Ianya adalah resipi makanan yang mungkin anda selalu makan.
KFC.
KFC mula diperkenalkan oleh Colonel Sanders, pakcik beruban berjanggut
putih yang mungkin anda memang dah selalu nampak muka dia ditempek di
mana-mana, pada tahun 1930. Resipi gabungan 11 jenis herba dan rempah
ratus untuk menggoreng ayam beliau itu menjadikan perniagaannya sangat
famous dan berjaya hinggalah ke hari ini.
Tapi apa yang menjadikannya sangat istimewa adalah resipi rahsia beliau
yang dikawal dan dijaga sangat ketat, hanya dua orang executives yang
bekerja di situ sahaja yang menyimpan rahsia tersebut. Salinan resipi
asal yang ditandatangan oleh Colonel Sanders sendiri disimpan di dalam
satu ibu pejabat, bersama-sama dengan 11 botol yang mengandungi herba
dan rempah ratus rahsia. Untuk menyulitkan lagi rahsia tersebut
terpecah, campuran herba dan rempah tersebut pula dicampur di tiga
lokasi berbeza di Amerika.
Hanya dua orang executives yang mengetahui resipi lengkap tersebut
manakala executive ketiga pula menyimpan maklumat nombor peti besi di
mana resipi itu disimpan. Tidak ramai pekerja KFC yang mengenali
identiti ketiga-tiga orang tersebut. Ketiga-tiga orang itu pula tidak
dibenarkan berada dalam kapal terbang atau kereta yang sama untuk tujuan
keselamatan.
Tapi itu tidak cukup lagi. Untuk menambahkan effect seperti Plankton
yang ingin mencuri resipi rahsia Crabby Patty dari Mr Crab macam dalam
kartun Spongebob, resipi tersebut disimpan di dalam ibu pejabat yang
kawalan keselamatannya menyamai bank-bank terkemuka dunia.
Untuk itu, KFC telah mengupah Bo Dietl, seorang pakar penyiasat yang
pernah bekerja untuk Donald Trump, Geoge Bush dan keluarga diraja Arab
Saudi untuk menjaga keselamatan resipi tersebut. Langkah-langkah yang
diambil, menurut beliau:
"Kami memperkukuh siling dan lantai ibu pejabat ini dengan batu-bata
konkrit setebal dua kaki. Kami juga memasang CCTV pengesan gerakan yang
disambungkan pada bahagian keselamatan. Mereka (KFC) mempunyai pengawal
bersenjata yang berjaga 24 jam di tingkat bawah, jadi dalam masa 30 saat
jika berlaku apa-apa mereka boleh sampai ke peti besi tersebut. Untuk
masuk, anda memerlukan dua orang yang memegang dua kunci dan dua nombor
pin berbeza. Peti keselamatan tersebut dipasang dengan bolt pada
bahagian lantai dan tiada sesiapa yang mampu lepas masuk tanpa
pengetahuan kami."
"Gimme your mooooneyy..."
Seriously? Ini resipi nak gorang ayam je kot!
Jadi kalau lain kali anda pergi makan di KFC cuba fikirkan bagaimana
resipi ayam goreng yang anda makan tu disimpan begitu ketat macam dalam
cerita Mission Impossible hinggakan hanya dua orang sahaja di dunia ni
yang tahu rahsia tersebut. Pasti pelik rasanya.
SUMBER
SUMBER