AYAM MASAK MERAH WANGI PALING WIN!

Resepi kali ini adalah ayam masak merah aroma wangi dan melaparkan!

ayam butter salted egg

My favourite recepi!

MASALAH URL WORDPRESS

Tertukar URL kemudian website rosak? Jangan panik. Saya ada penyelesaiannya.

PERISTIWA 2 MAC 1978

Hari ini 44 tahun yang lalu, mayat Charlie Chaplin dibawa lari dari kuburnya.

uTorrent made easy!

Tutorial ringkas dan mudah menggunakan uTorrent untuk muat-turun file kegemaran anda.

Monday 18 January 2021

BLOCK IP ADDRESS DI WORDPRESS

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Baru-baru ni saya mendapat email notification mengenai cubaan untuk log masuk ke salah-satu website saya tapi cubaan tersebut gagal. So bila gagal tu wordpress pun akan lock ip address tersebut dan emailkan mengenai cubaan tu.

Ni mesti cubaan untuk hack tapi di tahap paling bahalol sekali di dunia. bangsatttt....!


Dengan menggunakan salah-satu username admin blog, dia try nak login tetapi password salah so dapatlah email seperti dalam gambar.

Dari IP address tu nampaknya orang tu dari Amerika.

Disebabkan sedikit curiga, saya pun cubalah login menggunakan username yang dibuat-buat dan masukkan password yang salah dengan sengaja.. ye lah, manalah tahu kesilapan system tu. Tapi nampaknya ia memang tepat termasuk IP address saya sendiri. So memang sahlah ada setan try merasuk ke wordpress saya tu. hahaha


Bila tengok betul-betul ada dua IP berbeza cuma pada waktu yang berdekatan pada hari yang sama.

So bila klik ip address tu ia membawa ke dua paparan berikut pula;



Disebabkan saya khuatir setan-setan ni akan cuba login lagi, so saya pun install la plugin untuk hadkan cubaan log masuk dan automatik akan block cubaan log masuk untuk waktu-waktu tertentu sebelum dapat peluang untuk masuk lagi.

Saya menggunakan Limit Login Attempts Reloaded. Plugin ni boleh cari di google mahupun di bahagian add plugin di wordpress.

Plugin ni boleh je digunakan percuma. So saya pun setkan setting berikut..

Lockout tu maksudnya kalau dah 2 kali retry tapi masih gagal so kena lock lah sampai 3 jam. Kalau gagal lagi untuk 3 kali lock maka peluang login akan dibuka selepas 2 hari.

hahaha....

BLOCK IP ADDRESS

Saya cuba untuk cari plugin yang boleh menjalankan fungsi blocking IP address ni tapi tak jumpa mana yang sesuai. Block satu negara sekaligus ada lah.. hhaha...

Ok kalau nak block IP ni boleh je malah tak perlu pun plugin.Caranya pergi ke Cpanel website korang dan cari bahagian security.


Selepas dah masuk, scroll ke bawah sampai jumpa bahagian security.



Seterusnya klik bahagian IP Blocker. Haaa di sini lah tempat untuk block setan-setan yang cuba log masuk tu.


Kat bahagian kotak tu bolehlah masukkan IP address yang kita mahu block. Lepas tu tekan Add. 

Selesai!


Tu dia dah pun kena block setan dua ekor ni.

Harapnya tiada siapa lagi cuba-cuba nak log masuk. Buat apa juga, bukan ada harta karun kat situ tu.

Akhir kata...

Semoga artikel ini memberikan informasi kepada anda terutama tentang basic keselamatan website/blog anda.

3 perkara berikut perlu anda beri perhatian;

  1. Password yang rumit untuk dijangka
  2. Gunakan plugin untuk hadkan cubaan log masuk
  3. Block IP Address

Oklah, sampai di sini dahulu.

Bye.


Nazz/MN


Share:

Recommended Webhosting & Domain Services

HUBUNGI

Sila hubungi saya di:
email : admin@pullbackforextrading.com
whatsapp: 0168225295


ENJIN CARIAN GOOGLE