Saturday 8 June 2019

Hari Raya 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Alhamdulillah.. Selesai sudah ramadhan kini tiba syawal yang dinantikan. Tema kali ini, biru..


Sedar tak sedar sudah 4+ tahun lebih meraikan hari raya bersama isteri dan keluarga tercinta. Tahun ni masih sambutan dibuat seperti tahun-tahun lepas.. Kadang rasa boring juga tapi ye la, mungkin dari sudut orang yang berjauhan dari keluarga, itulah masa yang dinantikan. hehehe..




Suasana raya tahun ni nampak sedikit sepi di kampung halaman, jarang nampak pula budak-budak datang beraya ke rumah-ke rumah. Mungkin budak-budak dah advance sekarang. Kalau dulu selalu juga datang walau kejap cuma sekadar nak duit raya..


Orang kata lepas puasa patut berat dah turun tapi nampaknya saya makin naik pulak.. ish ish.. ni la penangan mass gain(protein).. bukan nak turun tu tapi nak up lagi berat.. 



Raya tahun ni kat taman bunga, ambil foto buat kenangan sebelum spam ke rumah orang. So itu jelah ulang-ulang sampai tak tau apa nak buat.

InshaAllah di tahun hadapan nak raya kat tempat orang pulak lagi..
Kiranya nak bermusafir la.. Sekali sekala kan apa salahnya.

Okey lah, 

Sebelum mengundurkan diri, saya ingin ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf yg zahir dan batin.

Sehingga kita berjumpa di entry yang akan datang.

sekian.
MOHDNASYIT




Share:

0 comments:

Recommended Webhosting & Domain Services

HUBUNGI

Sila hubungi saya di:
email : admin@pullbackforextrading.com

ENJIN CARIAN GOOGLE