Friday 24 April 2020

PUASA HARI PERTAMA 2020

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Puasa tahun ni subhanAllah luar biasa sekali sebab tiada bazar(of coz tiada bazir juga..) dan berada dalam PKP/MCO.. Nampak agak sedikit sukar untuk tahun ni sebab dah tak bebas bergerak sana-sini hanya untuk membeli makanan kegemaran. Alasan nak keluar macam ni ofcoz tak boleh kan..

Tahun ni nak bayar zakat macamna ye?

Sekarang zaman yang sudah canggih jadi terima kasih kepada kecanggihan ini, kini ia memudahkan untuk urusan jual beli termasuklah membayar zakat.


Kadar zakat adalah RM5 dan RM7.. RM5 untuk yang terjejas pendapatan akibat COVID19 dan RM7 bagi yang OK2 je semasa COVID19 ni.. hehehe..

Bazar Online

Thanks to the Whatsapp dan Telegram, banyak peniaga beralih kepada online bisnes untuk meniagakan makanan masing-masing.

Cuma satu jadi persoalan, stok masih ada ke tu? ehhehe..
 


Nyum... semua nampak perfect. Tak dinafikan harga akan naik sikit sebab ada khidmat runner untuk hantarkan. Kat sini kena pakai runner sebab lebih cepat dan mudah.

Tak sangka tahun ini jadi macam ni pula.. Ingatkan tahun 2020 ini dunia semakin maju dan hebat.. Nampaknya kuasa Allah sekali lagi membukti semua ini milikNYA dan kita ini hanyalah kuman kenit yang suka membuat kerosakan sahaja.

Akhir kata..

Sebelum mengakhiri post ini, saya selaku pemilik blog ini mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa dan semoga amalan kita diterima hendaknya. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf dan berdoa semoga pesakit-pesakit COVID19 segera sembuh dan semoga wabak ini akan berakhir di muka bumi ini.

Sekian.

-MN-




Share:

0 comments:

Recommended Webhosting & Domain Services

HUBUNGI

Sila hubungi saya di:
email : admin@pullbackforextrading.com

ENJIN CARIAN GOOGLE