit sebab duit masuk pun ada caj, duit keluar(withdraw) ke akaun bank pun ada caj, tapi bagi perniagaan tanpa modal saya, ia masih consider murah sebab saya tak keluar modal pun untuk create prodak dan kelebihan kat sini kita boleh dapatkan buyers dari seluruh dunia(global).... pastu simpan keuntungan 100% tanpa share kat sapa2... :)

Saya telah lama menggunakan local bank untuk urusan jual beli dan sampai masanya untuk explore market2 international menggunakan paypal ni.. hahaha.. macamlah 1st time guna paypal ni..

Jana RM400 seminggu 100% dari internet tu pada saya jauh lebih bagus berbanding kerja saya dulu dengan pendapatan RM500 sebulan.. heheheh.. Alhamdulillah..

BTW, thanks spend time lepak baca entry ni.

jumpa di entry akan datang.
-MN-






Share:

Recommended Webhosting & Domain Services

HUBUNGI

Sila hubungi saya di:
email : admin@pullbackforextrading.com

ENJIN CARIAN GOOGLE