Teh Panas
Hasil kajian terkini oleh saintis Iran menyatakan meminum teh dalam
keadaan masih panas melebihi suhu 70 darjah celcius boleh menyebabkan
terjadinya
penyakit Barah Kerongkong.
Mengikut sebuah kajian yang terlebih dahulu dilakukan dalam British
Medical Journal telah dikemukakan minuman panas berpotensi menimbulkan
tumor. Meminum teh panas dengan suhu di atas 70 darjah celcius sama
dengan meningkatkan risiko barah kerongkong lapan kali ganda lebih besar
untuk terjadi jika dibandingkan anda meminumnya dalam keadaan kurang
panas iaitu di bawah 65 darjah celcius, demikian penjelasan penyelidik
sepertimana dilaporkan oleh Reuters.
Bersama kumpulannya, Reza Malekzadeh dari Universiti Tehran telah
melakukan kajian terhadap 300 orang yang didiagnosis menghidap penyakit
barah kerongkong, sementara 571 orang yang lain dalam keadaan sihat.
Mereka semua adalah berasal dari daerah yang sama, di negeri Golestan,
Iran Utara.
Malekzadeh menjadikan daerah ini sebagai sampel kajian kerana
Golestan merupakan salah satu daerah yang mempunyai jumlah pesakit barah
kerongkong tertinggi di dunia. Namun sebaliknya tahap kebiasaan merokok
dan meminum alkohol di daerah ini sangat rendah. Yang perlu diketahui,
hampir kesemua penduduknya gemar minum teh hitam secara rutin, sebanyak
satu liter setiap hari.
Hasil kajiannya, orang² yang rutinnya meminum teh panas kurang
daripada dua minit selepas dituangkan dengan tingkatan suhu yang
melebihi 70 darjah celcius berisiko mencetuskan perkembangan barah
kerongkong lebih cepat jika dibandingkan dengan mereka yang terlebih
dahulu menunggu sehingga empat minit atau lebih. Sebenarnya tidaklah ada
keterangan yang konkrit seberapa panas suhu teh yang menyebabkan barah,
namun para penyelidik membuat kesimpulan luka akibat daripada kepanasan
teh akan menyebabkan kerengsaan kerongkong yang sekaligus akan
menyebabkan berlakunya simpton² barah.
Dibandingkan dengan meminum teh yang kurang kepanasannya yang mampu
ditanggung oleh organ dalaman manusia atau teh suam kuku pada suhu 65
darjah Celsius atau kurang, meminum teh panas antara 66 dan 68 darjah
Celsius memungkinkan untuk meningkatkan dua kali ganda risiko terjadinya
barah kerongkong, dan meminum teh yang panas pada suhu 70 darjah
Celsius atau lebih berpotensi besar untuk meningkatkan risiko
tercetusnya penyakit barah sehingga lapan kali ganda.
Telah dicatatkan setiap tahun lebih daripada 500.000 orang di seluruh
dunia meninggal dunia akibat penyakit barah kerongkong. Penyakit ini
tumbuh subur terutamanya di daerah di Asia, Afrika, dan Amerika Selatan.
Barah ini termasuk dalam kalangan penyakit barah pembunuh dengan
rata-rata kesembuhannya adalah sekitar 12 hingga 31 peratus, itu pun
memerlukan masa yang cukup panjang, sekitar 5 tahun.
“Keputusan kajian membuktikankan peningkatan kuat risiko OSCC yang
berkaitan dengan meminum teh panas atau sangat panas,”. Oleh itu saintis
menyarankan agar mesti menunggu beberapa minit terlebih dahulu sebelum
meminum satu gelas teh yang baru ditapis dengan air yang mendidih.
Laporan itu juga memberi sokongan kepada pendapat bahawa kecederaan
kerana hawa panas air yang melalui organ pemakanan manusia mungkin
menjadi penyebab kepada barah “epithelium” walaupun bagaimana proses
kepanasan mampu meningkatkan perkembangan tumor masih belum diketahui.
Daripada penelitian tersebut dapat disimpulkan bahawa
pengambilan minuman dalam keadaan panas berbahaya bagi kesihatan anda.
Apalagi jikalau ditambah dengan makanan yang panas pul. Lebih baik teh
atau minuman lain diminum dalam keadaan yang kurang panas atau boleh
kita katakan sebagai hangat tetapi tidak terlalu panas.
Bahaya Minum Teh Ais Bagi Kesihatan Ginjal
Teh Ais
Siapa di antara para pengunjung yang tidak menyukai minuman rakyat
yang satu ini? Yah, Teh ais sepertinya begitu mudahnya kita temui di
mana-mana gerai makanan, dari warung pinggir jalan sampai Restoran
mewahpun semuanya menyediakan teh ais sebagai salah satu menu utama
minumannya. Teh ais dengan bau dan rasa khasnya sudah menjadi darah
daging dalam masyarakat kita meskipun dihiaskan dalam bentuk apa²
sekalipun. Teh tetaplah Teh dan jika diberi ais, maka kesegarannyalah
yang kita dapat nikmatinya. Apalagi di Bulan Puasa, menu pembuka sebelum
makan besarpun sering didahului dengan minum teh ais .
Tapi tahukah anda, di sebalik kenikmatannya, teh ais menyimpan
potensi yang berbahaya bagi kesihatan manusia. Penyelidikan di Loyola
University Chicago Stritch School of Medicine telah mengungkapkan bahawa
pengambilan teh ais secara berlebih meningkatkan risiko
penyakit batu karang.
Sepertimana yang telah dilaporkan dari laman Times of India, teh ais
mengandungi kepekatan tinggi oksalat, salah satu bahan kimia yang
merupakan kunci untuk mencetuskan pembentukan batu karang. ”Bagi mereka
yang mempunyai kecenderungan mengidapi penyakit batu karang, teh ais
jelas menjadi minuman terburuk atau sebahagian daripada pantang larang
minumannya,” kata Dr John Milner iaitu seorang pembantu profesor Jabatan
Urologi.
Milner berkata, teh panas sebenarnya juga menyimpan kesan-kesan buruk
yang sama. Hanya, kuantiti penyajian teh panas biasanya lebih kecil.
Logiknya, orang meminum teh panas, kuantiti airnya tidaklah akan
sebanyak meminum teh ais. Jarang orang yang mengambil teh panas apabila
haus. Berbeza dengan teh ais, di mana ramai orang sanggup meminumnya
lebih daripada segelas saat haus dan hawa panas.
Lelaki, wanita posmenopause dengan tingkatan estrogen yang rendah
paling terdedah terhadap keburukan teh ais ini. Oleh itu, Milner
menyarankan agar menggantikan pengambilan minuman itu dengan air putih,
atau mencampurkannya dengan lemon. ”Lemon kaya engan kandungan citrates,
yang boleh menghalang pertumbuhan batu karang dalam ginjal,” kata
Milner.
Batu karang adalah kristal kecil yang terbentuk daripada mineral dan
garam yang biasanya ditemui dalam air seni, buah pinggang atau saluran
pundi kencing. Mineral tak terpakai itu umumnya akan dikeluarkan
daripada tubuh bersama urin (air kencing), tetapi dalam keadaan tertentu
ia akan mengendap dan membatu di dalam saluran pundi kencing atau buah
pinggang.
Pengkaji juga mengungkapkan sejumlah makanan lain yang berpotensi
menyimpan kesan-kesan buruk apabila memakannya. Mereka menyebutkan
antara lainnya: bayam, coklat, kacang-kacangan, garam, dan daging.
Sebaiknya,
ambillah teh ais dan makanan-makanan itu secara bersederhana demi kesihatan ginjal anda.
Padukan pula dengan sumber makanan yang tinggi kalsiumnya yang dapat
mereduksi oksalat. Dan, tentu sahaja perbanyakkanlah meminum air putih.
-Sumber
PS: TEH PINGGGGG SATUUUU....!!!! opss, lepas ni x mau lagi la... bahaya pulak. hehehe~