Kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu berlaku
ketika kedua-duanya yang dipercayai bekerja sebagai pengangkut barang di
kawasan terbabit, menyalakan 20 biji mercun bola yang diubah suai
dengan diletakkan dalam sebuah bekas.
Akibat tindakan mereka itu,
Mohd Shahril Affendi, 20, hancur di pergelangan tangan kanan manakala
Mohd Ahmad Ismail, 19, melecur di bahagian badan dan kabur kedua-dua
mata kiri dan kanan.
Kedua-dua dua mangsa dikejarkan pihak
ambulans dari Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh ke Hospital Raja Perempuan
Zainab II untuk rawatan susulan.
Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II, Zaid Ahmad berkata, kedua-dua mangsa dalam keadaan stabil, namun mengalami kecederaan parah.
“Kini
mangsa dirujuk di unit kecemasan hospital sebelum dipindahkan ke wad
biasa. Dipercayai kedua-dua mangsa berasal dari Kampung Pangkal Dalam,
Pasir Mas,” katanya.
Bagaimanapun kedua-dua mangsa enggan ditemubual ketika Sinar Harian cuba mendapatkan mereka di wad kecemasan terbabit.
Sementara
itu Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman
ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan dari pihak hospital.
“Jika
sabit kesalahan mereka boleh didenda di bawah seksyen 8 Akta Bahan
Letupan 1957 selain dipenjara lima tahu atau dikenakan denda RM 10,000.
“Saya
nasihatkan agar orang ramai lebih berhati-hati dan tidak melanggar
undang-undang kerana bermain mercun bukan sahaja membahayakan diri
sendiri, malah orang lain kerana ia bakal mengundang kejadian yang tidak
diingini,” katanya.
Kejadian terbabit merupakan kes keempat di negeri ini, selepas kejadian di Gua Musang, Pasir Mas dan Rantau Panjang. – SH
PS: Setiap tahun di bulan ramadhan mesti ada hal-hal macamni.. pa mau jadi laaaa
0 comments:
Post a Comment