Thursday, 2 May 2013

Cinta Itu Memberi Dan Menerima


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca saya.

Apa khabar semuanya? Kali ini saya ingin membincangkan tentang tajuk membei dan menerima.

Sememangnya dan perhubungan dua hati pasti ada satu pihak memberi dan satu pihak menerima. Tetapi lebih indah jika keduanya saling memberi dan menerima agar sama-sama mengecapi nikmat kebahagiaan yang diimpikan.

Apabila menyintai kita selalu saja mengharap itu ini dari pasangan kita, sehingga kita lupa seharusnya kita patut bersikap ikhlas memberi dengan hati terbuka buat insan tersayang. Jika kita memberi kasih sayang dan segala perhatian kepadanya dengan tidak mengharapkan balasan insya Allah akan kita terima sesuatu yang bermakna dalam hidup yang tidak kita jangkakan.
Memberi adalah satu sikap yang mulia. Hati kita lebih tenang memandangkan kita nampak insan tersayang menerima sesuatu dari kita dan dapat melihat mereka bahagia berbanding kita sering berharap diberi itu atau ini dari si dia dan akhirnya kita merana kerana dia tidak mampu memberi perhatian atau apa saja yang kita harapkan darinya.

Jika mula menyayangi seseorang tanamkan lah dalam diri bahawa kita ingin memberi dan membahagiakan dia tanpa mengharapkan dia membalasnya kembali. Allah itu Maha Adil, pasti kebahagiaan akan menjadi milik kita suatu hari nanti…insyaAllah


Sumber 
Share:

0 comments:

POST PALING POPULAR

HUBUNGI

Sila hubungi saya di:
email : admin@pullbackforextrading.com
whatsapp: 0168225295


Dapatkan bonus 100% deposit

MOHD NASYIT GAMING

ENJIN CARIAN GOOGLE