Tuesday 7 April 2020

VIRUS COVID-19 - TANDA KEBESARAN ALLAH

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..


Tahun ini menyaksikan satu pandemik yang kini sudah meragut nyawa 69,212 pada ketika artikel ini ditulis, dan juga lebih sejuta kes seluruh dunia menurut laman web rasmi WHO.

Virus COVID19 ini atau nama penuhnya, Novel Corona Virus yang mula merebak sejak 2019 kini sudah menjadi pandemik apabila ia tersebar luas ke seluruh dunia, menyebabkan banyak negara kini dalam perintah kawalan pergerakan dengan banyak aktiviti terpaksa ditunda dan dihentikan demi memutuskan rantaian virus ini.


Apa yang saya lihat...

Macam-macam ragam manusia dapat dilihat sepanjang bencana ini. Ada yang degil, ada yang suka menghina, ada juga yang didakwa kerana ingkar, ada yang kerugian perniagaannya, ada yang mendapat rezeki lebih dan tak kurang ada juga yang terserlah kebodohannya.

Hakikat sebenar yang wajib kita ambil serius

Apa yang lebih tepat kita fikir sekarang bukanlah sekadar mahu survive dari pandemik ini tapi juga inilah masanya kita muhasabah diri dan nilai balik selama kita sudah hidup di bumi Allah ini.

Tak ramai yang saya lihat betul-betul sedar bahawa semua musibah ini adalah bukti kekuasaan dan kebijaksanaan Allah.

Jika kita mengambil iktibar dari kisah-kisah kaum terdahulu, sebenarnya ia tidak jauh bezanya kerana mereka juga ditimpakan musibah akibat kerja tangan mereka namun bezanya kali ini ialah kita umat akhir zaman tiada ditimpakan musibah seperti mereka tetapi sebaliknya hanya virus sekecil kuman sahaja semua umat manusia merasa kesan akibatnya.

Hebat bagaimana sekalipun teknologi ketenteraan sesebuah negara itu semuanya kalah..
Sibuk melalaikan bagaimana sekalipun hiburan dunia itupun ia pun terhenti...
Hebat macamna sekalipun negara itu ia juga jatuh tersungkur...
Untung sebanyak-mana sekalipun bisnes si kaya raya tetap juga jatuh dan besar ruginya..

Negara yang ramai rakyatnya, yang ramai orang-orangnya yang hebat semua bersembunyi ketakutan lantaran virus yang halus dan tidak nampak ini boleh menyerang bila-bila masa dari pelbagai arah.

Inilah bukti bahawa semua yang ada di dunia ini milik Allah. Dia yang berhak memberikan, Dia juga yang akan mengambilnya semula.

Tidak sedarkah betapa pandemik ini bukti Allah menarik balik nikmat yang Dia berikan?

Dia berikan kita...

  • Kebebasan
  • Kemewahan
  • Kekayaan
  • Kesihatan
  • Nyawa
  • Harta dan Kebahagiaan
Dengan sekelip-mata sahaja semua ditarik balik dan apakah masih ada yang ego menyalahkan salah orang lain tapi tidak berfikir dari sudut lebih besar(bigger picture)?


Berdoa banyak-banyak

Bersama-samalah kita memohon kepada Allah agar memberi pelindungan buat kita semua dan memberi kesempatan kepada kita untuk bertaubat dan segera keluar dari musibah ini.

Amin..

-MN-


Share:

0 comments:

Recommended Webhosting & Domain Services

HUBUNGI

Sila hubungi saya di:
email : admin@pullbackforextrading.com

ENJIN CARIAN GOOGLE