Banking Online
Dalam artikel kali ini,saya ingin berkongsi kepada anda satu addon yang anda boleh pasang pada pelayar web firefox ataupun google chrome anda iaitu DontPhishMe.
Apa itu addon DontPhishMe?
DontPhishMe merupakan satu addon berguna yang dibangunkan oleh MyCERT,addon ini penting bagi mengelakkan anda menjadi mangsa mereka yang tidak bertanggungjawab di luar sana untuk mencuri data-data peribadi anda terutamanya laman-laman web bank seperti Maybank2u,Cimb Clicks dan banyak lagi melalui kaedah Phising .
Secara ringkasnya,phising merupakan aktiviti dimana anda akan dibawa ke satu halaman yang paparannya hampir sama dengan Maybank2U ataupun lain-lain namun ia sebenarnya sebuah halaman yang digunakan oleh pengodam untuk mencuri maklumat-maklumat penting anda seperti username dan katalaluan anda.
Bagaimana DontPhishMe ini berfungsi?
Addon ini akan memaparkan notis AMARAN apabila komputer anda sedang melayari laman web online banking phising(seperti dalam gambar di bawah).
Bagaimana cara untuk muat turun addon ini?
Bagi pengguna pelayar web Firefox,sila layari : https://addons.mozilla.org/en-us/firefox/addon/dontphishme/
Bagi pengguna pelayar web Google Chrome,sila layari : https://chrome.google.com/webstore/detail/dontphishme/ekhmajimailppllbglbkopdjfenocpnl
Berikut merupakan senarai-senarai online banking yang telah disokong oleh addon ini :
* Maybank2u
* Cimbclicks
* Public Bank
* Bank Rakyat
* Bank Islam
* HSBC
* EON Bank
* UOB
* AMBank
* OCBC
* RHB
* Citibank
* Standard Chartered Bank
* Al Rajhi Bank
* Affin Bank
* Hong Leong Bank
* Alliance Bank
* BSN
* Muamalat
* Kuwait Finance House
Sumber : Blog.CekapKomputer.com
2 comments:
bagus ni... mengelakkan kena hack! yeahHHH!
byk phising scam bleh di elakkan.. :)
Post a Comment