Featured post

KL 2025 - PART 6: Malam di Kwai Chai Hong – Suasana Retro di Tengah Bandar

Selepas perjalanan panjang dari Melaka, kami singgah ke Kwai Chai Hong pada waktu malam — satu kawasan kecil di antara bangunan lama Chinat...

Tuesday, 12 November 2013

Header baru blog Sofinah dot com

assalamualaikumm...!!!

 

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......

nak tau sumthing??

cuba tgk ni....

Serius, aku bagi rate 5 star untuk kreativiti dan idea!

Nampaknya bakatnya makin terserlah dalam bidang editing ni.. hehhee... sejujurnya tak pernah lg nampak mcm tu.. ia sungguh berbeza..

tq sweetheart!

REGARDS,
-me-

Sunday, 10 November 2013

Surah Yunus

assalam readers sekalian..

Kisah Firaun banyak diterangkan di dalam al-quran.. harini selesai membaca surah Yunus dan ada 1 bahagian surah yang meranik perhatian saya.

Firaun memang terkenal dgn kemajuan teknologinya dan kezalimannya pada suatu masa dahulu. Pada zaman tersebut telah diperintahkan Nabi Musa A.S. untuk membawa petunjuk kepada kaum firaun yang zalim ini.. Namun akibat kemungkaran mereka, mereka telah pun dibinasakan dengan bencana yang dahsyat. Ada di antara mereka yang telah ditenggelamkan di lautan merah dan bukti kebenaran ini dibuktikan sendiri oleh sarjana barat apabila mereka menemukan kenderaan perang tentera firaun di dalam lautan tersebut.

Pada zaman kini mereka(firaun)telah binasa sepenuhnya namun meninggalkan banyak sejarah yang masih misteri walaupun banyak di antaranya telah dirungkai selama berberapa tahun lamanya.

Salah satu peninggalan mereka adalah mumia raja mesir ini.. seterusnya ia juga diterangkan dalam surah Yunus..



Yg. benar,
-nasyit-

Friday, 8 November 2013

Hari ini...

assalam.

Hari ini sy berasa sungguh gembira kerana dapat jumpa si dia.. hehehe...

sehari tak jumpa mcm lama pula sudah berjauhan...

heppy!

yg benar,
nasyit

Wednesday, 6 November 2013

Resepi: Soto Makasar

Resepi: Soto Makasar



Bahan: (untuk 4-5 orang)
1kg pelbagai bahagian organ dalaman lembu / sapi: perut / limpa / paru / jantung / ginjal (kali ini Amie tidak gunakan daging)
1.5 liter air
2 batang serai - diketuk
3 cm kulit kayu manis
1 cawan kacang tanah - goreng / sangan - kisar halus
garam / perasa pilihan

Bahan kisar:
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih
3 sudu ketumbar biji - sangan 
1 sudu jintan putih - sangan
1 sudu jintan manis - sangan
2cm lengkuas
2 cm halia
1 sudu lada putih / hitam
2 sudu rempah sup / 1 bungkus sup bunjut - jika suka

Bahan pelengkap hidangan:
2 bungkus nasi himpit - (pilihan: buras / sohoon)
bawang goreng
daun sup / daun bawang
limau kasturi
sambal taucu - tumis cili padi tumbuk bersama sedikit taucu, perasakan dengan garam dan gula 

Cara:
1. Rebus semua orang dalaman sehingga empuk bersama serai dan kulit kayu manis di dalam 1.5 liter air.
(Kali pertama Amie rebus hingga mendidih dan buangkan air rebusannya. Kali kedua Amie gantikan air yang baru dan rebus kembali bersama serai dan kulit kayu manis)
2. Keluarkan semua bahan rebusan dan hiris-hiris nipis dan masukkan semula ke dalam periuk rebusan tadi.
3.Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan garam / gula / perasa pilihan. 
4. Masukkan bahan tumisan ke  dalam periuk yang berisi air rebusan dan hirisan rebusan tadi. Biarkan mendidih.
5. Masukkan sedikit demi sedikit kacang tanah kisar. Kacau rata.
6. Perasakan sekali lagi dengan garam dan bahan perasa pilihan supaya rasanya seperti yang dikehendaki.
7. Hidangkan bersama dengan nasi himpit atau  buran / sohoon celur.
8. Lebih enak jika dtaburi dengan hirisan daun sup atau daun bawang serta bawang goreng.
9. Jika suka bolehlah perahkan jus limau kasturi.
10. Lengkapkan hidangan dengan sambal taucu.




Tq to Amie's Little Kitchen