1. Baca Al-Fatihah
 2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul 
setiap hari. Ertinya :  Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah 
Qul Huwa Allahu Ahad"  (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah 
al-falaq) sebanyak 3  kali ketika pagi 
dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala  sesuatu.( 
At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ;  Sunan 
Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul  
Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi :  
Sohih.
3) Ayat al-Kursi selepas solat ( iaitu surah Al-Baqarah  
ayat 255) Ertinya : "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas
  solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga"
  (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya  
Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn  
Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi 
 (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir  
Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426)
4) Membaca doa ini dengan  
setiap hari iaitu 3 kali : "Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai  
un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul Alim". Ertinya : Rasulullah 
 S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan
  petangnya : "Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan  
dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha  
mendengar lagi maha mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang 
 mampu memudaratkannya) ) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 
 1413, 2/207)
5) Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah 
 pada waktu malam. Ertinya : "Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat
  no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat  
itu telah pun mencukupi baginya"(Al- Bukhari & Muslim)
6)  
Membaca zikir : "La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku  
walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ala kulli syai'in Qodir " ( sepuluh 
 kali ) Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : " 
Tiada  Tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya 
segala  kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang 
mematikan, dan  Dia maha berkuasa atas segala sesuatu"sebanyak 100 kali 
selepas solat  Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari 
qiamat) dengan  senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan 
sehinggalah pagi esoknya,  dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan 
seperti pahala menunaikan  perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh
 kejahatan seperti  dosa-dosa besar.”  (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi 
SAW , no 3534 , hlm  802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : 
Hasan)
7)  Membaca : " A'uzubillah bikalimatillah at-Tammati min 
syarrima Khalaq"  Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu 
berpetang-petang : ((  Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha 
sempurna dari segala  kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa 
akan memudaratkanmu. (  Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib 
wa at-Tarhib lil Munziri,  Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 
1/225 )
sumber 







0 comments:
Post a Comment