AYAM MASAK MERAH WANGI PALING WIN!

Resepi kali ini adalah ayam masak merah aroma wangi dan melaparkan!

ayam butter salted egg

My favourite recepi!

MASALAH URL WORDPRESS

Tertukar URL kemudian website rosak? Jangan panik. Saya ada penyelesaiannya.

MENGELUARKAN WANG KRYPTO DARI BINANCE KE MAYBANK

Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan bagaimana saya withdraw RM4,025 dari Binance ke akaun Maybank

uTorrent made easy!

Tutorial ringkas dan mudah menggunakan uTorrent untuk muat-turun file kegemaran anda.

Tuesday 30 April 2024

PENGALAMAN WITHDRAW DUIT KRYPTO DARI BINANCE MASUK KE DALAM MAYBANK

Selalu dengar mengenai crypto exchanger ni dan pernah dapat offer untuk menerima payment melalui crypto tapi tak pernah pula nak mencubanya. Payment ni adalah untuk tujuan perniagaan online lah ceritanya tapi saya tak nak kupas di sini apakah bisnes tersebut.

Cryptocurrency adalah satu teknologi matawang digital yang semakin meluas penggunaannya dan adalah sesuatu yang ketinggalan zaman sekiranya kita tidak mengikuti perkembangan teknologi ini.

KLIK SINI UNTUK DAFTAR DI BINANCE.

Kali ni tergerak hati untuk terima pembayaran crypto dalam USDT iaitu USD Tether. Untuk pengetahuan, Tether ni adalah matawang yang ditambat dengan Dolar, oleh itu nilainya adalah sama sahaja dengan dolar.

Sedikit info mengenai  Tether dari carian google;

"Tether (USDT) ialah stablecoin mata wang kripto yang dipancangkan kepada dolar AS pada nisbah 1:1. Ia telah dilancarkan pada 2014 oleh Tether Limited Inc. untuk menyediakan mata wang digital yang kurang menentu yang tidak terjejas oleh turun naik pasaran. Setiap token USDT bernilai $1.00 USD dan disokong oleh $1.00 USD dalam rizab fizikal."

So dipendekkan cerita, saya pun buka akaun di Binance dan membuat verification dan telah pun menerima payment tersebut. Payment pun masuk dalam 1,000 USDT. Binance adalah salah-satu penyedia perkhidmatan ini. Selain ada banyak lagi exchanger lain.

Melalui apps ini pengguna boleh membuat urus-niaga termasuklah membeli aset coin-coin krypto lain.

MENERIMA WANG KRYPTO

Untuk terima wang krypto anda perlukan address khas untuk terima wang tersebut. Berikut address yang saya hasilkan.


So sapa-sapa yang nak hantar USDT bolehlah melalui address di atas atau scan QR code di atas melalui apps binance.

Address di atas menggunakan network jenis TRON(TRC20), oleh itu penghantar mestilah menghantar menggunakan network yang sama. Ini penting kerana jika ia dihantar menggunakan network berbeza, anda boleh kehilangan aset krypto yang anda hantar itu.

MENGELUARKAN WANG KRYTPO

Sebelum mengeluarkan wang krypto, terlebih dahulu buat pindahan dari USDT kepada FUNDING anda terlebih dahulu.

Pindahkan dari Fiat and Spot ke FUNDING anda.


Masukkan amaun yang anda mahu kemudian barulah buat pengeluaran P2P.

Pengeluaran melalui P2P

Banyak kaedah untuk keluarkan wang ini samada terus kepada bank anda ataupun menjualnya kepada orang lain mahupun kepada pembeli dan penjual(merchant) yang berdaftar dengan Binance di ruang P2P(Peer to Peer).

Perlu diingat kesemua transaksi ini ada caj masing-masing. Caj termahal setakat ini yang sudah cuba adalah menjual USDT ini kepada merchant di Binance.

LANGKAH 1:

Klik bahagian TRADE, lepas tu pilih P2P.


LANGKAH 2:

Di ruangan ini anda pilih SELL untuk menjual USDT anda dan isikan di ruang payment itu MAYBANK. Setakat ini saya cuma jumpa dua bank tempatan iaitu Maybank dan CIMB Niaga. Jika anda menggunakan bank selain dua ni mungkin anda boleh pilih kaedah lain seperti Western Union, Skrill, Neteller, Perfect money, ataupun penerima pembayaran lain seperti Paysend, Zelle dan lain-lain.


Pilih salah-satu merchant ini dan klik bahagian tepi button merah tu iaitu SELL USDT. Ini bermaksud anda menjual kepada mereka USDT anda.

Perhatikan kepada PRICE yang ditawarkan. Di sinilah tawaran pembelian oleh merchant. Namun perlu diingat bahawa terdapat lagi caj lain yang mungkin akan ditanggung oleh anda seterusnya menyebabkan nilai ringgit yang masuk ke bank anda akan sedikit mengecil.

Dalam senarai price terdapat offer harga seperti 1.000 usd, 0.989, 0.981.. Ini adalah tawaran pembelian oleh merchant ini untuk setiap satu USDT anda. Jika anda memilih 0.989, ini bermakna anda akan menjual 0.989 untuk 1 USD anda.

Saya ada mencuba menjual $45 kepada seorang merchant dan beliau membelinya pada kadar 0.921. Dari sini saya dapati saya perlu membayar beliau $48.85 hanya untuk mendapatkan USD45 ke dalam bank saya iaitu di Maybank.

Namun angka yang masuk ke dalam bank hanyalah RM183.65 atas faktor caj tersembunyi. Wise adalah salah-satu penyedia khidmat penghantaran wang antarabangsa yang digunakan oleh merchant untuk jual beli. Saya agak kurang pasti mengenai caj tersebut dan bila tanyakan kepada merchant jawapan beliau agak kurang memberangsangkan. So saya abaikan sahaja di situ.

wise.com
Akhir sekali saya membuat withdrawal menggunakan merchant lain yang menawarkan membeli 1$ untuk 1USDT. Namun malangnya walaupun demikian, beliau sebenarnya menawarkan rate tukaran RM4.25 untuk 1USDT saya. Banyak 'loss' di situ tetapi apa boleh buat, memang dah tiada pilihan lain sebab di Malaysia, urusniaga Binance ini sebenarnya tidak dibolehkan atau telah di'banned' oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Setelah bersetuju untuk jual-beli tersebut maka wang tersebut pun sudah selamat mendarat dalam akaun bank.

LANGKAH 3:


Untuk perhatian, jual beli ini mempunyai peringkat keselamatan tinggi di mana apabila anda menjual, maka pembeli terlebih dahulu wajib membuat pembayaran atau pindahan dana ke bank anda, anda pula wajib sahkan dengan log masuk dan lihat adakah angka tersebut sudah masuk atau belum, kemudian barulah RELEASE wang USDT anda kepada pembeli.

Sebelum dapat releast, anda akan melalui dua proses keselamatan iaitu kod keselamatan melalui email dan juga kod keselamatan dan Google Authentication melalui smartphone anda. Ia cukup memberikan ruang dan masa cukup untuk anda berfikir dan mencegah urusan scam.




Klik CONFIRM RELEASE jika anda sudah sahkan menerima wang dari pembeli. Jika tiada atau belum, jangan sekali-kali release krypto anda.

MENCIPTA ADDRESS UNTUK TERIMA KRYPTO

Untuk tujuan ini, ia bermaksud anda mahu deposit wang ke akaun anda di Binance. Oleh itu sila klik DEPOSIT.


Pilih DEPOSIT CRYPTO:


Ikuti pilihan di bawah; Last sekali anda akan ada address unik anda sendiri. Address ini anda boleh berikan kepada orang lain yang mahu menghantar wang USDT kepada anda.


Di bawah adalah contoh transaksi saya:


APA YANG SAYA BELAJAR DARI PENGELUARAN NI?

Perkara penting yang saya perasan adalah, kos sangat tinggi. Kos withdrawal ke bank luar Malaysia mengenakan 10% lebih caj pengeluaran. Merchant juga secara rata-ratanya mengenakan caj lebih 10USDT untuk pengeluaran.

Kos tinggi adalah cabaran utama samada menjual ataupun membeli. Akan tetapi tahap keselamatan yang disediakan oleh Binance juga sangat bagus dan selamat.

Selain dari itu faktor keselamatan untuk transaksi adalah tinggi dan nampak mustahil untuk berlaku kecurian kecuali smartphone dan email anda diambil-alih oleh si pencuri.

Akhir kata


OKlah sampai di sini dahulu artikel ini.

Jumpa lagi di artikel akan datang. InsyaAllah!

MN
30/04/24


kredit gambar: binance.com, readwrite.com




Share:

Wednesday 17 January 2024

STAMP DUTY ONLINE UNTUK BON AM KENDERAAN WP LABUAN

Sekarang semua pun mudah sebab adanya online. So lepas ni kalau nak uruskan kenderaan terutamanya di WP Labuan, mengenai duty stamp tu bolehlah buat dirumah selain untuk download borang.

Maklumat terkini boleh didapati di sini >> https://labuanft.com/pengangkutan-awam-labuan/permohonan-pembaharuan-kad-evis-labuan/

  • Sila bawa bersama kad e-vehicle semasa penghantaran borang permohonan bon am kenderaan.
  • Borang permohonan bon am kenderaan diproses dalam masa 3 hari bekerja (tidak termasuk hari penghantaran permohonan dan penyerahan kad).
  • Penyerahan kad e-vehicle bermula pada 01 Januari

Senarai semak permohonan;

  • Bon Am (Borang Kastam No. 6) dengan Sijil Setem Hasil RM10.00
  • Borang A1 (Keterangan Diri Pemilik Kenderaan)
  • Jaminan Bank (bagi kenderaan Labuan yang berkapasiti 2,500cc dan ke atas)
  • Satu (1) salinan Kad Pengenalan / Passport pemilik
  • Satu (1) salinan Kad Pendaftaran JPJ
  • Satu (1) salinan Lesen Syarikat bagi kenderaan syarikat/persatuan/pertubuhan (SSM atau Lesen perniagaan atau Perakuan Persatuan/Pertubuhan)
  • Bon hendaklah ditulis/taip dengan tulisan yang jelas dan mudah difahami.

Waktu Operasi

Isnin – Jumaat : 8.00 pagi – 5.00 petang sahaja

Masa Rehat
Isnin – Khamis : 1.00 petang – 2.00 petang
Jumaat : 11.30 pagi – 2.00 petang

Tutup pada Sabtu, Ahad dan Cuti Umum

  • Dokumen diperlukan untuk pembaharuan Kad E-VIS
  • Borang Bon Am (muat turun menggunakan QR code atau Link di atas)
  • Setem Hasil RM10.00 (diperolehi dengan menggunakan STAMPS)
  • Kad EVIS lama
  • Salinan Kad Pengenalan Pemilik
  • Salinan Geran Kenderaan.

STAMP RM10


Mengenai STAMPS tu, ia memudahkan pengurusan stamp kerana hanya perlu dibuat secara online di rumah. Apa yang penting adalah anda perlu mempunyai printer yang boleh scan dan photostat sahaja.

Terdapat borang yang perlu di upload, oleh itu anda perlukan printer yang boleh scan dokumen. Stamp duty RM10 pula boleh dibayar online dan anda print sendiri di rumah.

Sila daftar jika belum dan login setelah mendaftar. Sila klik gambar di bawah untuk besarkan.

Step #1. Pilih PENYETEMAN

Step #2. Pilih SEKURITI

Step #3. dan selanjutnya




Sila buat pembayaran juga secara online. Saya tak dapat tunjukkan di sini sebab waktu buat urusan ni adalah ketka di LHDN untuk pertama kali dan tak dapat nak buat screenshot.

Apa-apapun jika anda mengikuti langkah dari awal, anda boleh ikuti saja langkah seterusnya.

Sekian,

MN
Share:

Wednesday 15 June 2022

WORDPRESS CRITICAL ERROR - MASALAH TAK BOLEH MASUK KE WP-LOGIN

 Hi..

Tak dinafikan untuk membuat sesuatu modifikasi seperti memasang plugin tertentu dan berakhir kepada 'critical error' pada blog dan tak dapat login, jadi kita perlukan penyelesaian diluar dari WP-ADMIN akses.

Jadi kita perlukan FTP access software seperti FileZilla ataupun CoreFTP. Jika anda tidak mahu menggunakan software ini, anda boleh akses ke cpanel hosting anda.


Pertama sekali, sila install dahulu software ini, kemudian login ke website anda. Cara yang sama seperti login ke Cpanel.

Jika anda menggunakan sub-domain, sila cari sub-domain tersebut. Jika tidak, cari sahaja public.html kemudian ke WP-CONTENT


Buka folder ini kemudian cari dan RENAME semula folder PLUGINS kepada plugins.deactivate. Sila lihat gambar di bawah;



Last sekali, login semula ke website anda di bahagian WP-LOGIN.PHP admin anda. Jangan logout dahulu. 


Selepas tu di FTP software anda, rename balik kepada nama folder asal iaitu plugins(buangkan perkataan deactivate).


Step akhir adalah aktifkan secara manual semula kesemua plugin anda kecuali plugin terakhir yang menyebabkan masalah critical error tu. Sila buang atau buat setting seperti yang sepatutnya.

Selesai!


Sekian.

Share:

Monday 9 May 2022

RESEPI AYAM MASAK MERAH WANGI


Bahan bahan:
Paha ayam
3 sudu besar cili kisar(cili boh) atau cili kering- ikut suka pedas
1 sudu kecil garam
3 sudu besar atau separuh batang gula melaka/gula putih
2 sudu besar sos cili Maggi atau secukupnya
2 sudu besar sos tomato atau secukupnya
1/2 biji bawang besar Holland - hiris bentuk ring
Daun sup/daun bawang - tabur
Daun kari
Rempah 4 sekawan
Air asam jawa(jika tidak gunakan tomato puri)
Serai 2 atau 1 tangkai jika besar
Daun pandan
tomato untuk tumis(optional)

note: boleh gunakan tomato puri untuk gantikan sos tomato

Bahan kisar:
3 1/2 biji bawang merah besar
1 1/2 biji bawang holland
4 ulas bawang putih
1 inci Halia
1 inci lengkuas
Cili kering yang belum kisar sekiranya anda tidak mahu menggunakan cili boh

note: gunakan lebih banyak bawang bombay berbanding bawang holland untuk kisar.





Cara cara:
Ayam dilumur dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian digoreng hingga separuh masak. Jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan. 


Buat kuah:
Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan, serai, daun kari dan daun pandan.

Masukkan bahan kisar dan tumis lagi dengan api perlahan sehingga masak.




Masukkan sos tomato dan sos cili atau, masukkan tomato puri(jika menggantikan sos tomato). Kacau rata. Masak hingga pecah minyak. Masukkan sedikit air. Kacau lagi hingga pekat. Last sekali, masukkan garam dan gula melaka secukup rasa. 




Pada waktu ini aroma dari bahan rempah, bahan kisar dan daun pandan akan naik.

Masukkan ayam goreng. Gaul rata. 

Akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris seperti ring. Kacau sehingga bawang separuh layu atau masak tetapi jangan layu. Biar ia rangup sikit. 


Sesuaikan rasa ikut citarasa anda jika mahu pedas atau manis. Sekarang bolehlah angkat dan dihidangkan. Jika mahu, boleh tabur daun sup atau daun bawang untuk hiasan.

TIPS RASA MASAM MANIS:
Gunakan tomato puri dan air asam jawa.

TIPS MANIS:
Gunakan gula melaka.

TIPS PECAH MINYAK:
Minyak banyak sikit dan ketika pekat, tambah sedikit air.

TIPS WANGI:
Gunakan daun pandan dan tumis pada awal atau ketika pecah minyak. Pastikan dalam masa yang sama juga gunakan gula melaka.

TIPS SAMBAL MANIS:
Gunakan bawang merah atau bombay sahaja atau lebih banyak berbanding holland.

Sekian,
Terima kasih!

-MN-
Share:

Friday 1 April 2022

HARI KEMANGKATAN TUANKU ABDUL RAHMAN IBNI TUANGKU MUHAMMAD

Hari ini 62 tahun yang lalu, Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad mangkat.

Diputerakan di Seri Menanti pada 24 Ogos 1895, baginda adalah cahaya mata ke-2 YDP Besar Negeri Sembilan moden yang pertama & YDP Besar Seri Menanti yang ke-7, Tuanku Muhammad ibni Tuanku Antah dengan Tunku Puan Chik. Baginda mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Jempol seterusnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Tamat sekolah, baginda berkhidmat dengan Sekretariat Persekutuan di KL, pada masa sama menyertai Malayan Volunteer Regiment (MVI). Pada 1921, baginda dilantik sebagai Penolong Pegawai Daerah Seremban. Kemudian ditugaskan ke daerah Klang (1922), Hulu Selangor (1923), Sepang (1923-1925) menggalas jawatan sama sebelum khidmat singkat di Mahkamah Tinggi KL.


Pada 1925, baginda melanjutkan pengajian dalam bidang perundangan di Inner Temple, London selama 3 tahun sebelum lulus sebagai peguam bertauliah. Sekembali ke tanah air, baginda dilantik menjadi Pen. Pegawai Daerah Tapah hingga 1930. Seterusnya baginda menjadi Majistret Kelas 2 di KL, sebelum ke Mahkamah Tinggi Ipoh sebagai Pen. Pendaftar (1931-1932). Kemudian menjadi Pen. Pegawai Daerah di Kuala Langat & dinaikkan pangkat menjadi Pegawai Daerah di Batang Padang (1933). Baginda menjadi Tunku Muda Serting pada 1917 ekoran kemangkatan kekanda sulungnya, Tunku Abdul Aziz. Pada 2 Ogos 1933, baginda dilantik sebagai YDP Besar Seri Menanti selepas kemangkatan ayahandanya. Apabila Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, baginda telah dilantik menjadi YDPA yang pertama atas pilihan sebulat suara Majlis Raja-Raja. Baginda ditabal pada 2 September tahun itu. 3 tahun kemudian, tidak sempat menamatkan tempoh sepenggal 5 tahun sebagai Agong, baginda menghembuskan nafas terakhirnya dalam tidur pada 1 April 1960 di Istana Negara. Baginda disemadikan di Makam Diraja Seri Menanti. Tuanku Abdul Rahman diabadikan pada wang kertas Ringgit Malaysia & sebagai memperingatinya, tanjak/tengkolok gubahan ‘Dendam Tak Sudah’ yang dipakai baginda dijadikan pakaian rasmi YDPA. Sumber: Arkib Negara Malaysia, Warisan Raja & Permaisuri Melayu #PeristiwaHariIni #ASTROAWANI
Share:

Tuesday 29 March 2022

PEMBUNUHAN SECARA HIPNOSIS ATAU PUKAU

Hari ini 71 yang lalu, berlaku insiden pembunuhan di mana minda pelaku berada dalam hipnosis di Copenhagen, Denmark.

Pada hari itu, lelaki berusia 28 tahun bernama Palle Hardrup merompak sebuah bank & menembak mati salah seorang juruwang serta pengurus cawangannya. Dia kemudian melarikan diri menaiki basikal ke jalan berdekatan sebelum memasuki sebuah bangunan. Beberapa orang saksi mengejarnya, yang kemudian cuba bersembunyi di ruangan tangga. Setibanya polis, Hardrup menyerah diri dengan rela & apabila ditanya mengapa dia berbuat demikian, jawab Hardrup dia disuruh oleh ‘Malaikat Pelindung’nya.

Siasatan mendapati pistol & basikal yang digunakan itu milik Bjørn Schouw Nielsen, teman sebilik Hardrup ketika di Penjara Horsens State pada Perang Dunia II. Di sana, mereka menunjukkan minat mendalam terhadap hal mistik, yoga, meditasi & hipnosis. Didapati Hardrup sebenarnya sudah 'dipukau' Nielsen sejak di dalam penjara lagi, membawa kepada rumusan pasukan penyiasat bahawa seseorang itu boleh dimanipulasi minda & emosinya secara hipnosis untuk melakukan sesuatu di luar sedar individu terbabit. Selepas perbicaraan panjang yang berakhir pada 1955, Hardrup dijatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat & tiada tarikh bebas di Institusi Herstedvester. Nielsen pula dipenjara seumur hidup & Mahkamah Tinggi Denmark enggan membuka semula kes. Bagaimanapun pada 1956, Majlis Perundangan-Perubatan Denmark mengeluarkan kenyataan bahawa ada gangguan mental yang ketara pada Hardrup. Beberapa tahun kemudian, kes itu dibuka semula oleh Mahkamah Hak Asasi Manusia Strasbourg. Nielsen mengaku memberi pengaruh buruk kepada Hardrup namun menafikan telah memukaunya. Akhirnya Nielsen & Hardrup masing-masing dibebaskan secara berasingan pada 1967. 7 tahun kemudian, Nielsen membunuh diri dengan meminum potasium sianida, sementara Hardrup menukar nama, menjalani kehidupan baharu, bekerja & meninggal dunia pada 2012. Sumber: Evaldsen, B.T.
Share:

Monday 28 March 2022

TYPHOID MARY SI SUPER SREADER

Hari ini 107 tahun yang lalu, Typhoid Mary si ‘super-spreader’ penyakit kepialu dikuarantin buat kali ke-2 yang membawa sehingga akhir hayatnya.

Nama sebenarnya Mary Mallon, lahir pada 1869 di Cookstown, Ireland. Dia berhijrah ke A.S. & menjadi orang gaji beberapa keluarga elit di New York termasuk keluarga Charles Warren. Ketika satu percutian musim panas 1903, 6 ahli keluarga itu menghidap demam kepialu. Apabila Warren mengupah seorang jurutera kebersihan untuk menyiasat puncanya, didapati ia daripada orang gaji mereka, Mallon. Menjejak rekod pekerjaannya, rupanya sejak 1900 ada 7 keluarga terlibat, 22 jangkitan dengan kematian seorang budak perempuan.


Lantas Jabatan Kesihatan New York pada 1907 meletakkan Mallon dalam perintah berkurung di sebuah banglo dengan hanya ditemani seekor anjing. 3 tahun kemudian, selepas didesak, Mallon dibebaskan dengan syarat berjanji tidak bekerja sebagai tukang masak lagi. 5 tahun kemudian, Hospital Bersalin Sloane di Manhattan, NY gempar apabila 25 pekerja dijangkiti kepialu, 2 daripadanya maut. Puncanya dijejak, membawa kepada tukang masak hospital itu yang digelar “Typhoid Mary.” Rupanya dia Mallon, memakai nama “Mary Brown.” Sejak dibebaskan pada 1910, Mallon gagal dijejaki apabila dia menggunakan pelbagai nama untuk bekerja di hotel, restoran & pelbagai institusi. Selepas ditahan, dia diletakkan semula dalam kuarantin di North Border Island, NY pada 27 Mac 1915. Selama 23 tahun Mallon hidup terasing dari khalayak. Pada 1932 dia menghidap strok & sejak itu dikuarantin di hospital di pulau itu sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhirnya pada 11 November 1938 di usia 69 tahun dek pneumonia. Sepanjang hayatnya, beliau dipercayai telah menjangkiti sekurang-kurangnya 53 orang, 3 daripadanya meninggal dunia. Ia menjadikannya individu pertama di A.S. yang direkodkan sebagai pembawa tidak bergejala/asimptomatik kuman kepialu. Mallon tidak pernah menunjukkan sebarang simptom yakni demam, sakit kepala & cirit birit, cuma beberapa kali selesema ringan. Dipercayai, dia membawa penyakit itu sejak dari dalam kandungan apabila ibunya dijangkiti. Sumber: History
Share:

Wednesday 9 March 2022

PATUNG BARBIE PERTAMA DI DUNIA

Hari ini 63 tahun yang lalu, patung Barbie yang pertama dipersembahkan kepada khalayak.

Ia bermula dengan Ruth Handler, yang mengasaskan Mattel, Inc. bersama suaminya pada 1945, melihat anak perempuannya meninggalkan patung bayinya apabila sudah meningkat usia & mula bermain dengan patung kertas wanita dewasa. Handler menyedari bahawa ada pasaran khusus untuk kanak-kanak perempuan yang berangan menjadi dewasa. Lalu diciptakan sejenis patung wanita setinggi 11 inci yang menjadi patung permainan pertama berciri dewasa yang dihasilkan secara besar-besaran di A.S. Rupa Barbie diolah daripada Bild Lilli, patung Jerman yang dicipta berdasarkan watak kartun 'strip' dalam akhbar Jerman Barat ‘Bild Zeitung’. Ia dihasilkan sebagai cenderamata untuk lelaki dewasa yang dijual di kedai tembakau. Mattel membeli hak terhadap patung itu, mengubah suai rupa & bahan pembuatannya lalu Handler menamakannya Barbie, sempena nama anaknya, Barbara. Pada 9 Mac 1959, ia dipamerkan buat julung kalinya di Pameran Alat Permainan Amerika di New York. Mattel menggunakan kedudukannya sebagai penaja rancangan TV ‘Mickey Mouse Club’ sejak 1955 untuk memasarkan Barbie, yang menjadi antara syarikat alat permainan pertama yang menyiarkan iklan untuk kanak-kanak. Pada 1961, Mattel memperkenalkan ‘teman lelaki’ Barbie, Ken, yang dinamakan Handler sempena anak lelakinya. Kemudian hadir ‘kawan baik’ Barbie, Midge pada 1963 & ‘adik’ Barbie, Skipper, muncul tahun berikutnya. Barbie turut mengundang kontroversi. Bentuk badannya yang ramping dilihat memberi contoh yang tidak realisitik, memupuk imej tubuh yang negatif serta menggalakkan sifat materialistik dalam kanak-kanak perempuan khususnya. Begitupun di sisi positif, Barbie dilihat sebagai menyediakan alternatif kepada peranan jantina tradisional di era 50-an ketika ia mula diperkenalkan dengan kepelbagaian kerjaya yang dipamerkan dalam bentuk pakaian & aksesorinya. Sejak 1959, dianggarkan lebih 1 bilion patung Barbie telah terjual di seluruh dunia. *Gambar patung Barbie edisi pertama yang dihasilkan pada 1959. Sumber: History, Britannica
Share:

Recommended Webhosting & Domain Services

HUBUNGI

Sila hubungi saya di:
email : admin@pullbackforextrading.com

ENJIN CARIAN GOOGLE