SELEPAS tewasnya juara treble 2007 dan 2008, Kedah pada aksi pertama
kumpulan B Piala Malaysia kepada Juara Liga Premeir 2012, ATM 2-0 di
laman sendiri kelmarin, seorang lelaki yang menggelar dirinya Jat Raindy
sanggup memotong kemaluannya jika Kedah berjaya di dalam saingan Piala
Malaysia.
Terdahulu, Jat telah menulis tentang kekecewaannya di laman sosial
Facebook serta mendakwa skuad Kenari layak jatuh ke saingan Liga Perdana
berdasarkan prestasi yang tidak konsisten yang ditunjukkan.
Jat bagaikan mahu mengulangi fenomena yang dicetuskan Johari Pain di
laman sosial Facebook sebelum ini yang sanggup memotong kemaluannya
seandainya atlet terjun negara, Pandalela Rinong berjaya memperoleh
pingat pada saingan temasya Olimpik 2012 di London baru-baru ini.
Johari membuat kenyataan itu beberapa jam sebelum Pandelela bersaing
dalam peringkat akhir acara 10m Platform Wanita, namun selepas Pandalela
berjaya memperoleh pingat gangsa pada acara kegemarannya, jelas Johari
Pain tidak mengotakan janji bahkan memohon maaf kepada semua peminat
sukan tanah air melalui Twitternya di atas keterlanjurannya.
Bagaimanapun, tindakan Johari yang jelas berhadapan dengan reaksi dan
marah dan tersinggung rakyat Malaysia rupanya masih gagal diambil
iktibar oleh Jat yang jelas telah menyinggung perasaan penyokong setia
Hijau Kuning.
Selepas teruk mengkritik Hijau Kuning di atas prestasi yang kurang
kosisten, Jat turut menambah komennya, “okyh aq krat XXXX sampai kat
XXXX un xpa..aq dok as..mai cr aq law kdah lyak…”
Jat yang menulis kenyataan tersebut di laman sosial Facebook
Penyokong Setia Hijau Kuning sanggup memotong kemaluannya sekiranya
pasukan tersebut mara sekurang-kurangnya sehingga ke peringkat suku
akhir.
Bagaimanapun, komen beliau dipadamkan admin laman tersebut.
Kemudian, kenyataan itu dimuatkan kembali oleh laman sosial Persatuan
Bola Sepak Kedah dan mendapat reaksi kurang senang peminat pasukan
Kedah.
SinarHarian
PS: Balik2 nak kerat... last2 x juga ada. hahahaa..... BODOH!