DUIT ADSENSE DARI GOOGLE

Terima kasih google berikan duit percuma!

ULANG TAHUN KE 28 ISTERI TERSAYANG

Syukur ke hadrat Allah SWT, semoga Allah mengurniakan lebih banyak rezki selain dipanjangkan umur kepada isteri tersayang...

SEMAK DAHULU PENIAGA ONLINE ANDA

Zaman sekarang ni semakin berleluasa penipuan atas talian. Dengan kemudahan baru ini dapatlah kita sedikit sebanyak menyemak info peniaga sebelum berurusan...

ULANG-TAHUN KE-3 KAMI

Couple bertahun-tahun tapi masih tak nikah tu adalah masalah. Kurangkan masa couple, nikahlah cepat-cepat... hehehe

SAMBUT ULANG-TAHUN, LAYAN GAME DAN DATING

Sebenarnya waktu ni belum lagi main game Mobile Legend ni tapi...

Thursday, 11 October 2012

Best author Rich Dad, Poor Dad, kini adalah 'bankrupt dad.'





Robert Kiyosaki
Busted: Financial author Robert Kiyosaki berhutang $24 juta dollar kepada orang yang telah membantu mempromosikan buku beliau.
Penulis Rich Dad, Poor Dad, kini adalah 'bankrupt dad', memfailkan muflis korporat terhadap salah satu syarikatnya setelah kalah penghakiman sebanyak 24juta dollar.

Mahkamah memerintahkan Robert Kiyosaki's Rich Global LLC untuk membayar sejumlah $23,687,957.21 kepada Syarikat Learning Annex dan pengasas serta pengerusinya, Bill Zanker.

"Kami telah letakkan jenama 'Rich Dad' dipersada antarabangsa namun apabila tiba kepada pembayaran, beliau(Robert kiyosaki) tidak mahu membayarnya," kata Zanker.

Dalam pada itu, Mike Sullivan, CEO kepada Kiyosaki’s Rich Dad Co., memberitahu bahawa Kiyosaki, adalah bernilai lebih $80 juta dollar, masih beroperasi dengan lancar dan terima kasih kepada pelaburan di syarikat lain. "Perjanjian bersama Learning Annex adalah dengan syarikat yang telah lama tidak beroperasi dalam berberapa tahun. Tidak hairanlah Learning Annex begitu marah dan kecewa kerana tiada wang dalam syarikat tersebut dan kami tidak dapat membawa wang keluar dari kumpulan tersebut.

Berita selanjutnya disini dan disini.


Share:

Tuesday, 2 October 2012

Feri kenderaan dan penumpang Labuan terbakar

02 oktober 2012 - Feri penumpang dan kenderaan, Wawasan Perdana harini mengalami kebakaran di bahagian atas feri pada awal pagi ini. Tiada kecederaan di laporkan setakat ini.


Share:

Monday, 1 October 2012

Jutawan - The Missing Chapter.





Assalamualaikum wbt..

Kebanyakkan dari kita lebih berminat mengetahui kisah setelah seseorg itu menjadi jutawan berbanding sebelum dia menjadi jutawan. Tahukah korang nak jadi jutawan ni bukan mudah?
So hari ni aku nak tulis serba sedikit tentang topik ni..

Jutawan? Ada aku kesah?...

Apa sebenarnya yang kamu cari jika seseorang itu menyebut tentang 'jutawan'?...

adakah kamu lebih berminat tentang hasil-hasil yg dinikmatinya sbg jutawan? ataupun kisah disebalik dia menjadi jutawan?

Jika anda katakan hasil yang dinikmatinya setelah menjadi jutawan maka anda hanya melihat separuh dari cerita sahaja. Ibarat menonton sesebuah filem atau drama, anda hanya lihat penghujung ataupun pertengahan cerita. Anda telah terlepas berberapa episod yang penting!

So apakah yg missing kat situ? So itulah dia kisah disebalik kejayaan! Yg senang dah nampak, bgmana yg susahnya? kan???

Kalau setakat nak cakap pasal jutawan, ada berlambak jutawan2 kat luar sana. Tapi tak banyak antara kita yang tahu perjalanan sebenar bagaimana mereka menjadi jutawan tersebut.

The Missing Chapter.

Most recommended!
Aku cadangkan korang beli la buku kat atas ni.. Kekadang kita ni sibuk nak mencari kaedah dan rahsia2 BAGAIMANA untuk berjaya, tapi kita terlupa pulak dlm proses nak berjaya tu akan ada proses-proses kegagalan yang perlu ditempuhi. Ye la mana ada org join bisnes akan terus berjaya.

Mesti akan melalui jatuh bangun, untung dan rugi kan. Buku ni aku dah beli sekitar 2008 dahulu dan masih tersimpan rapi lagi.. Menariknya tentang buku ini adalah ia memaparkan kisah2 disebalik kejayaan orang di mana lebih banyak proses kegagalan yang pahit dan memeritkan itu berbanding kemanisan hasil kejayaan yang dinikmati sekarang. Bak kata pepatah orang tua2, susah2 dulu, senang2 kemudian.. TAPI berapa ramai dari kita sanggup melalui kesusahan ni? adakalanya baru susah sikit dan meroyan menangis.. hahaha.. laa tu bukan the real person lah! :p

” Apa yang orang nampak dari kejayaan saya hanyalah 1% daripadanya, tetapi apa yang mereka tidak nampak adalah 99% iaitu kegagalan-kegagalan saya ” – Soichiro Honda, Pengasas Honda Corporation.

Berapa ramai dari kita tahu kisah pengasas Honda Corp ni?? :-)

Bila aku terbaca jer kat luar buku ni tntg Soichiro ni, terus aku berminat ngan buku nih... wah mesti best kan.. tu la dia the missing chapter dlm bab2 nak berjaya ni. Ketinggalan tntg mcmna sukarnya dan susahnya perjalanan nak menjadi seorg yg berjaya ni.

Orang yang berjaya dan jutawan itu kebanyakannya memang melalui saat yang sukar dan jarang kita berminat untuk ketahui..
BOOO.....!!!!
Hahaha.... betul, tak ramai nak tahu pun... Bila nampak jer orang yang berjaya mesti mau tau rahsia. Pastu balik2 yang kena cakap tetap jga "rajin berusaha", "jangan malas", .... wakakakaka...

Kenapa perlu tahu sangat? Penting ker?

Ofcoz penting.. Sebab kat situlah letaknya rahsia sebenar bgmana hendak kaya. Kita secara umumnya masuk sekolah di didik mcmna nak berjaya dlm hidup kerja makan gaji tunggu gaji dan nikmati pencen apabila tua.

Setiap org ada kisah tersendiri tntg perjalanan hdup mereka seblum mreka berjaya. So itu lbh penting sbnrnya utk kita ketahui jika kita ingin berjaya seperti org itu.

Kisah disebalik kejayaan itu byk tersembunyi kaedah2 penting bgmana mreka berjaya..

>>> Kerana di situlah letaknya STRATEGY bgmana mreka dpt mmbuat jualan dan menjana keuntungan.

>>> Di situlah juga letaknya bgmana mereka menghadapi kesukaran dan bgmana mereka SELESAIKAN masalah.

Kalau tgk mreka yg berjaya pun, kita cuma nampak yg senang2 jer.. so tak bg apa2 pun sgt.. So lbh bgus ketahui perjalanan susah mreka kan, atleast bleh belajar sesuatu kan.


Kesimpulan.

"Kalau nak khwin, belajar la dari org dah kahwin, jgn belajar dr org bujang.." - ada betul jga ni.. hehehe...

"Kalau nak belajar tntg kejayaan, maka belajarlah dr org yg sudah berjaya.." Dan kalau nak tahu sgt rahsia mcmna seseorg tu nak berjaya, kaji la masa silamnya sebelum berjaya, mcmna dia berdepan masalah2 dan mcmna dia bleh manage bsnes dia shgga berjaya. Buat penilaian mnyeluruh baru la ngam apa yg cuba dipelajari. Janga asyik tgk hasil kejayaan jer. Kalau camtu xkan dpt apa2pun...

Cuba korang fikirkan tu sejenak. :-)

So aku harap korang dpt la menilai mana satu lbh penting antara hasil dgn mencipta, antara kisah org sudah berjaya dgn org yg melalui keperitan sebelum berjaya..


Sampai sini dahulu.. sekian.


Ikhlas,
Nasyit.

Share:

POST PALING POPULAR

HUBUNGI

Sila hubungi saya di:
email : admin@pullbackforextrading.com
whatsapp: 0168225295


MOHD NASYIT GAMING