Hari ini 201 tahun yang lalu, kapal pemburu paus ‘Essex’ karam diserang seekor paus sperma. Pada 12 Ogos 1819, ‘Essex’ berlepas dari Nantucket menuju Selatan Laut Pasifik untuk memburu ikan paus sperma. Dengan 20 anak kapal pimpinan George Pollard, Jr., perjalanan mereka dijangka berakhir dalam tempoh 3 tahun. 2 bulan kemudian, ketika di perairan Rio de Janeiro, mereka memperoleh tangkapan pertama. Januari 1820, ‘Essex’ memasuki Selatan Pasifik & menangkap lagi 10 ekor paus di perairan Peru. Lewat Mei, mereka memutuskan untuk berlayar lebih jauh ke tengah. Mereka singgah dahulu di beberapa lokasi untuk menambah bekalan & membetulkan kebocoran kapal sebelum meneruskan perjalanan pada lewat Oktober 1820. Pada pagi 20 November, ikan paus ditemukan & segera dilancar 3 bot buruan.
Bot pimpinan pembantu kapten, Owen Chase kemudian rosak & terpaksa kembali ke kapal induk. Ketika bot sedang dibaiki, seekor paus lagi dikesan dekat dengan kapal, dianggarkan sepanjang 26 meter, saiz lazim seekor paus sperma jantan dewasa. Tak semena-mena, paus tersebut melulu laju ke arah ‘Essex’ lalu menghentam bahagian kirinya. Ia melintasi bawah kapal, timbul semula di permukaan & melancarkan serangan habis-habisan sehingga kapal rosak teruk sebelum beredar dari situ. Apabila ‘Essex’ akhirnya tenggelam pada 22 November, kesemua kru terpaksa menaiki 3 bot yang tinggal, diterajui oleh Pollard, Chase & penolong kapten kedua, Matthew Joy. Dengan bekalan makanan amat terhad, mereka bergerak mencari daratan. Berpuluh hari mereka di lautan dirundung kebuluran, dehidrasi, hingga seorang demi seorang mati. Untuk terus hidup, kru yang telah mati terpaksa dimakan. Tidak cukup, mereka terpaksa mencabut undi untuk menentukan siapa korban seterusnya. Akhirnya selepas lebih 3 bulan, hanya 8 orang yang ditemukan hidup & diselamatkan. Sekembalinya ke Nantucket, Chase menulis memoirnya yang kemudian menjadi inspirasi kepada Herman Melville, novelis New York untuk menulis ‘Moby-Dick’ (1851). *Gambar lakaran & catatan salah seorang anak kapal, Thomas Nickerson tentang tragedi itu. Sumber: Britannica, Wikimedia CommonsKarya Chase menginspirasi Herman Melville's - Moby Dick (1851).