5 Trend Jahiliyah Perempuan Melayu Masa Kini | Semua orang nak berfesyen dan mengikut trend, terutama golongan wanita. Pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden. Tetapi kebanyakkan wanita yang dapat dilihat, pakai tudung tapi lengan terdedah, dada terdedah, kaki terdedah.
Camna tu? Sedihnya ramai gadis Melayu “dijajah” semula oleh Barat
dengan fesyen bertudung tetapi moden ini. Aku selalu perhatikan
pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga aku bertanya pada diri
sendiri, “kenapa?”. Mari kita kenali dulu 5 trend atau sikap wanita yang terpesong dalam zaman moden ni. (Nota: INILAH REALITI KEBANYAKKAN WANITA WALAU TIDAK SEMUA BEGINI)
1. Pakaian Ketat, Sendat dan Terlalu Seksi
Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkan lurah dendam “neraka” depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah semasa berjalan
atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal.
Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan berparut!
Ewwww…simpan la barang-barang privasi korang tu, takyah tunjuk-tunjuk.
2. Tudung Nampak Bayang Rambut
Ini satu lagi fesyen yang aku tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung. Dan macam-macam lagi kalau aku bagi contoh. Nak tau lebih lanjut, baca ni: 8 Jenis Fesyen Tudung Pelik Malaysia dan 11 Fesyen Kontroversi Gaya Tudung Wanita Malaysia. Memang ada pelbagai fesyen tudung wanita yang tidak tahu aku nak ulas camna.
3. Pertuturan Lancang dan Ketawa Mengilai
Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak. Kadang-kadang kalau restoran tu, suaranya mengalahkan suara TV yang dipasang. Kadang-kadang tu time gelak tu terkeluar benda yang tengah dimakan, tempias sana sini. Ish ish ish wanita jenis apa la ni.
4. Bertepuk Tampar Dengan Lelaki
Persahabatan antara lelaki dan perempuan tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata? Lelaki pun satu hal gak, membenarkan dirinya ditepuk dan ditampar oleh wanita. Bukan sedap pun. Sakit wooooo.
5. Bercumbu dan Memadu Kasih Tanpa Segan
Bercumbu dan memadu kasih tanpa segan ini adalah antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam.
Memang dalam perkara ini kaum lelaki juga bersalah kerana menjadi
pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu. Jika dibuat
carian ‘gadis bertudung’ di Internet, hasilnya sudah pasti aksi-aksi
kurang sopan dan seks yang dirakam secara rela atau tersembunyi.
Astagfirullah. Malu tu kan mahkota seorang wanita.
PS: Sorry la yer geng2 semua, tapi ini kenyataannya.. Ada di antara mereka ni keras hati bila ditegur pula.. Mula la nak akta kubur masing2 la, belum sampai seru la.. mcm2 la... muak dah tegur. Pastu nnt bila dah rosak baru nak mnyesal. Tapi bgus lagi klu sedar tu.. Ada yg x sedar2 lg pe hal.. Dah gtu alasan dia pulak, "dah rosak, alang2 biar la tambah rosak..." Alamak.. hahaha... Well, kpd sesapa kat luar sana tu yg perangai sedemikian, harap2 berubah ler cepat2 coz klu nakkan teman hidup yg elok, perangai sendiri kena elok terlebih dahulu yer.. wassalam.~
Sumber Rujukan: Informasi MY
0 comments:
Post a Comment