CUTI-CUTI KL SEMPENA BIRTHDAY WIFE!

Alhamdulillah dapat juga akhirnya membawa wife bercuti ke KL!

ayam butter salted egg

My favourite recepi!

MASALAH URL WORDPRESS

Tertukar URL kemudian website rosak? Jangan panik. Saya ada penyelesaiannya.

MENGELUARKAN WANG KRYPTO DARI BINANCE KE MAYBANK

Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan bagaimana saya withdraw RM4,025 dari Binance ke akaun Maybank

uTorrent made easy!

Tutorial ringkas dan mudah menggunakan uTorrent untuk muat-turun file kegemaran anda.

Monday, 3 November 2025

KL 2025 - PART 1 KE MELAKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Syukur alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana berkat dariNya plan tahun ini berjalan lancar untuk bercuti ke Kuala Lumpur buat kali ke-2 selepas tahun lepas.

Sekarang ni agak susah nak plan bercuti memandangkan agak sibuk dan kekangan masa serta kesibukan yang tak menentu. Tapi kali semuanya berjalan dengan lancar dan baik sekali. InshaAllah di kesempatan akan datang kami plan pula nak bercuti di tempat lain. Luar negara, maybe? InshaAllah!

Trip kali ni kitaorg betul-betul berada di tengah-tengah bandar KL. Jadi senanglah nak dapatkan akses ke public transport seperti MRT, LRT untuk ke lokasi berhampiran.

Posting kali ni saya lebih kepada nak share photo-photo menarik sepanjang berada di KL.

Percutian kali ni dekat nak sebulan macam tahun lepas.. Ye la bukan senang nak ke sini ni. So bila ada kesempatan tu apa salahnya kan? 😂😂

PETALING STREET & PASAR SENI







Dataran Merdeka

















Selain KL kitaorang juga berkesempatan untuk pergi ke lokasi yang lebih jauh ke Melaka dan Pahang. Terima kasih buat sahabat tiktok yang sudi membawa begitu jauh.

MELAKA

Perjalanan ke sini agak memakan masa.. Saya pun tak ingat mungkin dekat 2 jam rasanya. First time sampai ke sini dan rasa teruja dapat lihat sendiri bangunan yang dulunya hanya nampak dalam buku teks sekolah. hahaha.. Belajar sejarah tempat ni memang best!

Bila melawat ke sini, tidak lengkap rasanya jika tak singgah ke muzium maritim Melaka. 

Di sana ada sebuah kapal replika yang sangat besar dan menakjubkan bernama Flor De La Mar. Kapal ni agak besar dan mempunyai 2 tingkat(jika tak silap) di mana setiap tingkat mempunyai pameran tersendiri yang unik dan menarik. Antara yang dipamerkan seperti matawang lama, replika kapal-kapal perang, meriam dan banyak lagi.

Bayangkan pada zaman dahulu tiada enjin kapal dan hanya berlayar menggunakan angin tapi dengan kapal yang sangat besar!





































Cuaca di sini agak panas, jadi kalau tak pakai sunscreen memang habis merahlah kulit muka. Kenangan pergi ke tempat ini memang menarik dan tak akan dapat dilupakan. Tak sabar untuk datang lagi ke sini di masa akan datang.

Terlalu banyak untuk saya muatkan dalam satu posting, oleh itu saya akan tuliskan lagi pada posting yang akan datang. Jadi untuk ini saya jadikan bahagian pertama dahulu.

Kita jumpa lagi!

Sekian,

MNN

Share:

Recommended Webhosting & Domain Services

HUBUNGI

Sila hubungi saya di:
email : mynasy8@gmail.com

ENJIN CARIAN GOOGLE