AYAM MASAK MERAH WANGI PALING WIN!

Resepi kali ini adalah ayam masak merah aroma wangi dan melaparkan!

ayam butter salted egg

My favourite recepi!

MASALAH URL WORDPRESS

Tertukar URL kemudian website rosak? Jangan panik. Saya ada penyelesaiannya.

MENGELUARKAN WANG KRYPTO DARI BINANCE KE MAYBANK

Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan bagaimana saya withdraw RM4,025 dari Binance ke akaun Maybank

uTorrent made easy!

Tutorial ringkas dan mudah menggunakan uTorrent untuk muat-turun file kegemaran anda.

Thursday, 19 September 2013

Rahsia disebalik bentuk kuku anda.

Rahsia disebalik bentuk kuku anda.

Kuku anda atau kuku pasangan anda jenis kuku yang mana satu?
1. Kuku pendek. Kuat kerja,ingin tahu,berdikari,akalnya boleh diguna pakai.

2. Kuku pendek,condong lebar. Suka mengkritik dan cepat marah.

3. Kuku lebar,panjang,bulat pada hujungnya. Orang yang pertimbangannya jelas dan masuk akal.

4. Kuku panjang berbentuk buah badam. Orang yagn tenang dan santai,suka berkhayal.

5. Kuku amat besar,segi empat. Bersikap dingin dan ego.

6. Kuku berbentuk baji. Sensitif belebihan.
Share:

Wednesday, 18 September 2013

13 Rekod Dunia Dipegang Bahtera Nabi Nuh A.S.

 1. Nabi Nuh Merupakan Nahkoda Tertua Di Dunia (berusia 600 thn)
Ibnu Abbas menceritakan bahawa Nabi Nuh diutus kepada kaumnya ketika berumur 480 tahun. Masa kenabiannya adalah 120 tahun dan berdakwah selama 5 abad. Dia mengharungi banjir ketika beliau berumur 600 tahun dan kemudian setelah banjir beliau hidup selama 350 tahun.

2. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Kapal Terbesar Di Dunia Yang Diperbuat Daripada Kayu
Ibnu Abbas menceritakan bahawa suatu ketika Nabi Isa menghidupkan Ham bin Nuh dan bertanya kepadanya kenapa rambutnya beruban, dia menjawab dia meninggal pada usia muda kerana ketakutannya terhadap banjir. Ia berkata bahawa panjang kapal Nabi Nuh a.s adalah 1200 Kubit dan lebarnya 600 Kubit dan mempunyai 3 lapisan.

3. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Alat Pengangkutan Laut Pertama Di Dunia
Allah membimbing Nabi Nuh a.s membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan taufan dan banjir. Bahtera Nabi Nuh a.s dianggap sebagai alat pengangkutan laut pertama di dunia.

4. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Alat Pengangkutan Laut Pertama Di Dunia Yang Diperbuat Daripada Kayu
Bersama para pengikutnya, Nabi Nuh mengumpulkan paku dan menebang kayu besar dari pohon yang beliau tanam selama 40 tahun.

5. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Kapal Bertingkat Pertama Di Dunia (3 tingkat)
Panjang kapal Nabi Nuh adalah 1200 Kubit dan lebarnya 600 Kubit dan mempunyai 3 lapisan. Tingkat pertama diletakkan binatang-binatang liar dan yang sudah dijinakkan, tingkat kedua ditempatkan manusia dan tingkat ketiga untuk burung-burung.

6. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Kapal Belayar Yang Tertinggi Dari Dasar Laut
Menurut Al Qur’an, bahtera Nuh telah mendarat di Bukit Judi. Ada pendapat yang
menunjukkan suatu gunung di wilayah Kurdi atau tepatnya dibahagian selatan Armenia, ada pendapat lain dari Wyatt Archeological Research, bukit tersebut terletak di wilayah Turkistan Iklim Butan, Timur laut pulau yang oleh orang-orang Arab disebut sebagai Jazirah Ibnu Umar (Tafsir al-Mishbah).

7. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Anti-Taufan Dan Banjir Pertama Di Dunia
Allah membimbing Nabi Nuh a.s membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan taufan dan banjir.

8. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Pertama Yang Berlayar Tanpa Kompas
Setelah bahtera itu disiapkan, Kitab Kejadian menggambarkan bahawa air menenggelamkan bumi selama 150 hari lamanya dan setelah itu air mulai surut.

9. Bahtera Nabi Nuh Dinakhodai Oleh Bukan Ahli Laut
Nabi Nuh adalah seorang nabi yang diceritakan dalam Taurat, Al-kitab, dan Al-Quran. Nabi Nuh a.s diangkat menjadi nabi sekitar tahun 3650 SM. Dikatakan beliau tinggal di wilayah Selatan Iraq moden.

10. Bahtera Nabi Nuh Adalah Satu-Satunya Kapal Dengan Penumpang Paling Sedikit Pertama Di Dunia
Ibnu Thabari menceritakan setelah kapal berlabuh di pegunungan Ararat, ia kemudian membangunkan satu kota di daerah Ararat (Qarda) disebuah kawasan termasuk Mesopotamia dan menamakan kota tersebut sebagai Themanon (Kota delapan Puluh) kerana kota tersebut dibangunkan oleh orang yang beriman berjumlah 80 orang.

11. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Yang Mengangkut Binatang Berpasangan Terbanyak Di Dunia
Nuh memiliki 4 anak laki-laki: Kan’an, Sem, Ham, dan Yafet. Menurut kitab Kejadian, pada waktu terjadinya air bah yang menutupi seluruh bumi; hanya beliau sekeluarga (isterinya, ketiga anaknya, dan ketiga menantunya) dan binatang-binatang yang ada di dalam bahtera Nuh yang selamat dari air bah tersebut.

12. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Satu-Satunya Kapal Yang Mendarat Di Gunung
Berdasarkan foto yang diambil dari gunung Ararat, menunjukkan sebuah perahu yang sangat besar dikatakan memiliki luas 7.546 kaki dengan panjang 500 kaki, lebar 83 kaki dan tinggi 50 kaki dan masih ada tiga tingkat lagi diatasnya.

13. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Yang Mengharungi Banjir Paling Lama Di Dunia
Kitab Kejadian menggambarkan bahawa air yang menenggelamkan bumi selama 150 hari lamanya dan setelah itu air mulai surut. Nuh menunggu hingga bumi benar-benar kering sebelum membuka pintu bahtera.

sumber
Share:

Monday, 16 September 2013

sambut birthday akhirnya

Assalam.. tadi dah tulis entry pasal birthday.. ingat tak jadi nak p kuar makan tp akhirnya dapat juga kuar.. hehehee.. bukan la jga nak kata x di benarkan tp mood mcm agak x brapa baik td nak keluar.



Kitaorg pun pergilah ke KFC untuk makan malam sama2 sempena brthday cik tunang hari ni..
Best jer tgk dia happy tu.. hehehe...

TAPI..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! masih x dapat snap photo pulak tadi.. waaaaaaAAA..!!!!!!!!!

keciwa sia tauuuuu... :p

hahaha.. takpe la.. yg pntg dpt luangkan masa dan bg hadiah yg comel molek kat cik sofie dah ckup bagus. hehehe...


Ok la sampai sini dlu.

Takecare.

-mohdnasyit-
Share:

harijadi cik tunang a.k.a cik sofie

assalam..

16 sept 1990 adalah harijadi cik sofie.. Harini plan nak celebrate kat luar.. snap2 foto baru update blog ni bersama gambar.. but unfortunately xda kesempatan and dlm masa yg sama hujan dan banjir telah menjejaskan sikit program harini.. But please believe, Allah knows best. So x pe la x dpt celebrate.

X dapat nak ambil gambar sambut brthday, aku ada 1 gambar baek punyer..!!

Jutaan thx kat mreka berdua ni sbb ada hari ni.. hehehhe.. Gambar yg simple tapi ribuan makna bg aku...

Ok la that's all for this time.

Take care.
Share:

Monday, 9 September 2013

Format Laptop Guna USB @ Pendrive

Dalam post ini , saya  akan tunjukkan cara untuk format laptop menggunakancara USB sebagai bootable device.

(1) Download Win Setup Format USB 1.0 dulu. Software tu macam gambar di bawah.

http://www.mediafire.com/download.php?a6acg8e65i2u3j6   <---download br="">

(2) Pastikan nama pendrive anda dalam kotak atas sekali.

(3) Dalam ruangan ADD TO USB DISK, ada 5 pilihan untuk anda. Klik pada kotak yang anda   
      ingin pilih. Contoh - Sekiranya nak format Windows 7, klik pada kotak kedua.

(4) Disebelah kanan itu adalah button untuk cari dimanakah data2 Windows 7. Kalau nak 
      senang, copy semua data dalam CD dan letak dalam laptop. Prosesnya menyalin akan   
      menjadi lebih cepat.

(5) Akhir sekali, klik butang GO. 


P/S : 
(1) Sebelum format, anda perlu tukar boot options pada laptop anda terlebih dahulu kepada boot from USB. Contohnya laptop jenis Compaq, ketika Startup tekan ESC.
(2)FORMAT USB @ PENDRIVE ANDA DAHULU SEBELUM GUNA SOFTWARE INI!
(3) Cara format laptop guna USB @ Pendrive sama saja macam format guna CD.

Download :
http://www.mediafire.com/download.php?a6acg8e65i2u3j6

***dengan pendrive bersaiz besar, 16GB keatas - kita boleh muatkan semua software yang kite nak install pada PC nanti.

SELAMAT MENCUBA>...thanks to:
http://kojoe-how-to-tutorial.blogspot.com/2012/10/tutorial-cara-format-menggunakan.html
Share:

Recommended Webhosting & Domain Services

HUBUNGI

Sila hubungi saya di:
email : admin@pullbackforextrading.com

ENJIN CARIAN GOOGLE

Arkib

Blog Archive