Thursday, 13 September 2012

Cik Sofie dan Buku

 
“Baca buku menyuluh ilmu. Ilmu dibaca banyak manfaat, kenapa susah sangat nak baca buku.
Kan buku tu penuh khasiat.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj




Baca buku? bila tringat tentang baca buku mesti ingat yang ni...
Mengantuk.....!!! ahahahahahaa~

But kalau buku yang korang minat, mustahil akan mengantuk..

PSSSSS.....................

kat bawah ni aku sempat curi berberapa gambar dari fb cik Sofie tu... melihat dia yang pakai spek tu mcm kuat membaca jer orangnya.. hahahaha




Serius bro... Cuba tgk gmbar kat bawa neh...

Kan dah kata. Memang dia pakai spek dan membaca buku... :-)

Eh kejap....!!

KEJAPPP........!!!!

Stop....!!!! Mari kita tengok balik gambar tu..

Macam ada yang tak kena la....

Hahahahaha... oh memang ada yang tak kena.



KAHKAHKAHKAH.....

Aku pun pelik la kamus tu... hahaha.. semua tertera nama dia... kahkahakahkahah... yala, gambar edit kan..

Tak ngantuk ke tgk nama sendiri? haha.. mgkin sbb tu muka dia nampak sleepy..

Ce tgk muka sleepy dia....

Perhatikan mata dia.. nak tertidur.. hehehee~
alalalalaaaa... SO CUTE...!!

Cik Sofie dan buku.

Haaa ni dia gambar2 curi tersebut direct dari FB dia.. jom tgk buku apa dia baca tu.
kahakahkahkahkaaah~


bulih tahan...
Falsafah Cina... Ingatkan Falsafah Cinta.. hahah
Aku pun ada juga buku ni. Tak sangka dia pun baca buku ni.
Oh tak sangka! Dia pun baca buku ni rupanya. Yeah i like this!
 
Rumah kedua katanya. Yeah, same as me, Aku pun suka lepak kat tempat mcmni. Tenang jer rasanya.

Buku-buku ni baik untuk santapan minda dan motivasi. Bagus la cik sofie ni rajin sikit dari aku ni.. sebab kalau aku besanya aku beli jer tapi baca tu.... mgkin nnt jer la.. hahahaha

7 kebaikan membaca buku.

 

1. Ilmu Baru - Tukang masak yang jika beliau ingin mencuba masakan yang baru, sama ada dengan merasa masakan seseorang, mereka juga akan membaca buku-buku resepi yang dikeluarkan oleh mungkin chef yang terkenal. Ini menambahkan ilmu baru kepada mereka disamping dapat menambahkan "skill" memasak mereka menjadi lebih baik daripada yang biasa.
  
2. Pengalaman - Penulis tidak mungkin hanya akan memikirkan untuk melariskan buku jualan mereka. Tapi mereka juga akan menceritakan pengalaman mereka kepada pembacanya. Kebaikkannya, dengan mempelajari pengalaman daripada sesiapa pun, kita dapat mengurangkan sesuatu risiko dalam menghadapi kehidupan seharian. jadikan pengalaman mereka sebagai pengalaman kita sendiri dan kita dapat mengelakkan keperitan yang pernah mereka rasai.
  
3. Perbandingan dan Idea - Mendapatkan bahan bacaan yang baik adalah perlu dalam mencipta sesuatu yang baru. Masih teringat saya sendiri semasa membuat Thesis. Perkara pertama yang dilakukan untuk mendapatkan idea adalah dengan membuat perbandingan penulisan jurnal tentang sesuatu topik untuk melahirkan sesuatu yang baru. Menambah-baik atau mencipta sesuatu lain dari yang lain memerlukan kita untuk terus membaca dan menbaca!
  
4. Menyelesaikan Masalah - Pernahkah lalui pengalaman dibawah?
Nazz : Huh! Komputer baru ni tak boleh "on"! apa masalah ni? Mari abg cuba tengok (sambil tekan-tekan)
Sofie : Ohh...Abg salah tekan rupanya...
Nazz : Macam mana Syg tahu?
Sofie : Syg baca manualnya :-)
Nazz : ...
Pernah berlaku? Mungkin ada yang akan mengatakan ya. Itu mungkin salah satu antara contoh masalah kecil yang diselesaikan dengan membaca. Jadi, untuk mengelakkan masalah atau mencuba dalam menyelesaikan masalah, pasti akan ada yang menulis tentang perkara yang sama untuk kita ambil dan pelajarinya. Tapi, haruslah dibaca dan ditelaah isinya.
   
5. Ketahui Perjalanan atau Isu Semasa - Masa kini, perjalanan berita yang kita ketahui semakin pantas. Terima kasih atas bantuan internet yang kini membolehkan kita mengetahui bukan sahaja berita setempat, tapi seluruh pelusuk dunia. Justeru, dengan membaca kita akan lebih cepat memahami dan mengetahui apakah yang sedang berlaku. Tidak mungkin kita akan terus berada dalam tempurung selamanya bukan.

Selesakah diri kita bila diumpamakan seperti "Katak Bawah Tempurung"? Jadi mulai sekarang bebaskan diri dengan membaca.

6. Mengajar Disiplin Diri - Membaca ada kalanya membosankan apabila kita terpaksa pergi menelaah satu ke satu perenggan untuk memahami kandungan yang dibincangkan. Tapi, membaca mengajar kita untuk terus sentiasa fokus dan berdisiplin dalam mendapatkan sesuatu. Jika kita membaca dengan melangkah dari datu perenggan ke satu perenggan lain, ia menyebabkan tidak fokus. Tidak fokus bermakna tidak berjaya mendisiplinkan diri. Mulai sekarang Disiplinkan diri sendiri dengan membaca.

7.  Menambah Kebijaksanaan - Membaca menguatkan pemikiran, mengalakkan pemikiran kreatif, analitik dan kritikal. Membaca membolehkan kita membuat keputusan yang lebih baik dan mengurangkan kesalahan dalam menilai kerana otak yang sentiasa berfikir dan aktif. Membaca membuatkan pemikiran sentiasa tajam walaupun dikala usia yang meningkat.

credit : i-think-of


Tafsir Surah al-`Alaq 96 Ayat 1-5

PENTAFSIRAN AYAT 1-5


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
  Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
 

Terjemahan:

[96: 1] Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan.

[96: 2] Dia menciptakan manusia dari segumpal darah beku;

[96: 3] Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah;

[96: 4] Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan;

[96: 5] Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. 

amin.

Jadi, kita semua kalau nak menuntut ilmu itu, maka bacalah buku kerana di dalam buku terdapatnya ilmu. :-)

Aku dan Buku.

Nak tahu sangat aku dan buku? Nah silakan tengok ni..

Lagi sedap tidur la brader...
Lebih banyak koleksi dari yang di baca... itulah aku. hahahahahah~ Buruk perangai kan.


Ok la sampai sini jer.. Nanti cik Sofie marah pulak kat aku pasal tulis entry ni lebih-lebih. Mcm biasa, AAK(Ada Aku Kesah?)...

Penutup.

Cik Sofie ni selain minat bisnes dia juga minat membaca. Membaca tu kan dapat membantu menambah ilmu pengetahuan. So ia sangat-sangat bagus! Buku-buku berkaitan motivasi yang dia baca tu aku yakin ia sedikit sebanyak dapat menjadi inspirasi untuk dia berjaya di masa akan datang.

Akhir kata dari aku, semoga maju jaya selalu. Never GiveUp yer sayang...! :-) 

Ok la, sampai sini dulu.

Bye bye... :p

Cik Sofie jangan marah yer.. nanti tak comel la muka tu... :-D

kahkahkahkah~
 
Comel tak cik Sofie ni? Of coz la comel kan.

Yang tulus ikhlas,
SofieNazz

PS: Aku banyak share persamaan dengan dia.. yessss! I LIKE...! Tapi kecuali yang baca kamus tu yer... aku x baca kamus yang ada nama aku sendiri. HAHAHAAHHAHAHAHAA!!!!!!

Share:

POST PALING POPULAR

HUBUNGI

Sila hubungi saya di:
email : admin@pullbackforextrading.com
whatsapp: 0168225295


MOHD NASYIT GAMING

Arkib

Blog Archive