Friday, 10 May 2013

GAMBAR CICIT RASULLULAH YANG COMEL


Adakah anda ingat lagi apakah gelaran Rasulullah s.a.w untuk zaujahnya (isterinya), iaitu Saidatina Aisyah R.A? Tak ingat...mungkin?

Sebenarnya, Rasulullah s.a.w pernah menggelar Saidatina Aisyah R.A dengan gelaran Al-Humaira yang bermaksud putih kemerah-merahan. Apakah kaitan dengan gambar budak comel yang dibawah?


Rasanya ramai yang akan tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik pipi yang putih kemerah-merahan ini.

Sebenarnya beliau adalah cicit Rasulullah, iaitu anak ulamak besar Madinah Al-Munawwarah, Sayyid Yusuf Halim anak Syeikh Jameel Halim Al-Husaini. Keturunan Rasulullah s.a.w melalui Sayyidina Husain.


Subhanallah Maha Suci Allah, cicitnya saja dah comel begini, apatah lagi datuk-datuknya?
Mari kita bersama-sama selawat ke atas junjungan Nabi Muhamad S.A.W.
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu
أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat
أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa
يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat
مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat
مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat
عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh
وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya

Thursday, 2 May 2013

Cinta Itu Memberi Dan Menerima


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca saya.

Apa khabar semuanya? Kali ini saya ingin membincangkan tentang tajuk membei dan menerima.

Sememangnya dan perhubungan dua hati pasti ada satu pihak memberi dan satu pihak menerima. Tetapi lebih indah jika keduanya saling memberi dan menerima agar sama-sama mengecapi nikmat kebahagiaan yang diimpikan.

Apabila menyintai kita selalu saja mengharap itu ini dari pasangan kita, sehingga kita lupa seharusnya kita patut bersikap ikhlas memberi dengan hati terbuka buat insan tersayang. Jika kita memberi kasih sayang dan segala perhatian kepadanya dengan tidak mengharapkan balasan insya Allah akan kita terima sesuatu yang bermakna dalam hidup yang tidak kita jangkakan.
Memberi adalah satu sikap yang mulia. Hati kita lebih tenang memandangkan kita nampak insan tersayang menerima sesuatu dari kita dan dapat melihat mereka bahagia berbanding kita sering berharap diberi itu atau ini dari si dia dan akhirnya kita merana kerana dia tidak mampu memberi perhatian atau apa saja yang kita harapkan darinya.

Jika mula menyayangi seseorang tanamkan lah dalam diri bahawa kita ingin memberi dan membahagiakan dia tanpa mengharapkan dia membalasnya kembali. Allah itu Maha Adil, pasti kebahagiaan akan menjadi milik kita suatu hari nanti…insyaAllah


Sumber 

Saturday, 6 April 2013

Cara-cara menukar Ayat asal 'LINK WITHIN'

Bagi sesiapa yang menggunakan linkwithin pada blog, sememangnya akan muncul satu ayat yang telah di'set'kan secara automatik semasa meletakkan gadget tersebut.

Bagi bahasa melayu, akan keluar ayat, "Anda mungkin juga meminati" dan bagi english "You may also like these stories"..
 jika ia ditukar menjadi seperti dibawah rasanya lagi cool..betul x?
Untuk menukar ayat seperti diatas sangatlah senang

1)Login akaun blogger anda,kemudian pilih dashboard>Design>Page Elements
2)Cari elemen untuk LinkWithin dan kemudian klik edit
3) Daripada kod yang dipaparkan, tambah kod ini dibahagian atasnya
<script>linkwithin_text='AYAT ANDA DISINI'</script>

Kod anda sepatutnya seperti ini

Tuesday, 26 March 2013

Berfikiran Negatif yang GAGAL sepanjang zaman

Tu la buruknya berfikiran negatif... selalu nak sabotaj diri sendiri dan orang lain. Namun bila kita 'push' keupayaan sampai ke 'limit'nya, terbukti tiada yang mustahil...





Jangan lupa share yer! :)




Ramalan hari kiamat yang GAGAL sepanjang masa


Saturday, 23 March 2013

Monday, 18 March 2013

Sweet Entry from miss Sofie!!




Oh this is great..

http://www.sofinahlamudin.com/2013/03/i-like-way-you-read.html

Akhirnya ada juga org perasan cara sy baca buku dan menggunakan buku.. hehehe...



penuh gaya gtu kan.. ehehehhehee....

nak tahu lebih lanjut sila ke entry beliau yer..

Thanks a lot..

-Nazz-

Tuesday, 26 February 2013

26.02.13..It was my 25th Birthday!!! YESSS







Assalamualaikum wbt..

Yaaaaa harini 26 febuari adalah harijadi sy dan kali ni sy sambutnya bersama Cik Sofie tersayang.. Very sweet and touching pula harini sbb tepat2 jam12 td beliau publish entry khas untuk sy..

Baca kat sini yer >>> http://www.sofinahlamudin.com/2013/02/12-am-26-02-2013.html

WAAAAAAAAAAAAAAAA... VERY SWEET....

I felt so special... hehehe


Okey, can't wait for tomorrow..


Wanna meet her..


Your beloved,
Mohd Nasyit



Tuesday, 12 February 2013

Dirinya dan diriku..





Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada saat aku menulis blog ini jam sudah pun 1:20 am... Oh sudah lewat tapi masih tak tidur-tidur lagi..

Kemarin pada waktu CNY, aku sempat meluangkan masa bersamanya dan sempat mengambil berberapa foto yang menarik..

Kat FB dia tadi dia ada edit dan post kat timeline.. So senang la nanti nak refresh balik kenangan tu..

Mesra kan? hehehe.. :)





Serius!!! Aku tak pernah bergambar dengan begitu mesra walau dengan sesiapa sekali-pun..

Okey, that's enough.. Time to sleep..

Selamat subuh...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua...

Sweetdream..

Yang tulus ikhlas dari hati,
MohdNasyit




Saturday, 9 February 2013

Aku, dirinya, impian dan dot dot dot






Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada smua readers yang saya hormati sekalian..

Bismillah...

Harini, 09 febuari 2013 saya kembali menulis blog ini...
Lama bercuti sebab bz dengan bermacam-macam aktiviti trading...

Harini saya nak tulis lagi berkaitan dia.. Yes!!! Dia la, sapa lagi kalau bukan si Cik Sofie...

Dia ni special orangnya.. comel dan mcm budak-budak... Sejujurnya tak pernah jumpa seorang yang macam dia ni.. Sangat-sangat comel orangnya daripada pertuturan, telatah dan juga suaranya.. Semuanya cute. Orangnya pun kecik molek jer!! waaa so complete package. Beruntung saya tau.. Kau ada??? hahaha

RESIGN?

Ya, dia sudah resign dari tempat kerja dia dahulu iaitu Diamoney. So sekarang dia sedang buat fulltime bisnes internet dan juga trading forex. WOW! dia pun trading forex? hehehe.. yeah sudah tentu la kalau dah boyfriend dia pun FullTimeTrader(FTT) of coz dia pun akan join sekali.. heheheh..

Bisnes internet.

Dia dan rakan baik dia(yang juga ex-diamoney), cik FaraNiza sedang buat biz online kat facebook. Jom skodeng kejap biz mereka...!! HEHEHEHE...

Ni link ke page bisnes mereka kat facebook tu ---> BBLITTLEGIFT

Jom kita tengok apa prodak yang mereka sedang promo. Jomm!!!





Kesemua barangan tersebut dijual pada harga sekitar RM1~1.50... :)
Jika berminat boleh la lawati fanpage mereka dan membuat tempahan online. :)

Blog si dia...??
Dia update entry post dia berkenaan bulan januari dan febuari.. Klik sini untuk membaca entry beliau.

Quote yang menarik perhatian saya dri tulisan beliau, "ADA MASA TIADA DUIT. ADA DUIT TIADA MASA."
Sumber : Klik Sini.

Ada betul juga tu kan, kekadang kita ada banyak masa terluang tapi masalahnya tak ada duit pulak, tapi boleh jadi juga waktu tu kita punyai banyak wang tapi tak ada masa.. So apa sebenarnya yang kita mahukan kat sini?? Dalam fikiran saya cuma ada satu.. Iaitu KAYA.. kita semua mesti kaya agar kita punyai masa dan wang.. Atau dalam bahasa lainnya, KEBEBASAN MASA DAN KEWANGAN..

Header Baru.


Boleh tahan dia buat editing ni.. Thanks anyway sebab rasa sangat special pulak. Sebelum ni tak pernah ada orang buat macam ni kat saya. So she's the first! TQVM dear!!

Blog tentang kami.

Terbaru, dia ada buatkan satu blog. Actually ia bukanlah blog baru namun ia adalah blog lama yang dikemas-kinikan dan di sana di khaskan hanya untuk kami berdua.. hehehe.. so sweet betul dia ni. :-)

 
Sampai di sini dulu.. :-)

Okey la, memandangkan hari dah lewat, dan saya pun baru selesai siapkan projek IM yang berikutnya dalam bulan ini. so sampai di sini dahulu yer..

Sehingga kita bertemu di entry seterusnya..

Sekian terima kasih!

Assalamualaikum.

Yang tulus ikhlas,
MohdNasyit