Hari ini 44 tahun yang lalu, mayat Charlie Chaplin dibawa lari dari kuburnya.
Sir Charles Spencer Chaplin Jr., lahir pada 1889, merupakan pelakon komedi legenda era filem bisu & peralihan ke filem bersuara Hollywood sekitar 1910-an & 1920-an. Beliau yang masyhur dengan wataknya The Tramp, juga pembikin filem yang disegani. Melayari lebih 75 tahun karier dalam dunia perfileman, Chaplin menghembuskan nafas terakhirnya pada hari Krismas 1977 di usia 88 tahun. Jasadnya bersemadi di sebuah perkuburan berhampiran rumahnya di Corsier-sur-Vevey, Switzerland. Namun pada 2 Mac 1978, kira-kira 2 bulan selepas dikebumikan, kuburnya dibongkar & jasadnya dicuri bersama keranda. Hal itu disedari oleh penduduk sekitar yang melaporkannya kepada polis, lalu siasatan & pemburuan si pelaku dilancarkan. Tidak kama kemudian, balu Chaplin, Oona mula menerima panggilan telefon yang meminta wang tebusan sebanyak USD600,000. Malah si pemanggil itu mengugut sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi, nyawa 2 anak kecil Oona akan diancam. Begitupun, Oona enggan akur. Pada masa sama, polis memintas talian telefon kediaman Chaplin & mengawasi 200 pondok telefon di sekitar wilayah itu. Selepas 5 minggu, akhirnya pelakunya berjaya diberkas - 2 orang mekanik bernama Roman Wardas & Gantscho Ganev. Ia membawa kepada penemuan semula jasad Chaplin pada 17 Mei yang mereka tanam di ladang jagung kira-kira sebatu dari kediaman keluarga Chaplin. Disember itu, mereka dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan merompak kubur & cubaan memeras ugut. Wardas dari Poland & Ganev dari Bulgaria, mengaku bersalah & menyatakan bahawa tindakan itu dilakukan sebagai penyelesaian kepada kesempitan kewangan memandangkan kedua-duanya adalah pelarian politik dari Eropah Timur. Wardas yang didapati sebagai dalang dihukum 4 tahun setengah kerja berat & Ganev diberi amaran supaya tidak melakukan kesalahan sama selama 18 bulan. Jasad Chaplin dikebumikan semula di tempat asalnya & ditutup dengan konkrit. Sumber: History, Smithsonian MagazineAYAM MASAK MERAH WANGI PALING WIN!
Resepi kali ini adalah ayam masak merah aroma wangi dan melaparkan!
ayam butter salted egg
My favourite recepi!
MASALAH URL WORDPRESS
Tertukar URL kemudian website rosak? Jangan panik. Saya ada penyelesaiannya.
MENGELUARKAN WANG KRYPTO DARI BINANCE KE MAYBANK
Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan bagaimana saya withdraw RM4,025 dari Binance ke akaun Maybank
uTorrent made easy!
Tutorial ringkas dan mudah menggunakan uTorrent untuk muat-turun file kegemaran anda.
Showing posts with label Artis dan Selebriti Antarabangsa. Show all posts
Showing posts with label Artis dan Selebriti Antarabangsa. Show all posts
Wednesday, 2 March 2022
Wednesday, 5 September 2012
Gangnam Style! Anatomi Sebuah Viral Sensasi [InfoGraphic]
Diterjemahkan oleh : MohdNasyit @ Nazz
Anda mungkin sekurang-kurangnya biasa dengar tentang "Gangnam Style," sebuah muzik Kpop yangkini menjadi mega-hit viral di Youtube dan telah ditonton lebih 100 juta kali sejak 15 julai lepas. PSY, penyanyo rapper, yang telah bernanyi dan menari dalam lingkungan 4 minit kepada tekno yang hipnotik dan aggresif dikelilingi berberapa kali dengan kuda, wanita cantik, carousel, komuter, dan orang tua.
(Video ini banyak terdapat diluar sana dan sebaiknya anda lihat sendiri di sini. Dan jika itu tidak cukup, lihat saja parody video ini di sini.)
Infographic di bawah ini akan membantu anda untuk memahami secara ringkas dan padat, dibantu bersama oleh firma reka bentuk British Neo Mammalian Studios, kita akan membongkar "Gangnam Style" suatu fenomena dan jangkauan sosial video.
Dalam masa yang sama setelah menjangkaui hit tontonan 100 juta di YouTube, video ini juga telah di-tweeted lebih dari 780,000kali dan telah menerima 260,000 Facebook Likes. Rapper 34 tahun, PSY telah mendahului pop superstars Justin Bieber dan Carly Rae Jepsen di tangga teratas video yang paling banyak ditonton.
Akan tetapi "Gangnam Style" juga secara tidak langsung mempunyai maksud mendalam tertentu di kalangan penonton di youtube yang menyalah-tafsirnya. Maksud Gangnam tersebut sebenarnya merujuk kepada kawasan berpengeruh di Seoul, korea selatan, dan ia bermaksud hanya untuk suka-suka sahaja.
Ayuh kita lihat keseluruhan infografik di bawah ini dan tuliskan komen anda tentang klip video "Gangnam Style" ini.
PS: PSY ni dah mula bergiat dalam industri hiburan sejak 2001, namun gagal malah pernah dibanned. Akan tetapi akhirnya beliau berjaya bangkit dan kini menjadi artis yang paling popular mengalahkan artis pop dari barat. So jadikanlah ini sebagai inspirasi untuk terus bangkit dan berjaya. BTW, adakah ini kemuncak kepada music Kpop yang kini telah pun berjaya diperingkat global? Who knows kan..... -nazz-
Sumber asal artikel klik sini