Assalamualaikum,
Terlebih dahulu, syukur ke hadrat-Nya dengan limpah kurnia-Nya yang
telah memberi kesihatan tubuh badan dan kekuatan untuk meneruskan
hari-hari yang berlalu. Sambil2 berehat bersama keluarga, setalah
melepaskan penat seharian bekerja terlihat aku beberapa naskah buku yang
aku perolehi tidak lama dahulu dan salah-satunya adalah “Doa Murah
Rezeki”.
Sudah tentu kita semua mahukan sebuah keluarga yang sempurna dengan
limpahan rezeki yang dikurniakan-Nya, namun semua itu hendaklah kita
berusaha dengan mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang
dilarang. Rezeki ada di mana-mana, mka kita hendaklah berusaha
mencarinya. Salah satu jalan yang redhai adalah dengan berdoa
kepada-Nya, sepertiman firman Allah swt dalam Surah Al-Baqarah ayat 186:
بسم الله الرØÙ…Ù† الرØÙŠÙ…
Maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaKu
bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka):
sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku
perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.
Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu),
dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta
betul.”
Di sini ingi aku kongsikan bersama beberapa doa:
1. Doa Nabi Isa Mohon Rezeki
بسم الله الرØÙ…Ù† الرØÙŠÙ…
Surah al-Maidah - 5:114
Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan kami!
Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi
hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi
orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat)
daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan
kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik
Pemberi rezeki”.
2. Doa Supaya Dicukupkan Keperluan
بسم الله الرØÙ…Ù† الرØÙŠÙ…
Surah at-Taubah - 9:129
Maksudnya: ”Cukuplah bagiku Allah (yang
menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan
Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang
besar.”
3. Doa Semoga Beroleh Rezeki
بسم الله الرØÙ…Ù† الرØÙŠÙ…
Surah Hud - 11:6
Maksudnya: “Dan tiadalah sesuatupun dari
makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang
menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia
disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata
(kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).”
4. Doa Semoga Rezeki Mencukupi
بسم الله الرØÙ…Ù† الرØÙŠÙ…
Maksudnya: “Apa jua jenis rahmat yang
dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang
dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada
sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah
sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
5. Doa Nabi Musa Menghadapi Kelaparan
بسم الله الرØÙ…Ù† الرØÙŠÙ…
Surah al-Qasas - 28:24
Maksudnya: ”Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan”.
9. Doa Murah Rezeki
بسم الله الرØÙ…Ù† الرØÙŠÙ…
Surah asy-Syuara - 42:19
Maksudnya: “Allah Maha Lembut tadbirNya
(serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada
hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya
(menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat,
lagi Maha Kuasa.”
بسم الله الرØÙ…Ù† الرØÙŠÙ…
Surah at-Talaq - 65:7
Maksudnya: “Dan sesiapa yang di sempitkan
rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan
Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang
melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya.
(Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan
memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.”
0 comments:
Post a Comment