Assalamualaikum wbt..
hari ni 30.07.14 adalah hari raya ke-3 dah.. tapi rasanya masih belum terlambat untuk wish selamat hari raya kepada readers blog sy dan rakan-rakan blogger..
selamat hari raya aidilfitri serta mohon maaf zahir dan batin kepada anda semua yang membaca blog ini dan saya doakan semoga ceria dan sukses selalu!
sempena raya-raya ni, ramai yg dah snap foto dan share dgn rakan-rakan kat blog dan laman sosial(facebook, twitter, instagram dll).. so sy pun la sekali tak nak ketinggalan.. :p
yg benar,
mohd nasyit
Featured post
KL 2025 - PART 6: Malam di Kwai Chai Hong – Suasana Retro di Tengah Bandar
Selepas perjalanan panjang dari Melaka, kami singgah ke Kwai Chai Hong pada waktu malam — satu kawasan kecil di antara bangunan lama Chinat...
Wednesday, 30 July 2014
Sunday, 13 July 2014
Diet Atkins
Diet Atkins dipopularkan oleh Dr. Robert C. Atkins. Menurutnya, dengan meningkatkan penggunaan makanan yang banyak kandungan protein dan tidak memakan karbohidrat sama sekali selama dua hari pada minggu pertama diet dan selepas itu baru boleh mengambil karbohidrat dalam jumlah sedikit, membuat berat badan seseorang boleh dikurangkan cepat. Dr. Atkins menjanjikan kalau diet ini akan membuat si pelaku diet menurunkan berat badannya tanpa merasa lapar.
Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi,
mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api.
Ini bereti berat badan anda akan mula menyusut. Dr Atkins mula
mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan semenjak tahun
1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat
Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.
Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan
kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih
mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih
banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan
berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa
1-2 tahun kerana kebanyakkan diet yang diperkenalan menyebabkan mereka
sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet
itu buat masa yang lama.
Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan
mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam
karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan
yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.
Mekanisma Diet Atkins
Tubuh badan kita menggunakan karbohidrat sebagai sumber tenaga utama
dalam melakukan kerja harian. Karbohidrat akan dicerna di saluran
pencernaan menjadi bahan asas seperti glukos yang sering kita panggil
sebagai gula. Glukos akan menyerap ke dalam sistem darah dan
dikawal-atur oleh hormon yang digelar sebagai insulin.
Apabila kita makan, kandungan glukosa akan meningkat dan insulin akan
menjalankan peranannya untuk mengawal kandungan glukos supaya tidak
terlalu tinggi mahupun terlalu rendah. Glukos akan digunakan sebagai
tenaga untuk melakukan kerja harian.
Glukos yang berlebihan akan ditukarkan kepada glykogen.
Walaubagaimanapun, kapasiti glykogen tidaklah besar, maka glukos yang
tidak dapat ditukarkan akan disimpan sebagai lemak. Lemak mempunyai
kapasiti yang sangat besar, dan anda boleh lihat bagaimana seseorang
boleh menjadi sangat gemuk disebabkan pemakanannya.
Apabila kita mengamalkan diet rendah karbohidrat, tubuh badan kita akan
mencari sumber tenaga kedua iaitu lemak. Badan anda akan menukar sistem
daripada penggunaan glukos kepada lemak sebagai tenaga. Hasilnya, anda
akan mengalami penurunan berat badan hasil dari pembakaran lemak untuk
digunakan sebagai tenaga dalam aktiviti harian kita.
Diet Atkins mempunyai 4 fasa.
1. Fasa Induksi
2. Fasa OWL (Ongoing Weight Loss)
3. Fasa Pra-Pemeliharaan (Pre-Maintenance)
4. Fasa Pengekalan Sepanjang Hayat (Life Time Maintenance)
Fasa Diet Atkins Secara Ringkas
Fasa Induksi
Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Diet Atkins kerana
ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada
apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya
dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6
bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda.
Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda
menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda
patut berada pada tahap Induction.
Makanan yang dibenarkan dalam Fasa Induksi Makanan yang bersumberkan
protein seperti Daging, Ayam, Telur, Ikan , Tempeh, dan Taufu . Makanan
bersumberkan protein mempunyai kandungan karbohidrat yang sedikit
ataupun tiada. Fasa ini juga tidak mengehadkan kandungan lemak dalam
makanan anda. Beberapa sumber lemak yang dibolehkan dalam fasa ini ialah
Minyak zaitun, Butter, Mayonis, Minyak kelapa, dan Minyak kanola .
Fasa OWL (Ongoing Weight Loss)
Pada fasa ini, anda boleh mula menambah variasi makanan anda. Anda boleh
tambah beri dan kekacang. Pada masa ini anda boleh secara
perlahan-lahan menambah karbohidrat sebanyak 5 gram dalam satu masa
sehingga sampai satu tahap berat anda masih lagi mengalami penurunan. Ia
digelar, Tahap Karbohidrat Untuk Kurang Berat/ Carbohydrate Level for
Losing (CLL). Biasanya anda akan berada dalam fasa ini sekiranya tinggal
lagi 5 kg berat sahaja yang ingin anda kurangkan.
Fasa Pra-Pengekalan (Pre-Maintenance)
Fasa ini, anda boleh meluaskan lagi variasi makanan anda termasuklah
buah-buahan, sayuran, dan bijirin. Anda juga boleh menambah karbohidrat
sebanyak 10 gram dalam satu masa. Apabila anda telah mencapai matlamat
berat anda. Anda sudah tahu berapa banyak pengambilan karbohidrat yang
mengurangkan, mengekalkan, dan juga yang menyebabkan penambahan berat
badan.
Fasa Pengekalan Sepanjang Hayat (Life Time Maintenance)
Seperti yang dinyatakan, fasa ini adalah fasa yang terakhir di mana anda
perlu mengekalkan gaya pemakanan anda selama mana yang mungkin. Mungkin
sehingga akhir hayat anda. Anda sudah pun mencapai berat yang
diinginkan dan mahu memastikan ia tidak bertambah semula disebabkan
tabiat pemakanan lama.
sumber : http://feeyafariesya.blogspot.com
Saturday, 5 July 2014
Tips Menurunkan Berat Badan – Senarai Makanan Pembakar kalori
Berikut adalah antara senarai makanan pembakar kalori yang bagus untuk anda masukkan dalam menu pemakanan harian anda.
Oren
Buah oren adalah antara buah yang mengandungi banyak vitamin C. Kajian mendapati bahawa jika tubuh kekurangan vitamin C, pembakaran kalori dan lemak menjadi lebih sukar. Vitamin C bertindak sebagai ejen antioksida yang membantu mempercepatkan pembakaran kalori dalam badan. So, amalkan makan oren setiap hari untuk mempercepatkan pembakaran kalori.
Air Puti
Mesti ada dalam rumah kan? Air putih memainkan peranan penting dalam usaha menurunkan berat badan. Minum 8 gelas air putih setiap hari. Pengambilan air yang cukup akan membantu mempercepatkan pembakaran kalori dan ia juga baik untuk kesihatan kulit selain mengelakkan dehidrasi.
Ikan
Suka makan ikan? Mereka yang makan ikan 3 atau 4 kali seminggu mempunyai tahap leptin yang tinggi berbanding yang tak makan ikan. Leptin adalah sejenis hormone yang membantu mengawal selera makan dan juga memainkan peranan untuk menurunkan berat badan. Ikan juga kaya dengan omega 3 yang membantu mengawal gula dalam darah. Oleh itu masukkan ikan dalam menu anda.
Susu
Susu adalah pembekal utama kalsium untuk keperluan tubuh. Keperluan kalsium bukan hanya untuk menguatkan tulang malah membantu proses pembakaran kalori dalam tubuh (susu rendah lemak). Minumlah 2 gelas susu setiap hari.
Epal
Epal merupakan sumber pectin dan fiber yang amat diperlukan dalam diet anda. Anda juga lebih mudah kenyang hanya dengan makan epal. Kandungan 5g pektin boleh mengenyangkan anda untuk tempoh sehingga 4 jam dan boleh didapati daripada 2 biji epal.
Barli
Barli kaya dengan fiber dan karbohidrat kompleks tetapi kurang kalori. Ia membantu proses pembakaran kalori dalam tubuh badan.
Kacang Hitam (Black Beans)
Merupakan makanan yang rendah kalori, mengenyangkan dan kaya dengan fiber.
Tembikai Susu Jingga (Rock Melon)
Anda pernah makan buah ni? Buah ini juga dipanggil cantaloupe di Amerika. Kaya dengan nutrient dan rendah kalori. Baik untuk kesihatan dan membantu meningkatkan imunisasi badan melawan penyakit.
Lobak Merah
Kaya dengan fiber, rendah kalori dan amat sesuai dimasukkan dalam menu pemakanan harian anda. Mengandungi lemak karotenoid iaitu bahan larut yang merendahkan risikao pelbagai jenis kanser dan radang.
Bijirin (Cereal)
Kaya dengan fiber. Kajian mendapati mereka yang amalkan makan bijirin semasa sarapan akan makan dalam kuantiti yang sedikit semasa makan tengahari berbanding mereka yang menikmati makanan kurang fiber semasa sarapan. Bijirin membuat anda cepat kenyang dan lambat berasa lapar.
Cili Merah
kandungan capsaicin dalam cili membantu mencegah pembentukan lemak dan mengurangkan rasa lapar. Ia juga membantu meningkatkan metabolisme badan untuk membakar kalori. Sebaiknya buang biji cili sebelum dimasukkan dalam masakan anda.
Fruit Smoothies
Merupakan minuman campuran buah-buahan segar yang dikisar bersama susu dan yogurt. Kaya dengan pelbagai nutrient yang terdapat dalam buah-buahan termasuk susu dan yogurt. Rendah kalori dan mampu mengenyangkan anda. Pastikan anda menggunakan susu rendah lemak.
Halia
Termasuk dalam kategori herba yang bagus dimasukkan dalam masakan anda. Membantu proses pencernaan dan pembakaran lemak.
Teh Hijau
Kajian mendapati mereka yang minum the hijau setiap hari, tubuhnya membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang minum kopi atau minuman berkafien. Amalkan minum 2 cawan setiap hari.
Bawang merah
Kandungan bawang membantu mengurangkan lemak dalam yang terkandung dalam makanan anda. Oleh itu jangan lupa masukkan bawang dalam masakan anda.
Strawberry
Kaya dengan kandungan air dan fiber serta rendah kalori. Amat sesuai untuk anda yang sedang berdiet.
Tempe
Tempe diperbuat daripada kacang soya berprotein tinggi yang membantu proses menurunkan berat badan. Mengandungi 30% keperluan fiber yang disarankan untuk badan.
Rumput laut
Sayuran laut ini amat sesuai untuk mereka yang berdiet kerana kaya dengan nutrisi dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.
-admin-

Thursday, 3 July 2014
NASI AYAM HAINAN
NASI AYAM HAINAN
BAHAN BAHAN
1 ekor ayam
kosher salt
4'' halia muda saiz 1/4'' setiap satu
2 batang daun bawang saiz 1" setiap satu
1 sudu kecil sesame oil
UNTUK NASI
2 sudu besar chicken fat atau 2 tbsp vegetable oil
3 ulas bawang putih - cincang
1'' halia muda - cincang
2 cawan beras basuh dan rendam dalam 10 minit
2 cawan air rebusan ayam
1/2 sudu kecil sesame oil
1 sudu kecil kosher salt
UNTUK SOS CILI
1 sudu besar air perahan limau nipis
2 sudu besar air rebusan ayam
2 sudu kecil gula
2 sudu besar sriracha chili sauce
4 cili merah dan sedikit cili padi
4 ulas bawang putih
1'' halia
sedikit garam
UNTUK SOS AYAM
1 sudu besar minyak garlic
1 sudu kecil sesame oil
5 sudu besar light soya sauce
1 1/2 sudu besar gula
3 sudu besar air rebusan ayam
UNTUK HIASAN
1/4 cawan dark soy sauce
Sedikit daun ketumbar
1 timun
CARA CARA
1. Bersihkan ayam dengan menggosok
kulitnya dengan garam luar dan dalam bagi menghilangkan sebarang
kekotoran. Bilas. Lumurkan garam luar dan dalam. Masukkan halia dan
batang daun bawang ke dalam ayam. Letakkan ayam ke dalam periuk besar
dan isi dengan air setinggi 1 inci menenggelamkan ayam. Panaskan dengan
api yang besar sehingga menggelegak. Sebaik memggelegak, perlahankan
api bagi air mendidih perlahan selama 30 minit. Cucuk dengan chopstik di
bahagian paha untuk melihat samada ayam dah masak.
2. Selepas ayam masak, tutup api,
keluarkan dan rendam ayam dalam air ais untuk menyejukkannya dan
menghentikan proses ayam dari terus masak. Ini akan menjadikan kulitmya
rangup dan isi nya lembut. Buang halia dan daun bawang. Simpan air
rebusan untuk kegunaan lain.
3. Untuk memasak nasi: Tos beras yang
direndam. Panaskan 2 sudu besar minyak dari lemak ayam, masukkan bawang
putih dan halia sehingga wangi. Masukkan beras dan goreng sekejap
dalam 2 minit. Masukkan minyak sesame dan garam. Masukkan air rebusan
ayam dan masaklah dalam periuk elektrik. Jika suka boleh juga letak daun
pandan.
4. Sementara nasi masak, keluarkan ayam
dari air ais dan lumurkan luar dan dalam dengan minyak sesame. Potong
ayam untuk dihidangkan. Atau boleh juga, dipotong dahulu sebelum
melumur. Sebelum dihidang, tuang sos ayam ke atas ayam yang dipotong
5. Untuk membuat cili sos: Kisar semua bahan sehingga halus.
6. Untuk membuat sup: Panaskan sup dan masukkan garam dan masukkan bawang goreng atau daun bawang sebagai hiasan.
Hidangkan nasi ayam dengan sos cili,
dark soy sauce, hirisan timun dan sup. Letakkan daun ketumbar atas ayam
dan sedikit atas nasi.
| antara bahan diperlukan |
| gosokkan ayam dengan garam di bahagian luar dan dalam |
| masukkan halia dan daun bawang ke dalam ayam |
| rebus hingga menggelegak dan kemudiannya api diperlahankan |
| setelah masak rendam ayam dalam air ais |
| potong ayam sebelum dilumur sos ayam |
| lumur sos ayam sebelum dihidangkan |
| minyak dari lemak ayam diguna untuk menumis bawang putih dan halia |
| goreng beras sebelum dimasukkan minyak bijan dan garam |
| bahan untuk dibuat sos cili |
| sos cili yang sudah siap |
| sos ayam. sos cili dan sayuran |
| siap untuk dinikmati ... silakan |
Subscribe to:
Comments (Atom)
-
Sekarang semua pun mudah sebab adanya online. So lepas ni kalau nak uruskan kenderaan terutamanya di WP Labuan, mengenai duty stamp tu boleh...
-
Alhamdulillah hajat nak pergi bercuti akhirnya tercapai. Tahun 2024 sempena harijadi wife, dapatlah raikan di Kuala Lumpur. Happynya si dia(...
-
Selalu dengar mengenai crypto exchanger ni dan pernah dapat offer untuk menerima payment melalui crypto tapi tak pernah pula nak mencubanya....