AYAM MASAK MERAH WANGI PALING WIN!

Resepi kali ini adalah ayam masak merah aroma wangi dan melaparkan!

ayam butter salted egg

My favourite recepi!

MASALAH URL WORDPRESS

Tertukar URL kemudian website rosak? Jangan panik. Saya ada penyelesaiannya.

PERISTIWA 2 MAC 1978

Hari ini 44 tahun yang lalu, mayat Charlie Chaplin dibawa lari dari kuburnya.

uTorrent made easy!

Tutorial ringkas dan mudah menggunakan uTorrent untuk muat-turun file kegemaran anda.

Saturday 20 November 2021

Legenda paus gergasi yang menenggalamkan kapal pemburu paus pada tahun 1821

Hari ini 201 tahun yang lalu, kapal pemburu paus ‘Essex’ karam diserang seekor paus sperma. Pada 12 Ogos 1819, ‘Essex’ berlepas dari Nantucket menuju Selatan Laut Pasifik untuk memburu ikan paus sperma. Dengan 20 anak kapal pimpinan George Pollard, Jr., perjalanan mereka dijangka berakhir dalam tempoh 3 tahun. 2 bulan kemudian, ketika di perairan Rio de Janeiro, mereka memperoleh tangkapan pertama. Januari 1820, ‘Essex’ memasuki Selatan Pasifik & menangkap lagi 10 ekor paus di perairan Peru. Lewat Mei, mereka memutuskan untuk berlayar lebih jauh ke tengah. Mereka singgah dahulu di beberapa lokasi untuk menambah bekalan & membetulkan kebocoran kapal sebelum meneruskan perjalanan pada lewat Oktober 1820. Pada pagi 20 November, ikan paus ditemukan & segera dilancar 3 bot buruan.

Lakaran kapal Essex oleh Thomas Nickerson

Bot pimpinan pembantu kapten, Owen Chase kemudian rosak & terpaksa kembali ke kapal induk. Ketika bot sedang dibaiki, seekor paus lagi dikesan dekat dengan kapal, dianggarkan sepanjang 26 meter, saiz lazim seekor paus sperma jantan dewasa. Tak semena-mena, paus tersebut melulu laju ke arah ‘Essex’ lalu menghentam bahagian kirinya. Ia melintasi bawah kapal, timbul semula di permukaan & melancarkan serangan habis-habisan sehingga kapal rosak teruk sebelum beredar dari situ. Apabila ‘Essex’ akhirnya tenggelam pada 22 November, kesemua kru terpaksa menaiki 3 bot yang tinggal, diterajui oleh Pollard, Chase & penolong kapten kedua, Matthew Joy. Dengan bekalan makanan amat terhad, mereka bergerak mencari daratan. Berpuluh hari mereka di lautan dirundung kebuluran, dehidrasi, hingga seorang demi seorang mati. Untuk terus hidup, kru yang telah mati terpaksa dimakan. Tidak cukup, mereka terpaksa mencabut undi untuk menentukan siapa korban seterusnya. Akhirnya selepas lebih 3 bulan, hanya 8 orang yang ditemukan hidup & diselamatkan. Sekembalinya ke Nantucket, Chase menulis memoirnya yang kemudian menjadi inspirasi kepada Herman Melville, novelis New York untuk menulis ‘Moby-Dick’ (1851). *Gambar lakaran & catatan salah seorang anak kapal, Thomas Nickerson tentang tragedi itu. Sumber: Britannica, Wikimedia Commons





Filem diinspirasikan oleh kisah benar.

Karya Chase menginspirasi Herman Melville's - Moby Dick (1851). 


Share:

Wednesday 17 November 2021

APA PERLU ANDA BUAT JIKA TERTUKAR URL WORDPRESS ANDA?

Hai..

Relax. Pertama sekali adalah bertenang. Masalah utama di sini adalah apabila anda menukar alamat URL wordpress anda kepada alamat yang lain kemudian website tersebut tidak dapat diakses lagi. Bila dah tak dapat akses, nak tukar semula ke alamat asal pun tak dapat. Macamana nak ubah, nak buka dashboard pun tak dapat. Huh, panik dibuatnya.

Jangan risau. Dalam artikel ini saya akan kongsikan bagaimana untuk selesaikan semula masalah tersebut.

Tutorial baiki masalah URL Wordpress yang tersalah-ubah.


Di atas adalah alamat asal URL yang mungkin anda sudah terubah atau sengaja nak ubah mungkin sebab nak buat experimen dan sebagainya.

Alamat di atas sebenarnya mestilah sama dengan alamat asal domain anda. Jika alamat URL berbeza, anda tidak akan dapat lagi akses website anda untuk perbetulkan keadaan.

Oklah, kita pergi kepada solution tersebut.

LANGKAH #1 -
Sila ke Cpanel hosting anda. lebih kurang macam ni, www.contoh.my/cpanel, login masuk ke cpanel anda.



LANGKAH #2 -
Sila ke FILE MANAGER anda. Tujuan ini adalah untuk kenalpasti nama database wordpress anda. Jika anda hanya ada satu sahaja website maka anda bolehlah skip cara ini. TAPI, jika ada lebih dari satu domain atau ada banyak sub-domain di bawah domain utama anda, jadi anda perlu cari nama database wordpress tersebut dahulu.

Sila cari public html seperti dalam gambar di bawah;

Klik logo biru tu dan anda akan dibawa ke paparan berikutnya. Sila scroll ke bawah dan cari WP-CONFIG.PHP. Sila tekan button kanan tetikus untuk Edit file ini.


Anda klik Edit dan seterusnya di bawa ke paparan selanjutnya.
Pada halaman seterusnya anda akan ketahui nama database wordpress domain anda.
DB_NAME - Database name - nama database anda yang anda mahu edit/diperbetulkan nanti. Di atas adalah nama database wordpress saya.

Ok sekarang sudah tahu nama DB yang dicari. Seterusnya kita pergi buka phpMyAdmin pula.Sila kembali ke halaman utama Cpanel. Boleh klik logo cpanel di penjuru tepi tu untuk mudah.

Klik atau buka phpMyAdmin.

Melalui cara sebelum ini saya dah tunjukkan nama database wordpress saya iaitu WRDP1. Sila klik bahagian ini untuk expand. Cari yang punyai perkataan _options di belakangnya, kemudian klik.


Sekarang(foto di bawah), anda lihat di bahagian senarai paling atas, itulah bahagian domain yang anda perlu edit atau perbetulkan kepada domain yang asal. Bagi yang sudah ubah domain asal ke domain lain anda boleh lihat URL domain lain tersebut di sini.

Jika domain asal anda http://domain-anda.com atau https://domain-anda.com maka masukkan semula ikut URL domain asal ini untuk menggantikan domain yang diubah itu.

Dua alamat di bawah perlu diubah kepada asal;
  • SiteURL
  • Home


Klik EDIT untuk ubah. Tukarkan domain kepada yang sepatutnya. Selepas itu tekan GO untuk siapkan.


Now masalah sudah selesai.

Website anda sepatutnya sudah kembali ke normal semula.

ALHAMDULILLAH!

-MN-
17/11/21

PS: Sharekan artikel ini kepada yang memerlukan. Semoga Allah merahmati anda selalu. amin!







Share:

Thursday 12 August 2021

Tuanku Sharif Kedah


Tuanku Said Muhammad Ibni Tuanku Said Muhammad Shahbuddin (Tengku Kedah).

Lahir dan dibesarkan di Mekah, berhijrah ke Kedah dan W.P.Labuan pada tahun 1896M (1313H/1314H). Beliau adalah seorang pedagang dan pendakwah.

Sebelum menetap di W.P.Labuan, beliau pernah menetap selama dua (2) tahun di Kuching, Sarawak.

Meninggal dunia pada tahun 1943M (1361H/1362H/1363H) ketika berusia 116 tahun di Kg. Ranca-Ranca W.P.Labuan.

Tengku Kedah atau lebih dikenali dengan nama 'Tuanku' ataupun 'Sharif Kedah' adalah salah seorang yang amat dikenali terutama bagi masyarakat lama di sekitar W.P.Labuan dan kawasan berdekatannya. Beliau merupakan salah seorang penyebar agama islam yang terkenal pada suatu ketika dahulu. Tidak banyak maklumat berfakta yang diketahui tentang beliau selain daripada cerita-cerita lisan daripada orang-orang yang pernah mengenali beliau.

Makam Sharif Kedah
Sebab musabab kepada gelaran 'Tengku Kedah / Sharif Kedah' juga tidak dapat dipastikan puncanya. Berkemungkinan Kedah adalah tempat pertama beliau jejaki di rantau ini sebelum berhijrah ke W.P. Labuan menyebabkan masyarakat setempat mengelarnya Sharif dari Kedah ataupun ringkasnya 'Sharif Kedah', ataupun berkemungkinan juga ada di antara golongan orang lama di Kedah sendiri yang mengenali ataupun mengetahui akan sejarah beliau yang mungkin dapat menjelaskan akan biodata lanjut Syarif Kedah itu sendiri.

Status Tengku Kedah ini juga, samada mempunyai keluarga atau tidak selama beliau berada di kepulauan Borneo ini juga tidak dapat dipastikan, ada juga khabar angin menyatakan beliau mempunyai anak angkat, tidak tau sejauh mana kebenarannya.

Dipetik dari blog 
http://daengsaring.blogspot.com/


Jalan baru yang menyambungkan kampung Patau-patau dengan Kampung Batu Arang dinamakan sempena nama Tuanku Sharif Kedah.


P.S : Khabar mengenai anak angkat tersebut adalah benar memandangkan lokasi yang dimaksudkan di Kg. Lajau(berdekatan alamat lama admin) di dalam ruang komen. Jika admin tidak silap, orang yang dimaksudkan adalah seorang guru agama dan admin sempat mengaji al-quran bersama beliau. Saya juga sempat menziarahi ke rumah keluarga beliau semasa beliau meninggal dunia di Kg. Sungai Bedaun.

-MN-

Share:

Thursday 15 July 2021

SURAH TOHA - Surah yang melembutkan hati Saidina Umar Al-Khattab kepada Islam

Dalam perjalanan, beliau Bertemu dengan Abdullah An-Nahham Al-‘Adawi, Seorang laki-laki dari Bani Zuhrah....(ada setengah riwayat mengatakan Saad bin Abi Waqqas)..... 


Lelaki itu berkata kepada Umar, " Mahu kemana wahai Umar ? " 

Umar menjawab, "Aku Ingin pergi membunuh Muhammad." 

Lelaki tadi berkata, " Bagaimana kamu akan selamat dari Bani Hasyim dan Bani Zuhrah, kalau kamu membunuh Muhammad ?" ..mendengar ucapannya itu, 

Maka Umar menjawab, " Tidaklah aku melihatmu lebih daripada seorang musuh yang telah meninggalkan agama nenek moyangnya." 


Lelaki tadi memberanikan diri dan menjawab, " Hai Umar Sesungguhnya saudara perempuan mu dan ipar mu telah meninggalkan agama yang nenek moyang kamu yakini... 

Seperti ditebang batang lehernya....Umar bergegas kerumah adiknya (Fatimah) untuk mendapatkan kepastian tentang berita itu...Ketika menghampiri rumah adiknya... Umar terdengar suara seseorang sedang mengajar Al-Quran,...Ketika itu Khabab bin Al-Arat....sedang mengajarkan Al-Quran kepada Fatimah (adik Umar) dan Iparnya (Said bin Zaid) ....

Umar mengetuk pintu dengan penuh kemarahan.. Mengetahui kedatangan Umar,... Khabab menjadi cemas dan lari bersembunyi. Umar masuk ke rumah adiknya dan menanyakan suara yang didengarnya sebentar tadi.... 

Kemudian adik perempuan Umar dan suaminya berkata, " kami sedang berbual-bual dan....seketika kamu datang dan mengetuk pintu..." 

Umar lantas berkata, " Apakah benar berita yang aku dengar dari jalan sebentar tadi....Apakah kamu telah meninggalkan agama nenek moyang kita..? "... 

Fatimah menjawab, " wahai Umar, apa pendapatmu Jika Kebenaran itu bukan berada pada agama nenek moyang kita ?"

Mendengar perkataan tersebut Umar terus memukul adiknya hingga luka dan berdarah, Suaminya (Said) cuba membantu dan menenangkan Umar,..tetapi dia juga turut dibelasah oleh Umar sehingga cedera kedua-duanya....

 " Hai Umar, biar apa pun yang akan terjadi, kami akan tetap berada dalam agama yang dibawa oleh Muhammad...Bunuh lah kami jika itu dapat memuaskan hati kamu.." rintih Fatimah,... sambil memeluk suaminya (Said) yang terbaring berlumuran darah.. 

Umar seperti tidak percaya terhadap tindakan yang telah dilakukan keatas Adik dan iparnya....Dia berasa begitu menyesal dan kecewa diatas tindakaannya yang melampaui batas itu. 

Ketika kemarahan Umar semakin reda.... dia kemudiannya meminta maaf kepada Fatimah dan adik Iparnya. Lalu dia terlihat segulung lembaran yang sedang di pegang oleh adiknya Fatimah....

Umar lantas bertanyakan tentang lembaran itu, " Apakah lembaran yang ditangan mu itu...? berikan kepada ku...aku ingin mengetahui apakah kandungan isinya ". 


Fatimah berkata, "Hai Umar....tubuh kamu Kotor, dan tidak boleh menyentuh lembaran ini,... kecuali bagi orang yang bersuci.... Mandilah dan sucikanlah diri mu terlebih dahulu !.." 

Umar kemudianya membersihkan dirinya dan kembali semula meminta lembaran itu dari adik perempuannya...Fatimah agak keberatan untuk memberikannya, tetapi setelah dipujuk...Fatimah memberanikan juga diri untuk memberikan lembaran tersebut yang mengandungi isi Surah Taha itu kepada Umar.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ


1. طه 
2. مَآ أَنزَلْنَا عَلَيْكَ ٱلْقُرْءَانَ لِتَشْقَىٰٓ
3. إِلَّا تَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَىٰ
4. تَنزِيلًا مِّمَّنْ خَلَقَ ٱلْأَرْضَ وَٱلسَّمَٰوَٰتِ ٱلْعُلَى
5. ٱلرَّحْمَٰنُ عَلَى ٱلْعَرْشِ ٱسْتَوَىٰ

1. Taa' Haa.
2.Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. 3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah,
4. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.(Taha : 1 - 5)

Sendi Umar menjadi lemah dan bergetar,...dia terpegun dengan isi kandungan Surah Taha...hatinya menjadi semakin sayu dan hiba...ketika itu dia dapat merasakan ada sesuatu yang sedang menyentuh jiwanya.. 

Umar meneruskan lagi bacaan sehingga sampai pada ayat 20:014

14. إِنَّنِىٓ أَنَا ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَٱعْبُدْنِى وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِذِكْرِىٓ

Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku (Taha : 14)

Ketika itu air mata sudah membasahi pipi Umar...."Bawa kan aku kepada Muhammad.. Bila mendengar perkataan Umar itu, Khabab yang sedang bersembunyi ketika itu memberanikan dirinya untuk keluar dan berkata,

 " wahai Umar! engkau adalah orang yang didoakan Rasulullah ....'Ya Allah, muliakan Islam dengan Umar Al- Khatthab atau Abu Jahal (Amru) bin Hisyam. ' 

Rasulullah yang pada ketika itu berada di rumah seorang sahabat di daerah Shafa, baginda dikelilingi oleh para sahabat dan salah seorang darinya ialah Saidina Hamzah Abdul Mutalib.Umar datang dengan pedangnya dan menuju ke rumah tersebut,.... 

Menyedari kedatangan Umar,...Saidina Hamzah memandang Rasulullah dan kemudian berkata, 

 " Jika kedatangan nya bertujuan baik kami akan mengizinkannya.... Tetapi jika dia datang dengan niat jahat... akan aku bunuh dengan pedangnya sendiri...." 

Saidina Hamzah bimbangkan keselamatan Rasulullah kerana dia tahu Umar seorang yang menurut nafsu amarah dan sanggup melakukan apa sahaja....Namun baginda meminta supaya Saidina Hamzah tidak bertindak melulu.. Umar mengetuk daun pintu... dan Rasulullah sendiri yang membuka pintu dan mempersilakan Umar masuk... Sebaik sahaja Umar melangkah masuk, beliau terus mendekati Rasulullah... Lalu baginda terus memegang hujung baju Umar dan disentapnya dengan kuat sehingga Umar jatuh berlutut di hadapan Rasulullah. Sambil berhadapan dan bertentang mata dengan Umar, 

Rasulullah lantas bertanya, " Bila kamu hendak menerima Islam wahai Putera Al Khattab ..? Adakah kamu hendak menunggu sehingga ditimpa bala dan ancaman dari Allah ? Sebagaimana yang menimpa Al-Walid bin Al-Mughirah ..?... Ya Allah, inilah Umar Al-Khattab,... Ya Allah muliakan Islam dengan Umar Al-Khattab ini!" Seketika itu pula Umar bersyahadah, " Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah,..dan Kamu,..Muhammad adalah pesuruhnya ".... 

orang-orang yang berada di rumah tersebut bertakbir dengan keras sehingga ada yang menitiskan air mata kerana terlalu gembira.Umar memeluk Islam pada bulan Dzulhijah tahun ke-6 kenabian, tiga hari setelah Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib memeluk Islam.

Selepas peristiwa tersebut, Umar berjanji untuk melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir.... Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah (633-644).

Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa 

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila Umar memeluk Islam, Jibril pun datang dan berkata: "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar "



Share:

Monday 12 July 2021

cendawan susu harimau

CENDAWAN susu harimau atau nama saintifiknya Lignosus rhinocerus atau Polyporus rhinocerus adalah daripada keluarga Polyporaceae dikatakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Malah cendawan ini hanya tumbuh di kawasan hutan tebal tertentu terutama Banjaran Titiwangsa dan mempunyai keunikan tersendiri sehingga menyebabkan usaha mencarinya sukar.

Ramai penyelidik khususnya membuat kajian mengenai kebaikan cendawan herba itu, mengakui ia tumbuh bawah tanah dan hanya payungnya keluar ke permukaan bumi sehingga dikatakan hampir pupus.

Oleh itu, inisiatif syarikat tempatan, LiGNO Biotech Sdn Bhd berjaya menemui kaedah penanaman kulat berkenaan dengan khasiatnya setara seperti di hutan.

BILIK Inkubator.
Ia berikutan cendawan itu disenaraikan sebagai bahan aktif untuk perubatan tradisi di bawah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) pada 2010.

Menurut Penyelidik Prinsipal Mardi, Dr Tan Chon Seng, yang juga Penasihat Teknikal LiGNO Biotech ketika ini kulat susu harimau digunakan secara meluas sebagai usaha membantu merawat masalah paru-paru dan sistem pernafasan.

Nyata, kelebihan cendawan itu relevan dengan situasi semasa apabila penularan Covid 19 baru-baru ini menyaksikan pesakit dijangkiti pandemik itu mempunyai simptom mirip dengan mereka yang sedia menghadapi masalah kesihatan paru-paru dan sistem pernafasan.

"Secara tradisinya, cendawan susu harimau digunakan mereka yang menghadapi masalah kesihatan sistem pernafasan seperti batuk kronik, asma, resdung, demam dan selesema.

"Kajian menunjukkan cendawan susu harimau mempunyai aktiviti antikeradangan dan imuno-modulasi yang tinggi. Ciri-ciri ini adalah bukti ia membantu menangani masalah berkait dengan akut pernafasan terbabit ," katanya .

Kata Dr Tan, pihaknya menemui mekanisme cendawan terbabit berupaya membantu menangani jangkitan virus selesema.

"Kami berkolaborasi melakukan penyelidikan dengan Universiti Chulalongkorn, Thailand terhadap HIV dan hasil cendawan menunjukkan ia berjaya menghalang enzim yang diperlukan virus itu daripada memasuki sel badan.

"Tanpa enzim itu, virus HIV tidak dapat membiak. Mekanisme yang sama seperti dalam kes Covid 19," katanya turut memaklumkan cendawan susu harimau mempunyai tiga bahagian iaitu sebelah atas (payung), tengah (batang) dan bawah (ubi atau sclerotium).

Mengenai teknologi sistem tanaman dalam bilik yang dikawal, cendawan susu harimau hidup dengan baik pada medium penanaman yang dirumus khas sehingga dapat membentuk sclerotia yang setaraf mutu jenis liar.

"Cendawan itu juga dipetik dalam keadaan optimum bagi memungkinkan dilakukan penyeragaman di setiap peringkat pengeluaran dan menjamin kadar hasil.

"Ia hanya ditanam dalam susunan kotak plastik lut sinar dalam bilik yang dikawal, kotak hanya dibuka ketika cendawan hendak dituai kira-kira enam bulan selepas dikultur," katanya.

Teknologi itu mampu meningkatkan kapasiti pengeluaran sebanyak 500 kilogram (kg) sebulan dalam hanya satu bilik seluas 800 kaki persegi.

Bilik itu memuatkan 1,000 kotak dengan setiap kotak mengandungi 50 gram cendawan," katanya yang turut memperkenalkan Muzium Cendawan Susu Harimau (CSH) Ligno Biotech di Balakong, Selangor baru-baru ini.

DR TAN mahu khazanah cendawan negara dipelihara.
Kata Dr Tan, muzium itu dibuka sebagai pusat pendidikan dan memperkenalkan cendawan susu harimau kepada umum secara percuma.

Sekali gus khazanah ubat-ubatan Malaysia ini dapat terus dipelihara dan pengetahuan mengenai cendawan berharga ini juga salurkan serta didedahkan

"Kita melihat banyak muzium menarik di bandar seperti Amsterdam, Belanda. Contohnya ada muzium keju, dari situ lahir idea membina muzium cendawan sebagai antara cara memperkenalkan khazanah negara.

"Muzium ini terbahagi kepada beberapa bahagian, di luar terdapat mural yang menunjukkan pelbagai cendawan berharga. Terdapat juga galeri atau bilik pameran yang menunjukkan sejarah penemuan cendawan, dipamerkan juga penggunaan cendawan secara tradisional, pengembangan, kajian dan penyelidikan serta bahagian yang mempamerkan pelbagai penghargaan dan anugerah yang diterima" katanya.

Di samping itu, katanya, terdapat juga bilik kelas yang boleh memuatkan 50 orang pada satu masa yang boleh digunakan untuk kelas membuat sabun dan sebagainya. Di tingkat atas pula terdapat bilik khas tanaman cendawan (dalam bilik kaca) dan cara cendawan dibiakkan.


Produk kopi berasaskan cendawan susu harimau - kredit foto : Lazada

-MN-

Share:

Wednesday 16 June 2021

Air kosong VS Coca Cola - Air kosong menjadi pilihan Ronaldo

Foto : Yahoo Sports Australia
London: Coca-Cola menegaskan 'setiap orang berhak untuk memilih minuman mereka'. Itu reaksi balas syarikat minuman terbesar dunia selepas Cristiano Ronaldo mengetepikan dua botol minum itu pada sidang media Euro 2020 semalam.

Pemain berusia 36 tahun yang mementingkan kesihatan memberi reaksi serius apabila melihat minuman soda itu diletakkan di hadapannya sebelum sidang media bermula - membuatkan dia mengetepikan minuman itu dan memaklumkan kepada peminat untuk 'minum air kosong'.

Syarikat minuman itu yang menjadi penaja Euro bertindak balas dengan memaklumkan secara terang-terangan bahawa setiap orang mempunyai 'selera dan keperluan' masing-masing.

"Pemain ditawarkan air disamping Coca-Cola dan Coca-Cola tanpa gula apabila tiba di sidang media," kata jurucakap.

Bintang Portugal itu antara pemain bola sepak terbaik dunia cukup terkenal dengan diet dan gaya kehidupan sihatnya.

Tumpuan kepada tahap kecergasan dan kehidupannya itu membolehkannya terus bermain di peringkat elit biarpun sudah berusia 30-an ketika ramai pemain mengundurkan diri.

Dia sebelum itu mendedahkan enam makanan yang diambil untuk diet harian adalah buah yang banyak, sayuran dan protein seperti ikan atau ayam yang dimasuk tanpa minyak.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Share:

Wednesday 2 June 2021

ISLAMIC PROPHET FAMILY TREE

 


Tonton video di bawah;

Share:

Wednesday 19 May 2021

RAYA 2021

 



Setahun berlalu dan ya, kita masih di dalam pandemik COVID19. Semoga kita kekal dalam lindungan-Nya inshaAllah.

Selamat hari raya semua yang membaca posting ini.

-MN-

Share:

Wednesday 24 February 2021

Hikmah Kuda Dalam Surah Al-'Aadiyaat Yang Ramai Perlu Tahu

 


Berikut terjemahan dari surah.my:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

"Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya(1)

Serta mencetuskan api dari telapak kakinya,(2)

Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh,(3)

Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu,(4)

Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh;(5)

Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.(6)

Dan sesungguhnya ia (dengan bawaannya) menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian;(7)

Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba).(8)

(Patutkah ia bersikap demikian?) Tidakkah ia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur?(9)

Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada?(10)

Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada) mereka - pada hari itu.(11)"

Surah Al-'Aadiyaat 1-11

Tahukah anda, apakah makna Al ‘Adiyat?
Tahukan anda, apakah makna Dhobha?
Tahukan anda, apakah makna Al Muriyati Qadha?
Tahukah anda, apakah makna Al Mughirat?
Tahukah anda, apakah makna Naq’a?
Begitu juga, tahukah anda apakah makna Kanud?


Kalau anda belum tahu maknanya, tidak apa-apa, mari kita kaji bersama.

  • Al-‘Adiyat itu adalah kuda yang ditunggangi para pahlawan dalam peperangan.
  • Dhobha itu artinya adalah suara nafas kuda, yang terengah-engah.
  • Fal Muriyati Qodha artinya kuda, ketika menghentakkan kaki dan kasutnya ke tanah dan batu sehingga menimbulkan percikan.
  • Fal Mughirati Shubha artinya kuda yang menyerang musuh, khususnya di waktu pagi  (Subuh).
  • Naq’a artinya debu-debu yang ditimbulkan oleh  langkah kaki kuda.
  • Kanud adalah orang yang menolak, tidak mahu mengakui nikmat-nikmat Tuhan yang diberikan olehNYA kepada kita.

Rahsia Allah bersumpah dengan kuda, ketika kuda-kuda itu marah dan menyerang musuh.. bersumpah dengan nafas-nafas kuda, dengan debu-debu yang dihasilkan oleh langkah kakinya

ladam kaki kuda diperbuat dari besi, akan menghasilkan percikan api ketika menyentuh batu-batu keras

Ketahuilah, kuda melakukan semuanya itu demi menyenangkan tuannya yang menungganginya. Padahal, kuda itu sebenarnya tidak tahu apa-apa. Kuda sanggup melakukan apa saja yang diinginkan oleh tuannya.

Kerana tuannyalah yang memberinya makan dan memeliharanya. Ini merupakan  cara kuda itu membalas budinya kepada tuannya.. Subhanallah..

Sekarang kita faham, apakah maksud Allah mengingatkan kita tentang kuda itu? Allah seolah-olah ingin mengatakan, kuda itu patuh kepada tuan yang memberi makan dan memeliharanya, kenapa manusia tidak mahu patuh kepada Allah, yang Maha Memberi, Mengurus dan Memerhatikan seluruh urusannya?

Kerana itu, Allah menegur kita, dengan ayatnya “Inna al-Insana li Rabbihi la Kanud” (Sesungguhnya manusia itu benar-benar tidak mempunyai rasa terima kasih kepada Tuhannya).

Meskipun Allah telah memberi berbagai nikmat kepada kita, bahkan tak terhitung jumlahnya, tetap juga kita tidak mengakuinya. Tidak puas dengan keadaan kita. Selalu saja kita murka dengan keputusan-Nya. Musibah pertama adalah tatkala kita mempersoalkan kebijaksanaan dan keadilan Allah. Kecuali orang yang dikasihi oleh Allah SWT.

Itulah bezanya manusia dengan kuda. Sikap dan perlakuan  terhadap tuannya.

Sumber klik sini

Share:

Monday 22 February 2021

CARA DOWNLOAD U-TORRENT

PERNAH DENGAR TAPI TAK TAHU BAGAIMANA NAK BUAT? 

Berikut tutorial download file torrent dengan mudah!

Memuat-turun file menggunakan torrent adalah sangat pantas dan selamat berbanding muat-turun biasa. Saiz file yang dimuat-turun juga besar dan boleh resume di waktu lain jika terputus talian internet mahupun anda mahu pause download anda.


Anda boleh ke pautan https://www.utorrent.com/ untuk memuat-turun aplikasi download software ataupun link ke website download torrent.

Di bawah adalah paparan Utorrent Website di mana anda boleh memuat-turun file movie, drama, software ataupun PDF melalui website. Jika anda muat-turun movie, anda boleh menonton sambil memuat-turun.

Cara penggunaan Web Torrent :

Mula-mula, sila klik icon torrent pada desktop anda. Seterusnya anda perlu download file torrent kemudian drag ke ruang yang disediakan pada laman torrent.


Anda akan dibawa ke paparan berikut;

Cari file torrent anda kemudian drag ke ruang yang disediakan.

Cari file torrent anda dan drag ke ruangan yang disediakan.

file saya sudah siap di download.

File yang sudah siap download boleh dibuka melalui simbol folder ataupun pada folder download dalam komputer anda.

Cara penggunaan Software Utorrent:

Sila klik icon software ini terlebih dahulu kemudian sila minimize. Seterusnya anda boleh buat carian file torrent yang anda mahu melalui google(ataupun carian enjin lain seperti yahoo, bing dan lain-lain). 

Kemudian ikuti langkah di bawah;


Cari simbol + seperti dalam gambar dan cari file torrent anda.


Pilih file anda kemudian pilih open.


Sila teruskan untuk download jika anda mahu file anda dimuat-turun ke folder Download. Ubah kepada folder lain jika anda mahu.


File sedang dimuat-turun. Tunggu hingga selesai!

Selepas selesai download anda boleh padam senarai download anda dengan klik simbol ataupun icon tong sampah.


Remove torrent untuk hapuskan senarai download. 

Website yang menyediakan torrent file

Terdapat banyak laman yang menyediakan file torrent. Anda boleh buat carian di google ataupun pergi ke salah-satu dari dua laman di bawah;


https://www.tpbproxypirate.com/

https://www.1377x.to/

Website ini adakalanya akan bertukar-tukar alamat domain, jadi anda hanya perlu search di google nama website sahaja seperti piratebay ataupun 1377x.

Saya berikan contoh bagaimana saya buat carian permainan pc popular CSGO. Berikut hasil carian;


Hasil carian adakalanya memberikan size file berbeza-beza terutamanya jika anda download drama atau movie. Di atas adalah hasil carian game CSGO dengan satu file mempunyai saiz yang agak besar iaitu 6 ke 7 Gigabyte lebih untuk satu. Klik salah-satu file di atas.


Untuk memuat-turun file, sila klik MAGNET DOWNLOAD. 


Klik Open Utorrent. Software Utorrent yang anda install akan dibuka secara automatik. Paparan berikut akan tertera pada screen komputer anda.


Pilih direktori yang anda mahu atau klik OK untuk teruskan jika anda mahu file dimuat-turun ke folder download.


File sedang dimuat-turun dan tunggu hingga selesai.

Muat-turun selesai!

File game CSGO yang dimuat-turun ke folder download.


Done!


Note: Capaian internet yang laju akan memudahkan lagi muat-turun anda. Muat-turun file 6 gig di atas selesai kurang dari berberapa jam dengan capaian internet Unifi 30 mbps.

Sekian.
-MN-

Share:

Recommended Webhosting & Domain Services

HUBUNGI

Sila hubungi saya di:
email : admin@pullbackforextrading.com
whatsapp: 0168225295


ENJIN CARIAN GOOGLE

Arkib

Blog Archive