Sunday 23 September 2012

Tahniah Shila Amzah Juara Asian Wave 2012






 

Tu lah kata org kan rezeki tak kemana kalau tak menang kat negara sendiri menang kat tempat org lagi bermakna kerana lebih ramai org luar negara tahu tidak lah di gelar jaguh kampung jer kan. Tahniah kepada artis comel molek anda sopan santun ini setelah tekad behijrah akhirnya Shila Amzah mengharumkan negara apabila berjaya memenangi Asian Wave 2012 di China.

Sebelum ini Shila Amzah antara tersingkir awal untuk program realiti MANIA yang di anjurkan oleh Astro. Ramai juga yg kecewa dan tidak puasa hati dengan pertandingan itu seperti memenagnkan kroni sendiri. Namun itu tidak mematahkan semangat beliau untuk terus membuktikan bahawa beliau bukan mudah mengalah.  Kemenangan di luar negara lebih jauh bermakna dan lebih di beri perhatian ramai.

Ini lah yg di katakan Malaysia Boleh! Bangga sangat apabila tgk video Shila Amzah perform mlm itu dengan 3 buah lagu yang bukan lagu beliau sendiri. Malah menyanyikan lagu dari bahasa asing sungguh mengkagumkan rakyat China sendiri termasuk barisan juri pada malam itu. Shila mengalahkan peserta-peserta hebat yantg bertanding daripada negara China, India Thailand, Singapura dan juga Korea Selatan.

Moga lepas ini lebih byk org kita menghargai bakat anak tempatan dan bukan menjadikan mereka sebagai batu loncatan untuk menaikan rangking sesebuah program sahaja. Bagi peluang kepada bakat2 hebat ini kerana Shila bukan sahaja mampu menyanyi malah mampu mencipta lagu sendiri seperti Patah Seribu yg menjadi siulan anak muda sekarang. Tahniah sekali lagi buat Shila Amzah.

Jom tgk nyanyian penuh persembahan beliau kat bawah.



 P/S : Tahniah! Best dengar nyanyian yg penuh bertenaga tu. :-)
Share:

0 comments:

Recommended Webhosting & Domain Services

HUBUNGI

Sila hubungi saya di:
email : admin@pullbackforextrading.com

ENJIN CARIAN GOOGLE

Arkib

Blog Archive