AYAM MASAK MERAH WANGI PALING WIN!

Resepi kali ini adalah ayam masak merah aroma wangi dan melaparkan!

ayam butter salted egg

My favourite recepi!

MASALAH URL WORDPRESS

Tertukar URL kemudian website rosak? Jangan panik. Saya ada penyelesaiannya.

PERISTIWA 2 MAC 1978

Hari ini 44 tahun yang lalu, mayat Charlie Chaplin dibawa lari dari kuburnya.

uTorrent made easy!

Tutorial ringkas dan mudah menggunakan uTorrent untuk muat-turun file kegemaran anda.

Showing posts with label islamik. Show all posts
Showing posts with label islamik. Show all posts

Thursday 12 August 2021

Tuanku Sharif Kedah


Tuanku Said Muhammad Ibni Tuanku Said Muhammad Shahbuddin (Tengku Kedah).

Lahir dan dibesarkan di Mekah, berhijrah ke Kedah dan W.P.Labuan pada tahun 1896M (1313H/1314H). Beliau adalah seorang pedagang dan pendakwah.

Sebelum menetap di W.P.Labuan, beliau pernah menetap selama dua (2) tahun di Kuching, Sarawak.

Meninggal dunia pada tahun 1943M (1361H/1362H/1363H) ketika berusia 116 tahun di Kg. Ranca-Ranca W.P.Labuan.

Tengku Kedah atau lebih dikenali dengan nama 'Tuanku' ataupun 'Sharif Kedah' adalah salah seorang yang amat dikenali terutama bagi masyarakat lama di sekitar W.P.Labuan dan kawasan berdekatannya. Beliau merupakan salah seorang penyebar agama islam yang terkenal pada suatu ketika dahulu. Tidak banyak maklumat berfakta yang diketahui tentang beliau selain daripada cerita-cerita lisan daripada orang-orang yang pernah mengenali beliau.

Makam Sharif Kedah
Sebab musabab kepada gelaran 'Tengku Kedah / Sharif Kedah' juga tidak dapat dipastikan puncanya. Berkemungkinan Kedah adalah tempat pertama beliau jejaki di rantau ini sebelum berhijrah ke W.P. Labuan menyebabkan masyarakat setempat mengelarnya Sharif dari Kedah ataupun ringkasnya 'Sharif Kedah', ataupun berkemungkinan juga ada di antara golongan orang lama di Kedah sendiri yang mengenali ataupun mengetahui akan sejarah beliau yang mungkin dapat menjelaskan akan biodata lanjut Syarif Kedah itu sendiri.

Status Tengku Kedah ini juga, samada mempunyai keluarga atau tidak selama beliau berada di kepulauan Borneo ini juga tidak dapat dipastikan, ada juga khabar angin menyatakan beliau mempunyai anak angkat, tidak tau sejauh mana kebenarannya.

Dipetik dari blog 
http://daengsaring.blogspot.com/


Jalan baru yang menyambungkan kampung Patau-patau dengan Kampung Batu Arang dinamakan sempena nama Tuanku Sharif Kedah.


P.S : Khabar mengenai anak angkat tersebut adalah benar memandangkan lokasi yang dimaksudkan di Kg. Lajau(berdekatan alamat lama admin) di dalam ruang komen. Jika admin tidak silap, orang yang dimaksudkan adalah seorang guru agama dan admin sempat mengaji al-quran bersama beliau. Saya juga sempat menziarahi ke rumah keluarga beliau semasa beliau meninggal dunia di Kg. Sungai Bedaun.

-MN-

Share:

Thursday 15 July 2021

SURAH TOHA - Surah yang melembutkan hati Saidina Umar Al-Khattab kepada Islam

Dalam perjalanan, beliau Bertemu dengan Abdullah An-Nahham Al-‘Adawi, Seorang laki-laki dari Bani Zuhrah....(ada setengah riwayat mengatakan Saad bin Abi Waqqas)..... 


Lelaki itu berkata kepada Umar, " Mahu kemana wahai Umar ? " 

Umar menjawab, "Aku Ingin pergi membunuh Muhammad." 

Lelaki tadi berkata, " Bagaimana kamu akan selamat dari Bani Hasyim dan Bani Zuhrah, kalau kamu membunuh Muhammad ?" ..mendengar ucapannya itu, 

Maka Umar menjawab, " Tidaklah aku melihatmu lebih daripada seorang musuh yang telah meninggalkan agama nenek moyangnya." 


Lelaki tadi memberanikan diri dan menjawab, " Hai Umar Sesungguhnya saudara perempuan mu dan ipar mu telah meninggalkan agama yang nenek moyang kamu yakini... 

Seperti ditebang batang lehernya....Umar bergegas kerumah adiknya (Fatimah) untuk mendapatkan kepastian tentang berita itu...Ketika menghampiri rumah adiknya... Umar terdengar suara seseorang sedang mengajar Al-Quran,...Ketika itu Khabab bin Al-Arat....sedang mengajarkan Al-Quran kepada Fatimah (adik Umar) dan Iparnya (Said bin Zaid) ....

Umar mengetuk pintu dengan penuh kemarahan.. Mengetahui kedatangan Umar,... Khabab menjadi cemas dan lari bersembunyi. Umar masuk ke rumah adiknya dan menanyakan suara yang didengarnya sebentar tadi.... 

Kemudian adik perempuan Umar dan suaminya berkata, " kami sedang berbual-bual dan....seketika kamu datang dan mengetuk pintu..." 

Umar lantas berkata, " Apakah benar berita yang aku dengar dari jalan sebentar tadi....Apakah kamu telah meninggalkan agama nenek moyang kita..? "... 

Fatimah menjawab, " wahai Umar, apa pendapatmu Jika Kebenaran itu bukan berada pada agama nenek moyang kita ?"

Mendengar perkataan tersebut Umar terus memukul adiknya hingga luka dan berdarah, Suaminya (Said) cuba membantu dan menenangkan Umar,..tetapi dia juga turut dibelasah oleh Umar sehingga cedera kedua-duanya....

 " Hai Umar, biar apa pun yang akan terjadi, kami akan tetap berada dalam agama yang dibawa oleh Muhammad...Bunuh lah kami jika itu dapat memuaskan hati kamu.." rintih Fatimah,... sambil memeluk suaminya (Said) yang terbaring berlumuran darah.. 

Umar seperti tidak percaya terhadap tindakan yang telah dilakukan keatas Adik dan iparnya....Dia berasa begitu menyesal dan kecewa diatas tindakaannya yang melampaui batas itu. 

Ketika kemarahan Umar semakin reda.... dia kemudiannya meminta maaf kepada Fatimah dan adik Iparnya. Lalu dia terlihat segulung lembaran yang sedang di pegang oleh adiknya Fatimah....

Umar lantas bertanyakan tentang lembaran itu, " Apakah lembaran yang ditangan mu itu...? berikan kepada ku...aku ingin mengetahui apakah kandungan isinya ". 


Fatimah berkata, "Hai Umar....tubuh kamu Kotor, dan tidak boleh menyentuh lembaran ini,... kecuali bagi orang yang bersuci.... Mandilah dan sucikanlah diri mu terlebih dahulu !.." 

Umar kemudianya membersihkan dirinya dan kembali semula meminta lembaran itu dari adik perempuannya...Fatimah agak keberatan untuk memberikannya, tetapi setelah dipujuk...Fatimah memberanikan juga diri untuk memberikan lembaran tersebut yang mengandungi isi Surah Taha itu kepada Umar.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ


1. طه 
2. مَآ أَنزَلْنَا عَلَيْكَ ٱلْقُرْءَانَ لِتَشْقَىٰٓ
3. إِلَّا تَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَىٰ
4. تَنزِيلًا مِّمَّنْ خَلَقَ ٱلْأَرْضَ وَٱلسَّمَٰوَٰتِ ٱلْعُلَى
5. ٱلرَّحْمَٰنُ عَلَى ٱلْعَرْشِ ٱسْتَوَىٰ

1. Taa' Haa.
2.Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. 3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah,
4. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.(Taha : 1 - 5)

Sendi Umar menjadi lemah dan bergetar,...dia terpegun dengan isi kandungan Surah Taha...hatinya menjadi semakin sayu dan hiba...ketika itu dia dapat merasakan ada sesuatu yang sedang menyentuh jiwanya.. 

Umar meneruskan lagi bacaan sehingga sampai pada ayat 20:014

14. إِنَّنِىٓ أَنَا ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَٱعْبُدْنِى وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِذِكْرِىٓ

Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku (Taha : 14)

Ketika itu air mata sudah membasahi pipi Umar...."Bawa kan aku kepada Muhammad.. Bila mendengar perkataan Umar itu, Khabab yang sedang bersembunyi ketika itu memberanikan dirinya untuk keluar dan berkata,

 " wahai Umar! engkau adalah orang yang didoakan Rasulullah ....'Ya Allah, muliakan Islam dengan Umar Al- Khatthab atau Abu Jahal (Amru) bin Hisyam. ' 

Rasulullah yang pada ketika itu berada di rumah seorang sahabat di daerah Shafa, baginda dikelilingi oleh para sahabat dan salah seorang darinya ialah Saidina Hamzah Abdul Mutalib.Umar datang dengan pedangnya dan menuju ke rumah tersebut,.... 

Menyedari kedatangan Umar,...Saidina Hamzah memandang Rasulullah dan kemudian berkata, 

 " Jika kedatangan nya bertujuan baik kami akan mengizinkannya.... Tetapi jika dia datang dengan niat jahat... akan aku bunuh dengan pedangnya sendiri...." 

Saidina Hamzah bimbangkan keselamatan Rasulullah kerana dia tahu Umar seorang yang menurut nafsu amarah dan sanggup melakukan apa sahaja....Namun baginda meminta supaya Saidina Hamzah tidak bertindak melulu.. Umar mengetuk daun pintu... dan Rasulullah sendiri yang membuka pintu dan mempersilakan Umar masuk... Sebaik sahaja Umar melangkah masuk, beliau terus mendekati Rasulullah... Lalu baginda terus memegang hujung baju Umar dan disentapnya dengan kuat sehingga Umar jatuh berlutut di hadapan Rasulullah. Sambil berhadapan dan bertentang mata dengan Umar, 

Rasulullah lantas bertanya, " Bila kamu hendak menerima Islam wahai Putera Al Khattab ..? Adakah kamu hendak menunggu sehingga ditimpa bala dan ancaman dari Allah ? Sebagaimana yang menimpa Al-Walid bin Al-Mughirah ..?... Ya Allah, inilah Umar Al-Khattab,... Ya Allah muliakan Islam dengan Umar Al-Khattab ini!" Seketika itu pula Umar bersyahadah, " Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah,..dan Kamu,..Muhammad adalah pesuruhnya ".... 

orang-orang yang berada di rumah tersebut bertakbir dengan keras sehingga ada yang menitiskan air mata kerana terlalu gembira.Umar memeluk Islam pada bulan Dzulhijah tahun ke-6 kenabian, tiga hari setelah Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib memeluk Islam.

Selepas peristiwa tersebut, Umar berjanji untuk melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir.... Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah (633-644).

Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa 

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila Umar memeluk Islam, Jibril pun datang dan berkata: "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar "



Share:

Wednesday 2 June 2021

ISLAMIC PROPHET FAMILY TREE

 


Tonton video di bawah;

Share:

Wednesday 24 February 2021

Hikmah Kuda Dalam Surah Al-'Aadiyaat Yang Ramai Perlu Tahu

 


Berikut terjemahan dari surah.my:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

"Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya(1)

Serta mencetuskan api dari telapak kakinya,(2)

Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh,(3)

Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu,(4)

Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh;(5)

Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.(6)

Dan sesungguhnya ia (dengan bawaannya) menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian;(7)

Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba).(8)

(Patutkah ia bersikap demikian?) Tidakkah ia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur?(9)

Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada?(10)

Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada) mereka - pada hari itu.(11)"

Surah Al-'Aadiyaat 1-11

Tahukah anda, apakah makna Al ‘Adiyat?
Tahukan anda, apakah makna Dhobha?
Tahukan anda, apakah makna Al Muriyati Qadha?
Tahukah anda, apakah makna Al Mughirat?
Tahukah anda, apakah makna Naq’a?
Begitu juga, tahukah anda apakah makna Kanud?


Kalau anda belum tahu maknanya, tidak apa-apa, mari kita kaji bersama.

  • Al-‘Adiyat itu adalah kuda yang ditunggangi para pahlawan dalam peperangan.
  • Dhobha itu artinya adalah suara nafas kuda, yang terengah-engah.
  • Fal Muriyati Qodha artinya kuda, ketika menghentakkan kaki dan kasutnya ke tanah dan batu sehingga menimbulkan percikan.
  • Fal Mughirati Shubha artinya kuda yang menyerang musuh, khususnya di waktu pagi  (Subuh).
  • Naq’a artinya debu-debu yang ditimbulkan oleh  langkah kaki kuda.
  • Kanud adalah orang yang menolak, tidak mahu mengakui nikmat-nikmat Tuhan yang diberikan olehNYA kepada kita.

Rahsia Allah bersumpah dengan kuda, ketika kuda-kuda itu marah dan menyerang musuh.. bersumpah dengan nafas-nafas kuda, dengan debu-debu yang dihasilkan oleh langkah kakinya

ladam kaki kuda diperbuat dari besi, akan menghasilkan percikan api ketika menyentuh batu-batu keras

Ketahuilah, kuda melakukan semuanya itu demi menyenangkan tuannya yang menungganginya. Padahal, kuda itu sebenarnya tidak tahu apa-apa. Kuda sanggup melakukan apa saja yang diinginkan oleh tuannya.

Kerana tuannyalah yang memberinya makan dan memeliharanya. Ini merupakan  cara kuda itu membalas budinya kepada tuannya.. Subhanallah..

Sekarang kita faham, apakah maksud Allah mengingatkan kita tentang kuda itu? Allah seolah-olah ingin mengatakan, kuda itu patuh kepada tuan yang memberi makan dan memeliharanya, kenapa manusia tidak mahu patuh kepada Allah, yang Maha Memberi, Mengurus dan Memerhatikan seluruh urusannya?

Kerana itu, Allah menegur kita, dengan ayatnya “Inna al-Insana li Rabbihi la Kanud” (Sesungguhnya manusia itu benar-benar tidak mempunyai rasa terima kasih kepada Tuhannya).

Meskipun Allah telah memberi berbagai nikmat kepada kita, bahkan tak terhitung jumlahnya, tetap juga kita tidak mengakuinya. Tidak puas dengan keadaan kita. Selalu saja kita murka dengan keputusan-Nya. Musibah pertama adalah tatkala kita mempersoalkan kebijaksanaan dan keadilan Allah. Kecuali orang yang dikasihi oleh Allah SWT.

Itulah bezanya manusia dengan kuda. Sikap dan perlakuan  terhadap tuannya.

Sumber klik sini

Share:

Sunday 5 April 2020

Syair Doa Abu Nawas – Al I’tiraf (Sebuah Pengakuan)

Abu Nawas adalah pujangga Arab dan seterusnya merupakan salah satu penyair terbesar sastra Arab klasik. Nama lengkap beliau Abu Ali Al Hasan bin Hani Al Hakami dan hidup pada zaman Khalifah Harun Al-Rasyid di Baghdad (806-814 M). Dalam masyarakat umum Abu Nawas cukup terkenal kerana kecerdasan akalnya dan kecerdikannya dalam berkata-kata, sehingga banyak lahirnya anekdot jenaka yang sarat dengan hikmah.
Lukisan Abu NawasKarya besarnya sebagai seorang penyair: Al-I’tiraaf – bermaksud, Sebuah Pengakuan.

ِإِلهِي لََسْتُ لِلْفِرْدَوْسِ أَهْلاَ# وَلاَ أَقوى عَلَى النّارِ الجَحِيم
Ilaahii lastu lil firdausi ahlaan wa laa aqwaa ‘alaa naaril jahiimi
Wahai Tuhanku ! Aku bukanlah ahli surga, tapi aku tidak kuat dalam neraka Jahim

فهَبْ لِي تَوْبَةً وَاغْفِرْ ذنوبِي # فَإنّكَ غَافِرُ الذنْبِ العَظِيْم
Fa hablii taubatan waghfir zunuubii fa innaka ghaafirudzdzambil ‘azhiimi
Maka berilah aku taubat (ampunan) dan ampunilah dosaku, sesungguhnya engkau Maha Pengampun dosa yang besar

ذنوبِي مِثلُ أَعْدَادٍ الرّمَالِ # فَهَبْ لِي تَوْبَةً يَاذَاالجَلاَل
Dzunuubii mitslu a’daadir rimaali fa hablii taubatan yaa dzaaljalaali
Dosaku bagaikan bilangan pasir, maka berilah aku taubat wahai Tuhanku yang memiliki keagungan

وَعُمْرِي نَاقِصٌ فِي كُلِّ يَوْمٍ # وَذنْبِي زَائِدٌ كَيفَ احْتِمَالِي
Wa ‘umrii naaqishun fii kulli yaumi wa dzambii zaa-idun kaifah timaali
Umurku ini setiap hari berkurang, sedang dosaku selalu bertambah, bagaimana aku menanggungnya

َإلهي عَبْدُكَ العَاصِي أَتَاكَ # مُقِرًّا بِالذنوبِ وَقَدْ دَعَاك
Ilaahii ‘abdukal ‘aashii ataaka muqirran bidzdzunuubi wa qad da’aaka
Wahai, Tuhanku ! Hamba Mu yang berbuat dosa telah datang kepada Mu dengan mengakui segala dosa, dan telah memohon kepada Mu

َفَإِنْ تَغْفِرْ فَأنْتَ لِذاك أَهْلٌ # فَإنْ تَطْرُدْ فَمَنْ نَرْجُو سِوَاك
Fa in taghfir fa anta lidzaaka ahlun wa in tathrud faman narjuu siwaaka
Maka jika engkau mengampuni, maka Engkaulah yang berhak mengampuni. Jika Engkau menolak, kepada siapakah lagi aku mengharap selain kepada Engkau?

Syair ini juga disampaikan dalam versi lagu dari pelbagai artis. Anda boleh buat carian di youtube untuk versi-versi lagu klasik dan terkini. 





rujukan klik sini
Share:

Recommended Webhosting & Domain Services

HUBUNGI

Sila hubungi saya di:
email : admin@pullbackforextrading.com
whatsapp: 0168225295


ENJIN CARIAN GOOGLE