Hari ini 44 tahun yang lalu, mayat Charlie Chaplin dibawa lari dari kuburnya.
Sir Charles Spencer Chaplin Jr., lahir pada 1889, merupakan pelakon komedi legenda era filem bisu & peralihan ke filem bersuara Hollywood sekitar 1910-an & 1920-an. Beliau yang masyhur dengan wataknya The Tramp, juga pembikin filem yang disegani. Melayari lebih 75 tahun karier dalam dunia perfileman, Chaplin menghembuskan nafas terakhirnya pada hari Krismas 1977 di usia 88 tahun. Jasadnya bersemadi di sebuah perkuburan berhampiran rumahnya di Corsier-sur-Vevey, Switzerland. Namun pada 2 Mac 1978, kira-kira 2 bulan selepas dikebumikan, kuburnya dibongkar & jasadnya dicuri bersama keranda. Hal itu disedari oleh penduduk sekitar yang melaporkannya kepada polis, lalu siasatan & pemburuan si pelaku dilancarkan. Tidak kama kemudian, balu Chaplin, Oona mula menerima panggilan telefon yang meminta wang tebusan sebanyak USD600,000. Malah si pemanggil itu mengugut sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi, nyawa 2 anak kecil Oona akan diancam. Begitupun, Oona enggan akur. Pada masa sama, polis memintas talian telefon kediaman Chaplin & mengawasi 200 pondok telefon di sekitar wilayah itu. Selepas 5 minggu, akhirnya pelakunya berjaya diberkas - 2 orang mekanik bernama Roman Wardas & Gantscho Ganev. Ia membawa kepada penemuan semula jasad Chaplin pada 17 Mei yang mereka tanam di ladang jagung kira-kira sebatu dari kediaman keluarga Chaplin. Disember itu, mereka dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan merompak kubur & cubaan memeras ugut. Wardas dari Poland & Ganev dari Bulgaria, mengaku bersalah & menyatakan bahawa tindakan itu dilakukan sebagai penyelesaian kepada kesempitan kewangan memandangkan kedua-duanya adalah pelarian politik dari Eropah Timur. Wardas yang didapati sebagai dalang dihukum 4 tahun setengah kerja berat & Ganev diberi amaran supaya tidak melakukan kesalahan sama selama 18 bulan. Jasad Chaplin dikebumikan semula di tempat asalnya & ditutup dengan konkrit. Sumber: History, Smithsonian MagazineWednesday, 2 March 2022
Home »
Artis dan Selebriti Antarabangsa
,
hari ini dalam sejarah
» MAYAT CHARLIE CHAPLIN DIBAWA LARI DARI KUBURNYA
MAYAT CHARLIE CHAPLIN DIBAWA LARI DARI KUBURNYA
Popular Posts
-
ELAKKAN DARI JADI MANGSA SCAM! SEMAK DAHULU INFO PENIAGA ONLINE MELALUI WEBSITE KHAS INI Zaman sekarang ni ramai sangat penipuan atas tali...
-
Tu la buruknya berfikiran negatif... selalu nak sabotaj diri sendiri dan orang lain. Namun bila kita 'push' keupayaan sampai ke ...
-
Koleksi Lawak Suami Isteri Kisah Cermin Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dorang ...
-
Siapa yang tak ambik tahu pasal fesyen tudung kontemporari dan terkini? Kalau tak ambik tahu pasal fesyen tudung, jom baca kat sini. Yang...
-
Bahan-Bahan Ayam Mentega Telur Masin: 200gm Ayam (Didadu) 1 Sb Tepung Gandum 1 Sb Tepung Jagung 1/2 sk Garam 1/2 sk Lada Sulah 3 S...
-
O.M.G..!!!! Banyak-banyak entry boleh ditulis, yang ni pulak di pilih.. hahaha~ Ok la mari straight to the point, sekarang mari kita ...
-
Sekarang semua pun mudah sebab adanya online. So lepas ni kalau nak uruskan kenderaan terutamanya di WP Labuan, mengenai duty stamp tu boleh...
-
Kali ni saya nak sharekan koleksi-koleksi gambar karakter Thor ni.. Boleh tahan juga popularnya yer.. Jom layannnnn..... [Apa? Nak ma...






0 comments:
Post a Comment