Saturday, 4 January 2025

BERCUTI KE KUALA LUMPUR | KL 2024

Alhamdulillah hajat nak pergi bercuti akhirnya tercapai. Tahun 2024 sempena harijadi wife, dapatlah raikan di Kuala Lumpur.

Happynya si dia(wife) bila dapat tahu tiket ditempah.. hahaha... dulu dah buat plan tapi tetiba cancel dan tukar lokasi pulak. Then pandemik pula tahun 2020.. So banyaklah kiranya rintangan ni.. 😂😂😂


Tiket sudahpun ditempah 2 bulan lebih awal so semuanya berjalan dengan lancar sekali. Tapi jujurnya risau juga jika ada sesuatu yg diluar dugaan so terpaksalah burn semua bajet tiket tu. Total semuanya pun hampai RM1K.. hahaha..






Lamanya tak naik flight ni so agak berdebar sikit. But tak sangka, dah 9 tahun berkahwin barulah dapat peluang ni. sebelum ni bajet semua dah ready tapi selalu cancel sahaja.

Banyak tempat dapat dilawati dalam sepanjang trip kali ini. Pada hari pertama, kami melawat ke Taman Botani KL. Tempat ini boleh tahan luasnya dan sesuai untuk aktiviti riadah.

Trip ni asalnya berdua but plan tukar last minit, so kitaorg pergi bertiga. 😂😂

Yang ke-3 tu kawan kitaorang dari Sarawak.











Kebanyakan hari dipenuhkan dengan aktiviti lepak, dating dan jalan-jalan. Well, baru first time jejak kaki ke sana selepas sekian lama, so takdelah tahu sangat nak pergi mana. Kita just pergi tempat tu random dan mana-mana yang dapat pergi, kami layan jer..














Dekat KL ni berberapa lokasi yang saya teringin nak pergi seperti KLCC, Genting Highland, Pavilion/bukit bintang.. Tempat seperti KLCC dan Bukit Bintang ni boleh tahan crowdednya. Malam bagaikan siang..


Di sini boleh layan busker.. Feeling dia mcm tgk konsert pula sebab ramai yg datang melihat dan bernyanyo bersama. Kita pun ikut je nyanyi sekali. 

Esok, 16 september adalah hari jadi Wife. Terima kasih bagi yg sediakan kek tu. hehehe..







Keesokan harinya, kita orang pergi ke Pasar seni kemudian ke KLCC.  Kita ambil gambar kemudian bertolak ke lokasi yang lain pulak.















Kami dibawa ke lokasi yang agak terpencil di Kuala Selangor untuk melihat kelip-kelip.. Well, ia adalah pengalaman yang agak unik memandangkan lokasi pun agak jauh dan kena bergelap atas sampan di situ.


Selesai di sini kami pun bertolak ke Genting memandangkan saya teringin sangat nak ke sini. hehehe... Pergi sini sebelah malam, so tak banyak yang dapat dilihat memandangkan ia sedikit berkabus dan berangin.





Suasan sini agak sejuk tapi sangat menyeronokkan juga. InshaAllah di masa akan datang saya akan ke sini lagi. Tapi waktu tu saya nak naik cable car pulak lah.





























Perkara ini mungkin sedikit pelik tapi baru saya perasan di KL ni boleh tahan banyaknya burung gagak di sana-sini. Hampir setiap hari asyik gagak sahaja ditemui.

hahaha...

Sebelum ni pernah juga pergi KL ni tapi taklah perasan gagak tu.





Pejam celik pejam celik akhirnya sampailah ke hari terakhir selepas 19 hari bercuti. 🤭🤭

Tahun 2024 sudah pun melabuhkan tirainya dan pada waktu post ini ditulis, dan tahun 2025 sudah pun menjelma.. 🙂🙂🙂

2024 tahun yang sangat mencabar dan banyak pengalaman baharu dapat dipelajari untuk dijadikan pengalaman untuk menjadi lebih baik di masa hadapan, inshaAllah.

Terima kasih banyak-banyak kepada anda yang meluangkan masa membaca cerita ringkas ini. 

Sehingga kita berjumpa di posting yang akan datang, assalamualaikum!

2025, INSYALLAH KAMI AKAN DATANG LAGI..!!

-MN-


Share:

0 comments:

Recommended Webhosting & Domain Services

HUBUNGI

Sila hubungi saya di:
email : mynasy8@gmail.com

ENJIN CARIAN GOOGLE