AYAM MASAK MERAH WANGI PALING WIN!

Resepi kali ini adalah ayam masak merah aroma wangi dan melaparkan!

ayam butter salted egg

My favourite recepi!

MASALAH URL WORDPRESS

Tertukar URL kemudian website rosak? Jangan panik. Saya ada penyelesaiannya.

PERISTIWA 2 MAC 1978

Hari ini 44 tahun yang lalu, mayat Charlie Chaplin dibawa lari dari kuburnya.

uTorrent made easy!

Tutorial ringkas dan mudah menggunakan uTorrent untuk muat-turun file kegemaran anda.

Saturday 16 December 2017

Wife 27th birthday, Mobile legends, Lok Kawi, dan Kelapa Bakar

Hello readers!


16.09.2017 yang lepas merupakan hari Malaysia dan hari lahir ke-27 wife saya. Bertuahkan boleh sambut hari penubuhan Malaysia dan hari lahir dalam masa yang sama.

So hari tu pun kita decide nak celebrate makan kek, beli hadiah dan pergi ke tempat yang pernah dirancang hendak pergi sebelum cuma belum ada kesempatan(maklumlah sibuk..).



Disebabkan sekarang ni zaman Uber dan Grab, kitaorang pun try-lah sekali. Apa rasanya nak guna servis ni. Disebabkan Grab mempunyai pengiraan tambang yang mudah dan genap berdasarkan jarak berbanding uber jadi kitaorang pun try grabcar ni.

Tak sampai 5 minit kereta dah sampai.. cepat betul. Tapi sebelum tu try snap foto dulu.. macam biasalah...


Kami disambut dengan layan mesra dari usahawan grab. Macam tu lah baru servis terbaik kan.. Rate 5 bintang terus! Sampai je kat Imago shopping mall kitaorang singgah ke Secret recipe.. Katanya nak try kek situ dan makanan western.


Kek dekat sini memang menarik dan nampak menyelerakan.. Macam sayang pula nak makan. Tapi lepas dah dipotong-potong tu makan je lah..

Happy birthday 27th dan Hadiah

Sebenarnya plan asal adalah nak fly ke KL untuk celebrate tapi terpaksa cancel last minit atas sebab tak dapat dielakkan.. So pergilah ke plan B.. Next year kita fly ke KL yaaa....


Comel sungguh brownies tu kan? hahaha... Makan jangan tak makan.. Satu hari adalah cheat day so makan apa saja yang nak.


Selamat hari jadi dear wife semoga panjang umur, murah rezki, dipermudahkan urusan dan menjadi isteri yang solehah! amin...



Sejak dia adalah fans kepada siri harry potter ni maka hadiahnya sudah tentulah buku harry porter ni juga. Tak susah nak cari hadiahnya.. hahaha...

Buku ini adalah buku kedua untuk koleksi ilustrasi. Harga pun boleh tahan. Serious collector sahaja yang akan berminat untuk dapatkan. hehehe

Disebabkan cuaca tak berapa okey jadi kita putuskan untuk sambung aktiviti esok.


Esoknya...

Sukan E-Sport bukan lagi asing dan kini sudah beralih ke zaman mobile phone. Kebetulan di Centre Point berlangsung tournament E-sport Mobile legend, bola sepak, DOTA dan Counter strike GO.


Sejujurnya kami juga adalah player game mobile ini tapi bukanlah pada waktu foto ini diambil kerana saya merasakan ia mesti tak best.. Kalaulah begitu kan? Sejujurnya ia memang game yang syok dan buat ketagih.. hahaha.. Jadi yang hadir dalam foto ni mesti peminat kan?




Waktu ni serius tak faham apalah yang orang bersorak tu.. Yang lain tepuk tangan saya ikut-ikut jer.. hahaha.. Apa-apapun nampaknya ia mendapat perhatian meluas dari orang ramai. Mungkin jika sebelum ini ia dilabel sebagai permainan yang tiada masa depan tapi zaman sudah berlalu. Maka tanggapan itu pun berlalu juga la kan.

Dipenghujung pertandingan ini semasa penyampaian hadiah, rupa-rupanya ada peserta(pemenang) yang datang dari negara Brunei. Wow.. tak sangka pula. Macamana pula mereka boleh tahu sedangkan saya tak tahu? Memang sah bukan peminat tegar waktu ni.


Take a break! Tak lengkap kalau ke CP tanpa makan nasi ayam CP dan Konlo mee CP ni.. murah dan sedap!


Selesai untuk hari ni.

LOK KAWI WILD LIFE

Sejak lama dah plan nak ke sini, so di kesempatan ini kitaorang pun pergilah sini. Tiket taklah mahal sangat tapi yang buat rasa tak berbaloi adalah keadaan tak sempurna seperti yang sepatutnya sebab ada usaha pembaikan ditempat tertentu.


Tempat ni lebih kuranglah seperti zoo dan saya percaya musim cuti mesti ramai orang berkunjung ke sini. Bagi yang inginkan suasana seperti dalam hutan dengan kicauan burung, sini tempat yang sesuai. Satu lagi, lokasi tempat ini agak jauh dari bandar utama kota kinabalu. So memang sunyilah tempat ni.



Ada spesis haiwan tu comel gila terasa nak bela pula sekor.. Namanya Bearcat atau Binturung. Comel macam bantal. hahaha










Spesis rusa ni nampak macam jinak tapi sebenarnya masih takutkan manusia. Gajah pun sama. Terasa macam nak naik pula gajah ni. Nampak jinak tapi ia agak berbahaya sebenarnya. Jadi tengok saja la dari jauh.. erm...






Sunyi dan sepi sebab waktu ni belum lagi cuti umum. Ada pun yang berkunjung adalah dari pelancong asing sahaja.








Bila dah rasa cukup masa untuk round dalam kawasan ni, kitaorang pun balik semula ke bandar KK.. Rasa lapar pulak..

sampai ke Imago terus landing ke Upperstar.. Restoran western kegemaran wife.. Layan lamb chop.


Dah dekat-dekat senja terasa nak lepak kat kawasan luar berdekatan starbucks.. Kebetulan ada pelangi situ.


Kelapa bakar, Puding kelapa dan Lokan Panggang

Next trip ke gerai kelapa bakar. Sudah lama merancang untuk bawa wife untuk singgah sini untuk merasa lokan panggang dan puding kelapa di sini.





Puding kelapa nampak lazat berkrim. Wajib rasa kalau singgah sini. Next, lokan bakar. Boleh round semua gerai yang ada dan pilih samada nak size besar atau kecil. Harga? tak sampai RM20 pun.. saya pun tak ingat.. Ingat makan jer. hehehe









Ada banyak gerai kat sini ni. Boleh pilih je mana nak. Gerai yang paling best? nampak macam sama sahaja. :)

Selesai lepak dan makan di Gerai lokan panggang, kitaorang terus gerak ke Suria Sabah untuk shopping buku pulak..

Best bila ada minat yang sama so boleh duduk lama-lama dalam kedai ni pun tak apa.



Rasanya dah ada berberapa buku sebelum ni mengenai belajar bahasa english. So sebagai husband mestilah wajib beri dorongan kan?

Makan dan makan...

Lama tak singgah sini jadi memandangkan ada promosi jadi tunggu apa lagi takkan nak biarkan kan?




Bila hari dah gelap, singgah ke Mcd layan bubur ayam pula. Bestnya makan apa sahaja ni.. hahaha.. tapi senam macam biasalah.. Jangan dilupakan.

OTW pulang bas problem..kehkehkeh...

Ni part yang tak boleh blah ni.. boleh pula bas rosak.. Ok la kalau camne nanti bawa saja la kereta.. Senang juga untuk laksanakan plan yang berikutnya. Cuma yang buat malas ni macam-macam nak dibuat. Kan best kalau ada jambatan labuan-menumbok terus.. hahaha...




Setelah bas stuck sini dekat area membakut tiba-tiba datang dalam fikiran kalau-kalau nak sambung trip pula.. hahahahaha.... rasa nak tahan bas yang limpas kat jalan ni untuk ke daerah lain pula.. Tapi cancel sajalah sebab macam tak realistik pula nak dibuat sedangkan kerja berlambak nak disettlekan.. alamatnya tertangguh la kerja tu nanti..walaupun kerja kat rumah sahaja.

Sampai ke Menumbok akhirnya...

Bas ganti sampai dan pickup customer menuju ke Menumbok. Terasa adventure pulak kali ni. Sesampainya di menumbok, beli tiket feri dan melihat pemandangan kampung yang tenang.. damai dan mengasyikkan.. chewahhh.. macam la first time ke sini padahal tiap-tiap tahun singgah.










Feri yang kita naik kali ini adalah feri kimanis 1. Berbanding sebelum ini yang cuma ada satu feri usang..opsss... Kini sudah ada berberapa feri lain yang menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dan selesa.. Sudah tentunya ada ruang aircond. Penting ni sebab kalau tiada ruang ni sesak nafas juga sebab ada orang merokok.. Well, sorry to said, perokok ni tak kisah kesesakan nafas orang lain.. maaflah mengatakannya. Nanti ditegur dia marah pula. Katanya hak dia untuk merokok.. wtf.



Bagi yang tertanya-tanya harga tiket pula, harga tiket seorang adalah RM2.50(diskaun 50% untuk warganegara Malaysia) dan RM5.00 untuk warga asing dan ditambah pula RM1.50 untuk cukai pelabuhan. Murah jer..

Nak cepat? Naik speedboat

Kalau naik speedboat pula harga asal RM15.70(termasuk insurans) untuk harga penuh dan untuk warganegara RM7.50 + 0.70sen(insurans).

Naik speedboat ni laju sikit.. Dalam lingkungan 15-20 minit sahaja. Jika cuaca tidak berapa baik mungkin dalam 30-45 minit perjalanan.


Pemandangan pelabuhan Labuan sebelah malam. Kami sampai ke destinasi dalam jam 8 pm.. Feri lambat so memang lambat la sampai kan?..

Okeylah sampai di sini dahulu...

Sambutan hari jadi kali ni lain dari yang lain sebab ada trip jalan-jalan sekali. Biasalah kalau untuk yang tersayang memang kalau boleh travel round dunia lagi. InshaAllah dikesempatan akan datang. hehehe

Harapan saya semoga wife akan tercapai cita-cita dan menjadi isteri solehah dunia dan akhirat!

Jadi sampai di sini dulu.

Jumpa lagi di entry yang akan datang.

Mohd Nasyit






Share:

Sunday 2 July 2017

Raya 2017

FOTO RAYA 2017

Sedar tak sedar dah pun berlalu sebulan berpuasa dan hari raya pun semakin melabuhkan tirainya. Alhamdulillah semua perancangan berjalan dengan lancar dan paling penting dapat membantu org yg memerlukan dan rancangan perniagaan berjalan dgn baiknya. Syukur alhamdulillah.
Raya tahun ni agak meriah dengan gelagat anak buah yg ramai dan macam-macam karenah. Macam biasalah, happy dapat duit raya. :D
Paling penting hari raya ni dapat raikannya bersama org yg tersayang!


"Terlebih bisa tutur bicara,Disimpan jangan ampun dipinta,Syawal dinanti kan kunjung tiba,Ikhlas dari hamba yang tampan bergaya."

hehehe...

Akhir kata dari saya, "Selamat hari raya dari kami, maaf zahir dan batin!"








Our family..




Yg ikhlas,
MohdNasyit
02/07/17


P/S: Disebabkan kesibukan kerja, dua adik lelaki saya tiada dalam gambar pula..
takpe, next time.. -_-


Share:

Monday 13 March 2017

HEY, ITS MY 29TH BIRTHDAY!

Assalam..

Pejam celik pejam celik rupanya dah masuk 29 tahun! hehehe.. syukur alhamdulillah. Kejap betul masa berlalu dan banyak sudah pengalaman manis dan pahit ditempuhi.

Pengalaman sentiasa mengajar kita untuk matang seiring dengan usia. :)


Thanks to my family, friends especially my dearest wife for celebrating my birthday with present and cake!
...And also, thanx for making this video. i love it. :)


Your loving husband,
MN
Share:

Saturday 7 January 2017

Jom buat Crossfit

Salam sejahtera semua readers yang sudi singgah ke blog saya..

Let's straight to the point..


Di bawah ini saya uploadkan berberapa jenis senaman untuk crossfit. Apa itu crossfit ya? Ia adalah senaman fitness yang lebih berfokuskan kepada kecergasan berbanding membina otot. Jom layan..


SQUATS

“Squats are a great way to develop leg and core strength for CrossFit,” msays Parker. 

SIT-UPS



LUNGES

“These are the go-to exercises to develop the glutes,” says Parker. “They can be done on their own with a barbell or dumbbell.”

PRESS-UPS



DEADLIFTS

There’s a reason Parker calls these “The Godfather of all movements” and – probably – the rest of your gym buds. “[They’re] a great way to improve the power house of the body, the posterior chain.”

PUSH PRESS

“The push press is a great way to improve upper body pushing strength and explosive power in the legs and hips”. 

CROSSFIT VIDEO

Di bawah ni satu video mengenai suka crossfit ini. Ia nampak agak menyeronokkan sebab dapat uji kemampuan sendiri ke tahap yang tertinggi.



Okey la sampai sini dulu yer.
Hingga berjumpa di post yang berikutnya.

-MN-

Foto credit to > Men's health UK
Share:

Recommended Webhosting & Domain Services

HUBUNGI

Sila hubungi saya di:
email : admin@pullbackforextrading.com

ENJIN CARIAN GOOGLE