Wednesday 15 August 2012

Sakit Itu Ujian Daripada Allah (Renungan)

Jika kita mengalami sakit seperti demam, selsema dan sebagainya, ketahuilah bahawa apa yang kita hadapi itu adalah merupakan satu ujian daripada Allah SWT kepada hambaNya.



 Sakit Itu Ujian Daripada Allah (Renungan) | Jika kita bertandang ke hospital, kita akan dapat melihat ramai manusia yang sakit terlantar. Ada yang menghidap sakit demam, jantung dan sebagainya. Tetapi kita pula berada dalam keadaan sihat wal’afiat. Adakah itu menunjukkan bahawa Allah itu tidak adil? Tidak sebenarnya. Sakit itu adalah satu ujian daripada Allah SWT. Di dunia ini kita tidak pernah sihat sepanjang masa. Sudah tentu dalam hidup kita menghadapi saat demam, batuk dan sebagainya. Namun bagaimana kita menganggap sakit itu sebagai ujian?
Manusia bertindak berdasarkan bentuk kepercayaan yang dipegang. Nilai kepercayaan dalam diri itu akan melahirkan bentuk pemikiran dan menentukan cara pandang  kita terhadap sesuatu.
“ Tidaklah seorang Muslim ditimpa oleh keletihan, atau kerisauan, atau kedukacitaan, atau penyakit, atau permasalahan walaupun kesakitan berupa tercucuk duri melainkan ini merupakan penebus kepada dosanya
(Hadith riwayat al-Bukhari & Muslim)
Maha PengasihNya Allah s.w.t.
Setiap apa yang berlaku ke atas diri seseorang pasti  ada hikmah di sebaliknya. Begitu juga sakit. Sakit adalah bentuk ujian dari Allah s.w.t kepada hamba-hambanya yang terpilih. Sakit juga anugerah dari Allah s.w.t untuk menghapuskan dosa-dosa silam kita.
Pancaran ketenangan pada wajah pesakit tadi adalah refleksi  dari ketenangan jiwa yang dirasainya. Berbekalkan bentuk kepercayaan  yang dipegang bahawa sakit yang dihadapi adalah suatu ujian, pesakit tadi  berjaya mengharungi sisa-sisa hidupnya. Tiada penyesalan. Tiada istilah buruk sangka kepada Allah s.w.t.
Mudahnya Islam
Ketika sakit, sepenuh pengharapan disandarkan kepada Allah s.w.t semata-mata dan solat menjadi medan manifestasi untuk meluahkan rasa pengharapan itu. Itulah juga hikmahnya Allah s.w.t menuntut setiap umatnya untuk terus melaksanakan solat walaupun ketika sakit. Mudahnya Islam, dalam melaksanakan ketaatan itu, tetap ada kompromi untuk tidak menyusahkan umatnya. Andai tidak mampu berdiri, boleh duduk. Tidak mampu duduk, boleh dengan berbaring dan kalau tidak mampu juga, cukup dengan  isyarat mata.
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (Al-Baqarah:284)
Jumarni Bte Abdurachman
“Hidup untuk agenda Allah”
 PS: Kalau tak sakit, mana la nak ingat tuhan Dah sakit baru tau hargai kesihatan. Betul tak..? :)
Share:

0 comments:

Recommended Webhosting & Domain Services

HUBUNGI

Sila hubungi saya di:
email : admin@pullbackforextrading.com

ENJIN CARIAN GOOGLE

Arkib

Blog Archive