Assalamualaikum wbt..
Berkesempatan untuk menulis entry kali ini, saya ingin tuliskan serba ringkas mengenai hobi kegemaran wife, iaitu melukis dan mengumpul pelbagai alat tulis(stationary).
Saya juga gemar dengan seni lukisan tapi dalam masa berberapa tahun ni dah kurang-kurang melukis dan menghasilkan seni-seni lukisan.. So bila wife masih mengekalkan minat dalam bidang ini, sudah tentulah kita bagi support kan? :)
MINAT MELUKIS SEJAK KECIL
Minat melukis sememangnya dari kecil lagi. Minat kepada benda-benda berunsurkan seni seperti lukisan dan mewarna sudah menjadi hobi dan antara yang dijadikan sebagai cara untuk melegakan stress di samping mengisi masa lapang.Selain minat kepada mengasilkan lukisan, wife juga minat kepada alat-alat lukisan dan tulisan(stationary). Menurutnya ia mempunyai keunikan dan keisitmewaan tersendiri selain ia juga mempengaruhi kualiti sesuatu hasil seni tersebut.
Luang masa berjam-jam pun OK.. :)
Perkara yang tak boleh dilepaskan apabila keluar dengan wife adalah apabila sesuatu lokasi yang dituju itu ada terdapatnya kedai alat-tulis atau kedai buku. Tak lengkap rasanya jika tak singgah dan shopping ditempat tersebut.Saya juga gemar singgah ke tempat ini sejak sekolah dulu dan tak sangka wife juga punyai minat yang sama cuma berbeza dari segi tempat yang kami pergi di dalam kedai tersebut.. Saya sudah tentunya habiskan masa di ruangan buku-buku dan dia... sudah tentu ke ruangan alat-tulis! :D
Pernah juga secara tak sedar sudah habiskan masa berjam-jam lamanya di dalam kedai mencari harta karun yang seakan tak jumpa-jumpa.. hehehehe.. bukan tak jumpa tapi sebenarnya sukar nak buat keputusan nak beli mana satu alat-tulis ni..
Biasalah bila dah minat, memang kadang-kadang tak sedar apa dibuat tu walaupun pusing-pusing berjam-jam lamanya..
Minat juga kepada 'bekas gelas'?
Kreativiti ini luas kan? Selain suka lepak kat Old Town dan Starbucks, wife juga gemar jadikan bekas gelas kepada tempat untuk disimpan alat tulis.So setiap kali terlihat kepada bekas gelas ni, sentiasa teringat akan moment lepak kat tempat tu.
Hobi terbaru, melukis komik.
Menjadi pelukis memang impian dia. Selepas kahwin, dia nampaknya melibatkan diri lebih serius.. he he he..Melukis komik ni nampak macam mudah tapi sebenarnya ia lebih rumit dan 'kompleks' sebab ia bukan sekadar guna pen atau marker tetapi sebaliknya melibatkan berberapa jenis set alat tulis yang bernilai puluhan hingga ratusan ringgit. Tak mustahil ada yang mencecah ribuan ringgit kan? Malah ada antaranya yang perlu ditempah khas melalui internet sebab ia tidak dijual di kedai berdekatan.
Bercerita mengenai melukis, dalam bulan oktober ini wife ada join satu cabaran melukis yang dikenali sebagai INKTOBER. Nak tahu lebih lanjut pasal inktober ini bolehlah google yer..
Antara lukis ala-komik yang dihasilkan sekarang...
Terasa syok bila tengok lukisan ni satu demi satu. Paling best adalah ianya original dilukis dan bukan dari majalah komik.
Sekali tengok terasa nak buat juga tetapi sejak dah lama tinggalkan bidang ni, terasa agak kekok nak lukis dan buat effect-effect tu.. :)
GOODLUCK UNTUK CABARAN INKTOBER..!!
Doa dan Harapan
Okeylah.. dah nak sampai penghujung penulisan nie.. Doa dan harapan sebagai husband ni adalah semoga dapat melengkapkan alat tulis tu banyak-banyak dan semoga berjaya menjadi pelukis yang terkenal suatu hari nanti, inshaAllah. ameennn...Nanti dah berjaya senanglah nak suruh buatkan potret banyak-banyak.. hehehehhee!!
Sampai sini dahulu.
Hingga jumpa di entry akan datang inshaAllah.
sekian,
your loving husband,
MOHDNASYIT