Sekarang semua pun mudah sebab adanya online. So lepas ni kalau nak uruskan kenderaan terutamanya di WP Labuan, mengenai duty stamp tu bolehlah buat dirumah selain untuk download borang.
Maklumat terkini boleh didapati di sini >> https://labuanft.com/pengangkutan-awam-labuan/permohonan-pembaharuan-kad-evis-labuan/
- Sila bawa bersama kad e-vehicle semasa penghantaran borang permohonan bon am kenderaan.
- Borang permohonan bon am kenderaan diproses dalam masa 3 hari bekerja (tidak termasuk hari penghantaran permohonan dan penyerahan kad).
- Penyerahan kad e-vehicle bermula pada 01 Januari
Senarai semak permohonan;
- Bon Am (Borang Kastam No. 6) dengan Sijil Setem Hasil RM10.00
- Borang A1 (Keterangan Diri Pemilik Kenderaan)
- Jaminan Bank (bagi kenderaan Labuan yang berkapasiti 2,500cc dan ke atas)
- Satu (1) salinan Kad Pengenalan / Passport pemilik
- Satu (1) salinan Kad Pendaftaran JPJ
- Satu (1) salinan Lesen Syarikat bagi kenderaan syarikat/persatuan/pertubuhan (SSM atau Lesen perniagaan atau Perakuan Persatuan/Pertubuhan)
- Bon hendaklah ditulis/taip dengan tulisan yang jelas dan mudah difahami.
Waktu Operasi
Isnin – Jumaat : 8.00 pagi – 5.00 petang sahaja
Masa Rehat
Isnin – Khamis : 1.00 petang – 2.00 petang
Jumaat : 11.30 pagi – 2.00 petang
Tutup pada Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
- Dokumen diperlukan untuk pembaharuan Kad E-VIS
- Borang Bon Am (muat turun menggunakan QR code atau Link di atas)
- Setem Hasil RM10.00 (diperolehi dengan menggunakan STAMPS)
- Kad EVIS lama
- Salinan Kad Pengenalan Pemilik
- Salinan Geran Kenderaan.
STAMP RM10
Mengenai STAMPS tu, ia memudahkan pengurusan stamp kerana hanya perlu dibuat secara online di rumah. Apa yang penting adalah anda perlu mempunyai printer yang boleh scan dan photostat sahaja.
Terdapat borang yang perlu di upload, oleh itu anda perlukan printer yang boleh scan dokumen. Stamp duty RM10 pula boleh dibayar online dan anda print sendiri di rumah.
Sila daftar jika belum dan login setelah mendaftar. Sila klik gambar di bawah untuk besarkan.
Step #1. Pilih PENYETEMAN
Sila buat pembayaran juga secara online. Saya tak dapat tunjukkan di sini sebab waktu buat urusan ni adalah ketka di LHDN untuk pertama kali dan tak dapat nak buat screenshot.
Apa-apapun jika anda mengikuti langkah dari awal, anda boleh ikuti saja langkah seterusnya.
Sekian,
MN