Wednesday 22 August 2012

MENAKJUBKAN! PENAWAR KANSER DARIPADA AYAT AL-QURAN

Sel kanser meletup dengan menggunakan frekuensi bunyi dari bacaan Al-Quran, yang mempunyai kesan yang besar pada merawat kanser bahaya yang paling dan penyakit tidak boleh diubati!



"PENAWAR KANSER DARI AYAT2 AL- QURAN"

Dan kami turunkan dari Al-Quran
(sesuatu) yang menjadi PENAWAR dan
RAHMAT bagi orang yang beriman.." QS Al-Israk:82

Mungkin ramai di luar sana yang telah didiagnosa menghidap KANSER, satu penyakit yang begitu menakutkan sesiapa sahaja. Di Malaysia, penyakit kanser adalah satu dari 10 penyebab kematian.Dianggarkan terdapat 150 kes bagi setiap 100,000 penduduk Malaysia.Manakala dari segi bilangan kes baru yang dikesan dianggarkan dalam lingkungan 27,000 kes setahun. Rasanya setiap orang tahu 'setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati'.
Tahukah anda satu surah dari Al- Quran untuk menghancurkan sel-sel
kanser??

Sebenarnya ini adalah ilmu yang saya
ingin kongsikan melalui tulisan Saudara Raflis Sabirin (semoga Allah memberi ganjaran setimpal atas ilmu yang dikongsikan) yang diterbitkan dalam Majalah Milenia edisi Februari 2010.

Penulis telah berkongsi pengalaman
beliau merawat kanser selama 27
tahun dengan menggunakan ayat-ayat
Al-Quran, terutama dari Surah al-Fil.

※※CARA PENGAMALAN※※

Selepas solat lima waktu, bacalah:
¤Surah Fatihah 1X,
¤Surah Al-Ikhlas 3X,
¤Selawat ke atas Nabi 3X,
¤Lalu teruskan membaca Surah al-Fil
21x. Setiap kali baca Surah Al-Fil,
hendaklah tiup dan hembuskan pada
tempat penyakit kanser tersebut.
Setiap kali menghembuskan nafas itu
hendaklah ingat maksud dalam hati,
"Supaya Allah hancur lenyapkan
penyakit kanser tersebut sebagaimana hancur dan lenyapnya pasukan tentera bergajah seperti dalam ayat terakhir Surah Al-Fil itu".

Lakukan 21 kali baca dan tiup selama
21 hari selepas solat lima waktu.Dan
sekiranya penyakit kanser itu berada
dalam organ badan seperti di dalam
usus, limpa, buah pinggang dan di
dalam kepala, maka caranya seperti
tersebut di atas itu juga.

Cuma tambahannya hendaklah tarik
nafas perlahan-lahan seakan-akan kita
memasukkan amalan surah itu ke
dalam tubuh badan, terutamanya ke
tempat kanser tersebut.
Lakukan tarik nafas tersebut sehingga
21 kali juga selama 21 hari setiap lepas solat lima waktu.

Dr.H: Lakukan dengan penuh yakin dan sabar.Harus diingat, yang
menyembuhkan ialah Allah Taala.
Ayat Al-Quran tersebut hanya sebagai
asbab atau wasilah untuk mencapai
maksud.

Kredit: Julia PB & quran-m.com
PS: Inilah bukti kebesaran Allah yg maha pencipta. MasyaAllah. Orang-orang yang taat beribadah dan rajin membaca Al-quran bukan sahaja sihat rohani, bahkan jasmani juga.. Dapat pahala dan kesihatan yang baik. InshaAllah.

Share:

Recommended Webhosting & Domain Services

HUBUNGI

Sila hubungi saya di:
email : admin@pullbackforextrading.com

ENJIN CARIAN GOOGLE

Arkib

Blog Archive