AYAM MASAK MERAH WANGI PALING WIN!

Resepi kali ini adalah ayam masak merah aroma wangi dan melaparkan!

ayam butter salted egg

My favourite recepi!

MASALAH URL WORDPRESS

Tertukar URL kemudian website rosak? Jangan panik. Saya ada penyelesaiannya.

MENGELUARKAN WANG KRYPTO DARI BINANCE KE MAYBANK

Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan bagaimana saya withdraw RM4,025 dari Binance ke akaun Maybank

uTorrent made easy!

Tutorial ringkas dan mudah menggunakan uTorrent untuk muat-turun file kegemaran anda.

Showing posts with label Berita semasa. Show all posts
Showing posts with label Berita semasa. Show all posts

Monday, 1 February 2021

GEGARAN DI LABUAN BERPUNCA DARI LETUPAN METEOR



Tonton Video penuh di bawah;

 

Video letusan meteor yang berjaya dirakam secara kebetulan di Brunei. Kejadian ini yang bunyi letupannya didengari di Sabah, Sarawak dan Brunei awal pagi tadi (31 Januari 2021) telah menggemparkan dan menjadi tanda tanya seluruh negara. Segala persoalan ini telah terjawab dengan adanya video ini yang berjaya dirakam oleh Abd Wafiy bin Hj Rudzi melalui "dash cam" yang dipasang di kenderaan miliknya. kredit : astronomical society of Brunei Darussalam

METEOR DARI SUDUT ALQURAN

Dalam al-quran, Allah SWT menjadikan bintang-bintang itu sebagai hiasan dan juga pelempar syaitan.

"Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang. Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka; (Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru, Untuk mengusir mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus. Kecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi." (As-Saaffaat)

Dalam ayat yang lain;

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang." (Al-Mulk, 5)

Maka terjawablah apakah punca letupan dan gegaran yang berlaku kemarin. SubhanAllah.!


-admin-


Share:

Tuesday, 2 October 2012

Feri kenderaan dan penumpang Labuan terbakar

02 oktober 2012 - Feri penumpang dan kenderaan, Wawasan Perdana harini mengalami kebakaran di bahagian atas feri pada awal pagi ini. Tiada kecederaan di laporkan setakat ini.


Share:

Saturday, 22 September 2012

Kedutaan Amerika enggan turun terima memorandum bantah Filem Anti-Islam

SEBENTAR tadi berlangsung sebuah perhimpunan aman yang dianjurkan oleh Pemuda Parti Islam, PAS membantah penerbitan filem anti-Islam "Innocence of Muslim" di ibu negara.

Ribuan rakyat, dianggarkan oleh portal Malaysiakini, 5000 berarak menuju ke Kedutaan Amerika dan berhimpun di situ bagi menunjukkan bantahan terhadap penerbitan filem yang menghina Rasulullah itu.

Namun pihak kedutaan Amerika enggan turun untuk menerima memorandum bantahan yang dihantar oleh Pemuda Parti Islam, PAS sebaliknya sekadar menghantar ketua keselamatan mereka.
   

Turut hadir pemimpin KEADILAN, YB Nurul Izzah serta pimpinan bukan Islam daripada KEADILAN, YB Tian Chua, YB Sivarasa dan N Surendran.
   

Pelakon yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam Filem Gerak Khas, Abby Abadi turut menyertai himpunan ini.



Lagi gambar-gambar himpunan ini boleh didapati di [Liang Lahad]
Share:

Sunday, 2 September 2012

Benarkah Gangnam Bermaksud ‘Saya Ingin Menjadi Yahudi’?



Beberapa hari ini ada sistem pesanan ringkas (SMS) dan twitter yang berlegar dengan kata-kata berikut;
Gangnam bermaksud ‘Saya Ingin Menjadi Yahudi’ sebarkan untuk Agama Islam. #ShareThis ! Subhanallah. Macam2 sekarang niehh !

Benarkah itu maksud gangnam style?
Blogger Ipoh Malay menghuraikan isu berkenaan;
Jangan Malukan Umat, Ini Maksud Sebenar ‘Gangnam’
Memang tak senonoh video clip Oppa Gangnam Style nyanyian PSY yang menjadi viral secara tiba-tiba di Asia dan Amerika Syarikat. Tetapi sesenonoh mana pula penyebaran dakyah kononnya untuk kebaikan umat Islam bahawa Gangnam bermaksud “Saya Ingin Jadi Yahudi” ?
Jawapannya tiada faedah, malah memalukan umat Islam kerana bila tiba ke pengetahuan masyarakat bukan Islam, umat Islam akan dipermalukan dengan celaan seperti ‘bodoh’ , ‘tak buat kajian’ dan ‘cetek ilmu’.

Jadi, apakah Gangnam itu?
Technically, ‘Gangnam’ means Seoul south of the Han River. (gang = river, nam = south) . But in general sense, when Koreans say Gangnam, they refer to a particular district called ‘Gangnam-gu’.This district, or gu, is one of the most well-off areas in Seoul, and here you can see the fanciest buildings and the busiest workers and students in Korea.

Seperti yang tertulis di Wikipedia :
Gangnam-gu is one of the 25 gu (local government districts) which make up the city ofSeoul, South Korea. It is one of the most affluent areas of Seoul and is located in the southeast of the city. It is served by Seoul Subway Line 2, Seoul Subway Line 3, Seoul Subway Line 7, Seoul Subway Line 9, Bundang Line and the Sin Bundang Line.

Menurut orang Korea, Gangnam-gu merupakan kawasan dalam Seoul yang dihuni artis-artis, penuh dengan bangunan rekaan moden, mahal, ada style dan mereka menyamakan Gangnam dengan Beverly Hills di Amerika Syarikat.

Oppa pula ialah panggilan hormat mereka kepada lelaki yang lebih tua seperti kita menyebut ‘abang’ atau ‘encik’ . Maka mamat gemok yang popular tiba-tiba itu menyanyikan lagu yang bertajuk ‘ cara encik gangnam’.

Negara Yahudi sebesar Amerika Syarikat pun tak pernah ada tempat dengan nama bermaksud “I wanna be Jews”.
Seharusnya kita tidak sembrono menyebarkan sesuatu yang memalukan kita umat Islam secara keseluruhan akibat perbuatan dangkal hasil tangan puak-puak tertentu yang belum tentu lagi kita tahu pegangan akidah mereka. Boleh jadi ia dilakukan oleh orang kafir sendiri bagi memalukan umat Islam.
Apa gunanya Google pada kalian para penyebar semua?

MyNewsHub

PS: tu la kata org klu tak tahu sila bertanya, klu x pandai jgn memandai2, klu booh mmg sah la bodoh! HAHAHHAA

Share:

Friday, 31 August 2012

Isu Gangnam style tang kini sudah bagai fenomena




Isu Gangnam Style :

1- Sejak video Gangnam Style diupload pada 15 Julai 2012 di Youtube (rujuk : http://www.youtube.com/watch?v=9bZkp7q19f0), seramai 74,798,987 yang telah menonton. Itu di Youtube sahaja. Di televisyen? Radio? Bahkan jumlahnya berganda-ganda.

2- Artis Hollywood ramai yang puji. Kata mereka tarian kuda oleh PSY itu unik. PM Najib Razak pun tumpang semangkuk. Update di twitter tanya pendapat rakyat kenapa lagu ini jadi fenomena.

3- Apa jua parody yang melib

atkan Gangnam Style di Youtube ianya ditonton jutaan manusia. Parody 1 : Byuntae Style (rujuk : http://www.youtube.com/watch?v=G-eCB6R5tCM). Diupload 1 minggu lepas, dan kini ditonton 4.7 juta manusia. Parody 2 : Hondae Style (rujuk : http://www.youtube.com/watch?v=TmIlbyLIcKg). Diupload pada 3 minggu lepas, kini ditonton 2.1 juta manusia di Youtube.

4- Bukan sahaja parody dari warga Korea, bahkan ianya dibuat pelbagai versi mengikut negara. Contoh : Singaporean Style (rujuk : http://www.youtube.com/watch?v=VFqLy27OSd4), upload 2 minggu lepas, yang menontonnya 800k. Contoh 2 : Chicago Style (rujuk : http://www.youtube.com/watch?v=2ik9N1a9A1E), ditonton 746k..

5- Rakyat Malaysia pun tumpang juga fenomena ini. Yang takdek kena mengena dengan menari kuda pun menggunakan nama yang sama. Maka muncullah video Suasana Gangnam Raya (rujuk : http://www.youtube.com/watch?v=VGq35nHO95s). Diupload 6 hari lepas, ditonton 866k..

6- Ada 1 lagi video dari Malaysia. Diupload 2 hari lepas. Orang Sabah Style. 2 hari je video ini telah ditonton seramai 547,301 manusia. (rujuk : http://www.youtube.com/watch?v=xUNb4yBz9Ck)

7- Ada lagi yang lain. Korang cari sendiri. Taip je Gangnam Style di Youtube, pasti macam-macam yang keluar.

8- Apa erti semua ni? Pertama, ia bukti jelas Gangnam Style menjadi fenomena masyarakat antarabangsa, seperti yang aku nyatakan di atas.

9- Kedua, walaupun video yang diupload takdek pun tarian kuda, ia tetap akan ditonton oleh ratusan bahkan jutaan manusia. Dengan syarat, kau letak je Gangnam Style Raya, Suasana Gangnam Raya dan lain2. Bila orang search Gangnam Style, menempel la video yang kau upload tu. Padahal kau menari poco-poco je.

10- Ketiga, Korea terus mendominasi muzik di peringkat antarabangsa. Kpop satu hal, kini demam Tarian Kuda pula. Budak Melayu Islam pun ikut. Alahai..

11- Ok, cukup ulasan Bab lagu. Sekarang nak masuk bab lain pula. Respon masyarakat muslim Malaysia.

12- Ada yang obses akan tariannya, yang sekadar ambil tahu dan yang ketiga melahirkan kekecewaan terhadap penerimaan Umat Islam Malaysia akan lagu ini.

13- Dari kekecewaan itu, maka muncullah 1 poster di facebook yang memaparkan 2 situasi, Gangnam Style & Solat/Tahajud Style.. Mereka gambarkan Umat Islam mudah ikut Style yang menghancurkan umat islam itu sendiri. Sedangkan style dalam agama Islam dah cukup bagus.

14- Melalui komen di Youtube pula, ada pula yang komen sebegini : "manusia akhir zaman .. tak sedar apa yg sedang mereka minat dn suka .. jadi manusia biar berfkr .. tarian gangnam style unsur pemujaan dan gaya tarian penuh maksiat .. itu ka manusia suka ?? fkr la beb..". Korang boleh check dalam video Sabah Style.

15- Aku tak pelik jika respon2 sebegini muncul. Itu biasa di Malaysia. Setiap orang berbeza sudut pandangan mereka. Kita raikan dan hormati pandangan mereka.

16- Bagi remaja2 Muslim yang meminati lagu ini, apa kata mereka? Sudah pasti mereka akan kata kami layan je. Bukan tiru pun. Dan mereka akan nampak agama hanya tahu menghukum. Walhal Islam tidak begitu. Itu belum lagi diambil kira pandangan non muslim. Jawapan balas dari video Gangnam Sabah tu :

"Ustat2. sudah la, bawa2 la cermin diri sendiri. sy ni mmg2 confirm masuk neraka sudah.. tp saya tidaklah sebiadab kau.. Klau ada yg tdk btul tegur baik2. Klau sdh mmg orang tidak blh terima nasihat kau then retreat kepada Tuhan. Minta dia tolong kasi btul. (Klau la) Ni perangai xda beza dgn orng yg confirm masuk neraka. Fikir2 la Ustat. Bykkan berzikir, sedekah, taubat.. pergi tlng orng d syria, palestin. PBB perlu volunteer. Ckup2 la jadi keyboard warrior,, ni smua video kau jd keyboard warrior" Nampak tak apa aku nampak? Pendekatan sesetengah dari kita salah.

17- Alangkah baiknya kita sebagai Umat Islam memanipulasi Fenomena Gangnam Style ini untuk menyampaikan dakwah Islam. Manipulasi? Macam mana tu. Baik, aku terangkan.

18- Caranya mudah, hasilkan sahaja video berunsur islamik dan kau letakkan tajuk Gangnam Style Hijab. Cuma kau lihat beberapa hari sahaja video kau akan ditonton ratusan ribu manusia. Walhal kau hanya hasilkan tutorial memakai tudung sahaja.

19- Banyak lagi video yang boleh dibuat. (Gangnam) Style Solat Khusyuk, (Gangnam) Style Negara Kebajikan dan macam2 lagilah. Isi video bukan menari sama macam video asal, kau hanya gunakan tajuk itu sahaja untuk menarik jutaan penonton di Youtube. Kalau fenomena ini dah kurang, edit je la tajuk tu kepada yang kau kehendaki. Pokok pangkalnya MANIPULASI ia untuk Islam.

20- Percayalah, fenomena seperti ini jangan dibiarkan begitu sahaja. Manfaatkan semaksimum mungkin. Pedang lawan pedang, bom lawan bom, video lawan video!

21- Akhir kata dari aku : Islam itu Cool! Jangan nampakkan Islam itu rigid.

Salam Kemerdekaan ke 55.
Sebangsa Senegara Sejiwa
Janji Dicapati.

Wassalam.
 
Share:

Friday, 24 August 2012

Janji ‘Kerat’ Johari Pain Versi Kedua



SELEPAS tewasnya juara treble 2007 dan 2008, Kedah pada aksi pertama kumpulan B Piala Malaysia kepada Juara Liga Premeir 2012, ATM 2-0 di laman sendiri kelmarin, seorang lelaki yang menggelar dirinya Jat Raindy sanggup memotong kemaluannya jika Kedah berjaya di dalam saingan Piala Malaysia.

Terdahulu, Jat telah menulis tentang kekecewaannya di laman sosial Facebook serta mendakwa skuad Kenari layak jatuh ke saingan Liga Perdana berdasarkan prestasi yang tidak konsisten yang ditunjukkan.

Jat bagaikan mahu mengulangi fenomena yang dicetuskan Johari Pain di laman sosial Facebook sebelum ini yang sanggup memotong kemaluannya seandainya atlet terjun negara, Pandalela Rinong berjaya memperoleh pingat pada saingan temasya Olimpik 2012 di London baru-baru ini.

Johari membuat kenyataan itu beberapa jam sebelum Pandelela bersaing dalam peringkat akhir acara 10m Platform Wanita, namun selepas Pandalela berjaya memperoleh pingat gangsa pada acara kegemarannya, jelas Johari Pain tidak mengotakan janji bahkan memohon maaf kepada semua peminat sukan tanah air melalui Twitternya di atas keterlanjurannya.

Bagaimanapun, tindakan Johari yang jelas berhadapan dengan reaksi dan marah dan tersinggung rakyat Malaysia rupanya masih gagal diambil iktibar oleh Jat yang jelas telah menyinggung perasaan penyokong setia Hijau Kuning.

Selepas teruk mengkritik Hijau Kuning di atas prestasi yang kurang kosisten, Jat turut menambah komennya, “okyh aq krat XXXX sampai kat XXXX un xpa..aq dok as..mai cr aq law kdah lyak…”
Jat yang menulis kenyataan tersebut di laman sosial Facebook Penyokong Setia Hijau Kuning sanggup memotong kemaluannya sekiranya pasukan tersebut mara sekurang-kurangnya sehingga ke peringkat suku akhir.

Bagaimanapun, komen beliau dipadamkan admin laman tersebut.
Kemudian, kenyataan itu dimuatkan kembali oleh laman sosial Persatuan Bola Sepak Kedah dan mendapat reaksi kurang senang peminat pasukan Kedah.

SinarHarian

PS: Balik2 nak kerat... last2 x juga ada. hahahaa..... BODOH!
Share:

Suspek bakar kekasih ditangkap semasa khayal dadah dengan 4 wanita!

KUALA LUMPUR: Suspek utama disyaki membakar Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, yang kini koma sejak kejadian 13 Ogos lalu akhirnya ditahan awal pagi semalam ketika dalam keadaan ‘lalok’ (khayal) akibat pengaruh dadah bersama lima rakan, empat daripadanya wanita.

 

Remaja lelaki berusia 18 tahun itu yang juga kekasih mangsa ditahan kira-kira jam 3.30 pagi bersama lima rakan berusia 18 hingga 20 tahun di dalam sebuah rumah panjang di Setapak Jaya, di sini, yang jaraknya hanya kira-kira lima kilometer dari lokasi Nurul Firzanah dibakar. Sumber polis berkata, serbuan diketuai Pegawai Siasatan Kanan Jenayah dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul (Zon Setapak), Asisten Superintendan Shan Gopal bersama sepasukan anggota hasil risikan dan maklumat orang awam. Menurutnya, siasatan polis mendapati sejak kejadian 10 hari lalu suspek tidak keluar dari rumah itu yang menjadi tempat persembunyiannya bagi mengelak ditahan polis selepas gambarnya disebarkan di media.

“Sebelum serbuan dilakukan, polis membuat pemantauan di rumah berkenaan selama hampir lima jam bermula jam 11.30 malam dan serbuan dilakukan menerusi pintu belakang dan depan secara serentak.

“Suspek cuba melarikan diri, namun dapat dicekup dan ketika itu dia dan rakan-rakannya didapati berada di bawah pengaruh dadah, malah polis turut menemui peralatan menghisap dadah di rumah berkenaan,” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah yang dihubungi semalam mengesahkan penahanan suspek utama itu serta lima rakannya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di rumah berkenaan polis turut menemui beberapa bahan bukti penting, antaranya pakaian dengan kesan minyak petrol yang dipercayai digunakan suspek semasa membakar mangsa. “Polis turut merampas telefon bimbit suspek selepas mendapati di dalamnya terdapat beberapa mesej berbaur ugutan antara suspek dan mangsa,” katanya.

Ku berkata, selain suspek, lima individu yang ditahan bersamanya turut didapati positif dadah dan semua mereka kini direman lima hari bermula semalam untuk siasatan yang dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Sementara itu, bapa Nurul Firzanah, Mat Zaki Mat Hussin, 45, yang dimaklumkan mengenai tangkapan suspek mengucapkan rasa syukur dan tahniah di atas kejayaan polis.
“Alhamdlillah, solat hajat dan doa kami sekeluarga serta orang ramai dimakbulkan Allah. Kami berharap dia (suspek) akan menerima pembalasan setimpal dengan apa yang dilakukannya terhadap anak saya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 pagi 13 Ogos lalu, Nurul Firzanah yang keluar bersama suspek disimbah petrol sebelum dibakar di kawasan semak berhampiran Flat Wangsa Sari, Seksyen 1, Wangsa Maju, hingga menyebabkan dia koma manakala 25 peratus tubuhnya terutama bahagian muka hingga paras pinggangnya terbakar.

Harian Metro Selasa lalu melaporkan remaja itu berkemungkinan akan koma untuk tempoh antara tiga hingga enam bulan kerana Mat Zaki diberitahu doktor terpaksa memberinya ubat pelali supaya dia terus tidak sedarkan diri.

Menurutnya, rawatan itu adalah terbaik untuk mangsa kerana Nurul Firzanah yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) akan bertambah teruk dan sakit jika dia sedar daripada koma dalam masa terdekat.

PS: Sepalui2 orang ni melompat, akhirnya tergolek ke tanah juga..  PADAN MUKA!
Share:

Wednesday, 22 August 2012

Ditipu Beli Baju Kurung Di Facebook

Ditipu Beli Baju Kurung Di Facebook
PADANG BESAR – Impian lima rakan sekerja untuk melaram baju kurung baharu yang didakwa dibeli melalui sebuah kedai pakaian di laman sosial, Facebook bagi menyambut Aidilfitri nanti berkecai setelah pakaian yang dipesan tidak diterima.

Kesemua mereka bertugas di sebuah institut pengajian tinggi di sini kerugian RM520 berikutan 10 pasang baju kurung yang dipesan itu tidak diterima selepas membuat bayaran pada 19 Julai lalu.

Seorang mangsa, Nohasihida Mat Yazid, 26, berkata, pengendali kedai laman sosial tersebut didakwa telah menutup akaun Facebook tersebut selepas dua hari membuat bayaran.

“Kami amat terkilan dengan taktik pengendali laman Facebook itu yang mengambil kesempatan sempena hari raya ini untuk menipu orang ramai dan hasrat kami untuk membeli baju raya tidak kesampaian,” katanya di sini semalam.

Menurut Nohashida, dia tertarik untuk membeli baju kurung di laman pengendali tersebut ekoran harga yang ditawarkan murah berbanding kedai lain dan pakaian yang ditonjolkan itu cantik serta mempunyai ciri serba moden berlabuci.

“Harga baju kurung yang dijual di kedai pengendali laman sosial itu sekitar RM90 sepasang, jimat RM100 dari kedai di luar dan apabila kita membeli dalam kuantiti lebih 10 pasang, kedai tersebut menurunkan harga kepada RM50 sepasang,” ujarnya.(Kosmo)

PS: memang tak boleh percaya 100% la yang di offer online tu... So harap ni jadikan iktibar buat kita semua. :-)
 
Share:

Monday, 13 August 2012

Padah Mercun Buatan Sendiri

KOTA BHARU – Padah bermain mercun! Dua remaja cedera parah dengan salah seorangnya hancur di bahagian pergelangan tangan kanan selepas terkena serpihan mercun buatan sendiri ketika menyalakan bahan letupan terbabit di padang Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjung, semalam.

Kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu berlaku ketika kedua-duanya yang dipercayai bekerja sebagai pengangkut barang di kawasan terbabit, menyalakan 20 biji mercun bola yang diubah suai dengan diletakkan dalam sebuah bekas.
Akibat tindakan mereka itu, Mohd Shahril Affendi, 20, hancur di pergelangan tangan kanan manakala Mohd Ahmad Ismail, 19, melecur di bahagian badan dan kabur kedua-dua mata kiri dan kanan.
Kedua-dua dua mangsa dikejarkan pihak ambulans dari Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan susulan.
Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II, Zaid Ahmad berkata, kedua-dua mangsa dalam keadaan stabil, namun mengalami kecederaan parah.
“Kini mangsa dirujuk di unit kecemasan hospital sebelum dipindahkan ke wad biasa. Dipercayai kedua-dua mangsa berasal dari Kampung Pangkal Dalam, Pasir Mas,” katanya.
Bagaimanapun kedua-dua mangsa enggan ditemubual ketika Sinar Harian cuba mendapatkan mereka di wad kecemasan terbabit.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan dari pihak hospital.
“Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda di bawah seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 selain dipenjara lima tahu atau dikenakan denda RM 10,000.
“Saya nasihatkan agar orang ramai lebih berhati-hati dan tidak melanggar undang-undang kerana bermain mercun bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah orang lain kerana ia bakal mengundang kejadian yang tidak diingini,” katanya.
Kejadian terbabit merupakan kes keempat di negeri ini, selepas kejadian di Gua Musang, Pasir Mas dan Rantau Panjang. – SH


PS: Setiap tahun di bulan ramadhan mesti ada hal-hal macamni.. pa mau jadi laaaa
Share:

Recommended Webhosting & Domain Services

HUBUNGI

Sila hubungi saya di:
email : admin@pullbackforextrading.com

ENJIN CARIAN GOOGLE