Saturday 15 September 2012

Makan Burger 5 Kali Seminggu, Anda Berisiko Menghidap Kanser..

Bagi sesetengah orang, burger merupakan makanan kegemaran yang perlu di ambil selalu, tidak kira pada waktu pagi mahupun malam..Kalau boleh, nak makan tengahari pun nak kena ada burger..Tapi, korang tahu tak, dengan pengambilan burger yang terlalu kerap korang akan berpotensi untuk menghidap kanser? Mesti korang hairan kan, apa kena mengena makan burger dengan kanser? Okay, kalau korang nak tahu, meh baca kat bawah ni..




Pada sebahagian masyarakat, pengambilan burger mungkin menjadi hal yang masih jarang dilakukan. Tapi bagi sesetengah orang yang lain nya, mungkin hal ini menjadi kebiasaan, bahkan telah menjadi makanan kegemaran seseorang.


Persoalannya, berapa banyak anda memakan burger setiap minggu? Burger apa yang lebih anda suka? Daging ayam atau daging lembu? Jika jawapannya lebih daripada lima dan anda lebih suka makan burger daging lembu, maka ada baiknya untuk anda berhati-hati.


Berdasarkan sebuah pertemuan antara cendiakawan yang bekerja dengan pemerintah England, mereka telah sebulat suara mengeluarkan pandangan bahawa makan burger lima kali dalam seminggu dapat memperbesarkan risiko mendapat kanser.


Oleh itu, mereka mengesyorkan kepada seluruh masyarakat agar tidak makan burger daging, khususnya daging lembu atau daging merah yang telah di proses, lebih dari 500 gram setiap minggu (70 gram sehari).


"Daging merah memang penting untuk tubuh, namun akan menjadi perkara yang tidak bertanggung jawab bila kita mengetepikan risiko penyakit yang akan muncul. Pandangan kami cukup jelas." ulas sumber daripada pertemuan cendiakawan pemerintah.


Katanya lagi, penemuan ini akan di siarkan secara menyeluruh oleh Jawatankuasa Penasihat Sains untuk Nutrisi (SACN) dalam beberapa hari lagi.


Penemuan ini diharap dapat menguatkan lagi laporan SACN yang pada sebelumnya juga telah menemui bahawa pengurangan pengambilan daging merah dan daging yang telah diproses akan mengurangkan risiko menghidap kanser usus..

 

SUMBER
Share:

0 comments:

Recommended Webhosting & Domain Services

HUBUNGI

Sila hubungi saya di:
email : admin@pullbackforextrading.com

ENJIN CARIAN GOOGLE

Arkib

Blog Archive