Wednesday, 6 November 2013

Resepi: Soto Makasar

Resepi: Soto Makasar



Bahan: (untuk 4-5 orang)
1kg pelbagai bahagian organ dalaman lembu / sapi: perut / limpa / paru / jantung / ginjal (kali ini Amie tidak gunakan daging)
1.5 liter air
2 batang serai - diketuk
3 cm kulit kayu manis
1 cawan kacang tanah - goreng / sangan - kisar halus
garam / perasa pilihan

Bahan kisar:
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih
3 sudu ketumbar biji - sangan 
1 sudu jintan putih - sangan
1 sudu jintan manis - sangan
2cm lengkuas
2 cm halia
1 sudu lada putih / hitam
2 sudu rempah sup / 1 bungkus sup bunjut - jika suka

Bahan pelengkap hidangan:
2 bungkus nasi himpit - (pilihan: buras / sohoon)
bawang goreng
daun sup / daun bawang
limau kasturi
sambal taucu - tumis cili padi tumbuk bersama sedikit taucu, perasakan dengan garam dan gula 

Cara:
1. Rebus semua orang dalaman sehingga empuk bersama serai dan kulit kayu manis di dalam 1.5 liter air.
(Kali pertama Amie rebus hingga mendidih dan buangkan air rebusannya. Kali kedua Amie gantikan air yang baru dan rebus kembali bersama serai dan kulit kayu manis)
2. Keluarkan semua bahan rebusan dan hiris-hiris nipis dan masukkan semula ke dalam periuk rebusan tadi.
3.Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan garam / gula / perasa pilihan. 
4. Masukkan bahan tumisan ke  dalam periuk yang berisi air rebusan dan hirisan rebusan tadi. Biarkan mendidih.
5. Masukkan sedikit demi sedikit kacang tanah kisar. Kacau rata.
6. Perasakan sekali lagi dengan garam dan bahan perasa pilihan supaya rasanya seperti yang dikehendaki.
7. Hidangkan bersama dengan nasi himpit atau  buran / sohoon celur.
8. Lebih enak jika dtaburi dengan hirisan daun sup atau daun bawang serta bawang goreng.
9. Jika suka bolehlah perahkan jus limau kasturi.
10. Lengkapkan hidangan dengan sambal taucu.




Tq to Amie's Little Kitchen
Share:

0 comments:

POST PALING POPULAR

HUBUNGI

Sila hubungi saya di:
email : admin@pullbackforextrading.com
whatsapp: 0168225295


Dapatkan bonus 100% deposit

MOHD NASYIT GAMING

ENJIN CARIAN GOOGLE

Arkib

Blog Archive