Berikut adalah antara senarai makanan pembakar kalori yang bagus untuk anda masukkan dalam menu pemakanan harian anda.
Oren
Buah oren adalah antara buah yang mengandungi banyak vitamin C.  Kajian 
mendapati bahawa jika tubuh kekurangan vitamin C, pembakaran kalori dan 
lemak menjadi lebih sukar. Vitamin C bertindak sebagai ejen antioksida 
yang membantu mempercepatkan pembakaran kalori dalam badan. So, amalkan 
makan oren setiap hari untuk mempercepatkan pembakaran kalori.
Air Putih
Mesti ada dalam rumah kan? Air putih memainkan peranan penting dalam 
usaha menurunkan berat badan. Minum 8 gelas air putih setiap hari. 
Pengambilan air yang cukup akan membantu mempercepatkan pembakaran 
kalori dan ia juga baik untuk kesihatan kulit selain mengelakkan 
dehidrasi.
Ikan
Suka makan ikan? Mereka yang makan ikan 3 atau 4 kali seminggu mempunyai
 tahap leptin yang tinggi berbanding yang tak makan ikan. Leptin adalah 
sejenis hormone yang membantu mengawal selera makan dan juga memainkan 
peranan untuk menurunkan berat badan. Ikan juga kaya dengan omega 3 yang
 membantu mengawal gula dalam darah. Oleh itu masukkan ikan dalam menu 
anda.
Susu
Susu adalah pembekal utama kalsium untuk keperluan tubuh. Keperluan 
kalsium bukan hanya untuk menguatkan tulang malah membantu proses 
pembakaran kalori dalam tubuh (susu rendah lemak). Minumlah 2 gelas susu
 setiap hari.
Epal
Epal merupakan sumber pectin dan fiber yang amat diperlukan dalam diet 
anda. Anda juga lebih mudah kenyang hanya dengan makan epal. Kandungan 
5g pektin boleh mengenyangkan anda untuk tempoh sehingga 4 jam dan boleh
 didapati daripada 2 biji epal.
Barli
Barli kaya dengan fiber dan karbohidrat kompleks tetapi kurang kalori. Ia membantu proses pembakaran kalori dalam tubuh badan.
Kacang Hitam (Black Beans)
Merupakan makanan yang rendah kalori, mengenyangkan dan kaya dengan fiber.
Tembikai Susu Jingga (Rock Melon)
Anda pernah makan buah ni? Buah ini juga dipanggil cantaloupe di 
Amerika. Kaya dengan nutrient dan rendah kalori. Baik untuk kesihatan 
dan membantu meningkatkan imunisasi badan melawan penyakit.
Lobak Merah
Kaya dengan fiber, rendah kalori dan amat sesuai dimasukkan dalam menu 
pemakanan harian anda. Mengandungi lemak karotenoid iaitu bahan larut 
yang merendahkan risikao pelbagai jenis kanser dan radang.
Bijirin (Cereal)
Kaya dengan fiber. Kajian mendapati mereka yang amalkan makan bijirin 
semasa sarapan akan makan dalam kuantiti yang sedikit semasa makan 
tengahari berbanding mereka yang menikmati makanan kurang fiber semasa 
sarapan. Bijirin membuat anda cepat kenyang dan lambat berasa lapar.
Cili Merah
kandungan capsaicin dalam cili membantu mencegah pembentukan lemak dan 
mengurangkan rasa lapar. Ia juga membantu meningkatkan metabolisme badan
 untuk membakar kalori. Sebaiknya buang biji cili sebelum dimasukkan 
dalam masakan anda.
Fruit Smoothies 
 Merupakan minuman campuran buah-buahan segar yang dikisar bersama susu 
dan yogurt. Kaya dengan pelbagai nutrient yang terdapat dalam 
buah-buahan termasuk susu dan yogurt. Rendah kalori dan mampu 
mengenyangkan anda. Pastikan anda menggunakan susu rendah lemak.
Halia
Termasuk dalam kategori herba yang bagus dimasukkan dalam masakan anda.  Membantu proses pencernaan dan pembakaran lemak.
Teh Hijau
Kajian mendapati mereka yang minum the hijau setiap hari, tubuhnya 
membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang minum kopi atau 
minuman berkafien. Amalkan minum 2 cawan setiap hari.
Bawang merah
Kandungan bawang membantu mengurangkan lemak dalam yang terkandung dalam
 makanan anda. Oleh itu jangan lupa masukkan bawang dalam masakan anda.
Strawberry
Kaya dengan kandungan air dan fiber serta rendah kalori. Amat sesuai untuk anda yang sedang berdiet.
Tempe
Tempe diperbuat daripada kacang soya berprotein tinggi yang membantu 
proses menurunkan berat badan. Mengandungi 30% keperluan fiber yang 
disarankan untuk badan.
Rumput laut
Sayuran laut ini amat sesuai untuk mereka yang berdiet kerana kaya dengan nutrisi dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.
untuk program pengurusan badan lebih efektif dan lengkap sila ke sini. 






0 comments:
Post a Comment