Featured post

Signboard Unik & Sepotong Kenangan di Kuala Lumpur

Signboard Unik & Sepotong Kenangan di Kuala Lumpur Kuala Lumpur bukan sekadar tentang bangunan pencakar langit atau kesibukan kota yang ...

Tuesday, 15 January 2013

Good Time with cik Sofie.. ^_^

Hello....!!!

It's been long time no wrote story bout her...
Yes it's about her.. my own cik sofie!!

Got to be missing her coz she's been far away from me this time..

Masa dah makin berlalu dan kitaorg pun dah makin rapat and banyak benda telah dibuat bersama-sama.. Which means, more memory together... :)

Cik Sofie bersama El Marino
 
We've been talking long time about creating business together.. She support me and i also support her..

Yes! She's in our clubhouse learn about Forex!


Dalam disember tahun 2012 lepas kitaorg spend sikit masa bersama..
Saya nak upload sikit foto-foto sepanjang masa tersebut..
Jom tengok kat bawah..



hehehhe. comel kan dia neh.. Pipi tembam and suara mcm budak2.. hahaha...

Okey la, that's for now..

Nanti saya update lagi blog ni..

Khas untukmu Cik Sofie...

Yang ikhlas,
Nasyit


Tuesday, 11 December 2012

9 Waktu-Waktu Doa Mustajab

 9 Waktu-Waktu Doa Mustajab
Ada waktu-waktu tertentu yang mempunyai nilai mustajab doa. Maka jangan sia-siakan kesempatan untuk berdoa di waktu itu.

1. Waktu sepertiga malam yang akhir
Sesungguhnya Rasulullah bersabda:
“Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya”. (HR Bukhari dan Muslim)

2. Sewaktu berbuka puasa bagi orang yang berpuasa

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”. (HR Ibnu Majah)

3. Doa selepas solat fardhu
“Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu” (HR Al-Tirmizi)

4. Doa di dalam sujud
“Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan” (HR Muslim)
“Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah berdoa” ( HR Muslim )

5. Sesaat pada hari Jumaat
“Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut”. (HR Bukhari dan Muslim)

6. Ketika Lailatulqadar
Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w:
“Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu say abaca? Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia . Kamu sukakan kemaafan . Jesteru , maafkanlah aku .” (HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi )

7. Ketika Hari Arafah
Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”. (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’waat 13/83)

8. Doa antara Azan dan Iqamah
“Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah .” (HR Al-Tirmizi)

9. Ketika Hujan
Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340)
Sumber : http://www.blogammar.com/9-waktu-waktu-doa-mustajab/

Thursday, 11 October 2012

Best author Rich Dad, Poor Dad, kini adalah 'bankrupt dad.'





Robert Kiyosaki
Busted: Financial author Robert Kiyosaki berhutang $24 juta dollar kepada orang yang telah membantu mempromosikan buku beliau.
Penulis Rich Dad, Poor Dad, kini adalah 'bankrupt dad', memfailkan muflis korporat terhadap salah satu syarikatnya setelah kalah penghakiman sebanyak 24juta dollar.

Mahkamah memerintahkan Robert Kiyosaki's Rich Global LLC untuk membayar sejumlah $23,687,957.21 kepada Syarikat Learning Annex dan pengasas serta pengerusinya, Bill Zanker.

"Kami telah letakkan jenama 'Rich Dad' dipersada antarabangsa namun apabila tiba kepada pembayaran, beliau(Robert kiyosaki) tidak mahu membayarnya," kata Zanker.

Dalam pada itu, Mike Sullivan, CEO kepada Kiyosaki’s Rich Dad Co., memberitahu bahawa Kiyosaki, adalah bernilai lebih $80 juta dollar, masih beroperasi dengan lancar dan terima kasih kepada pelaburan di syarikat lain. "Perjanjian bersama Learning Annex adalah dengan syarikat yang telah lama tidak beroperasi dalam berberapa tahun. Tidak hairanlah Learning Annex begitu marah dan kecewa kerana tiada wang dalam syarikat tersebut dan kami tidak dapat membawa wang keluar dari kumpulan tersebut.

Berita selanjutnya disini dan disini.


Tuesday, 2 October 2012

Feri kenderaan dan penumpang Labuan terbakar

02 oktober 2012 - Feri penumpang dan kenderaan, Wawasan Perdana harini mengalami kebakaran di bahagian atas feri pada awal pagi ini. Tiada kecederaan di laporkan setakat ini.