Thursday, 13 September 2012

Isu panas - Part 3

Lagi isu pasal hina sabahan dan sarawakian... Macam tak da kesudahan n aku pun x fhm kenapa mesti jadi begitu... hina sgt ke bngsa sabahan ni.. Harini aku nak tulis part 2 utk isu panas ni(dan mmg bikin panas)...

klik sini utk part 1 >>> isu panas part 1

Klik sini utk part 2 >>> isu panas part 2

Terbaru adalah pasa budak MD YUSRY ni.. panas aku tgk ayat dia. cuba tgk kat bawah neh...

Credit to Mandating SKT

Sarawak KAYA sebab McD? EEEEEEeeee tulung sikit... Sarawak adalah pengeluar minyak petroleum la bangang! But the most of the most bikin panas adalah kat bwh neh...

Takde pun sarawak? hahaha


dah la kemukakan fakta sesuka hati dia, pastu di beri reward pulak(wlupun cuma tmpat ketiga). Seems like mreka iktiraf jer mamat ni.

Ada pulak penyokong2 dia pulak... hahaha!!!

UPDATE!!!!!!!!

Ok terkini aku dapat info bahawa budak ni dah buat permohonan maaf secara terbuka dan claim bahawa semua tu fitnah? Oh yer ke..

Dari facebook dia:

"Demi menjunjung kebebasan berakademik, dengan ini Saya Mohd Yusri Bin Hidrus memohon maaf secara terbuka kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan apa yang telah saya ucap/hujahkan SEMASA SIARAN LANGSUNG Bicara Kampus bertarikh 09/09/2012.

Saya juga ingin menegaskan bahawa segala apa yang telah dihujahkan oleh saya pada masa itu adalah dibawah tanggungjawab saya sendiri dan tidak boleh dikait serta dijatuh hukumkan ianya kepada pihak UKM. Sesungguhnya, UKM adalah universiti yang sentiasa menitikberatkan aspek kepentingan menjaga perpaduan dan integrasi nasional.

Saya berasa terkilan dengan sikap beberapa blogger dan admin fb yang bertindak mempotilik dan memutarbelitkan fakta hujah saya. Kemudian, mereka memfitnah saya dengan merumuskannya ianya kepada 4 perkara yang saya tidak tahu dari mana sumber dan kesahihannya.

Cuma satu sahaja yang saya pinta, sebelum anda semua membuat sebarang penghakiman yang membuta tuli kepada 4 perkara yang saya sifatkan sebagai tuduhan dan juga fitnah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap diri saya ini, saya mohon agar kalian TONTON TERLEBIH DAHULU EPISODE PENUH RAKAMAN Bicara Kampus tersebut agar mendapatkan kesahihan yang lebih kukuh.

Saya juga masih menunggu laporan keputusan analisis video rakaman penuh dari pihak RTM sebagai bukti kukuh samada saya ada mengeluarkan 4 perkara tersebut atau tidak.

Beringatlah wahai manusia, bahawa Fitnah itu adalah dosa yang amat besar.
Allah Maha Bijaksana lagi maha mengetahui, Saya bertawakkal kpd ketentuannya.
Sekian Terima Kasih. ❤ Malaysia"


Klik sini untuk lihat sumber asal.


aku tinggalkan korang bersama video kat bawah dan try cari apa yang tak kena kat situ.. apa-apa pun aku tak pasti la adakah ini video penuh rakaman atau tak sebab aku pun tak tgk waktu tu..

layannn...~




PS: Entah mana yang betul. hahahaha.. Tapi kalau iya pun nak menang debat jgn la HINA negeri org weh...

Share:

Recommended Webhosting & Domain Services

HUBUNGI

Sila hubungi saya di:
email : admin@pullbackforextrading.com

ENJIN CARIAN GOOGLE

Arkib

Blog Archive