Featured post

KL 2025 - PART 6: Malam di Kwai Chai Hong – Suasana Retro di Tengah Bandar

Selepas perjalanan panjang dari Melaka, kami singgah ke Kwai Chai Hong pada waktu malam — satu kawasan kecil di antara bangunan lama Chinat...

Tuesday, 22 October 2013

coretan kisah lalu



Sekarang tepat jam 12:54.. mata ngantuk tp aku masih blum nak tdur..

Harini baru launch minisite dah dapat RM200 daripada... actually 1 sen modal pun tak keluar.. percaya atau x terpulang.. Syukur alhamdulillah kpd Allah masih bermurah mahu memberikan rezkinya kpd hamba-Nya yg angkuh dan sombong ni.. Terima la taubat hamba-Mu ini ya Allah.. :'(

Okey, sempat tadi jenguk blog si dia.. hehehe... sini blog dia cepat klik..
Terlihat 1st post dia..


100% SETUJU. Ya memang tu la hakikatnya.. bila senang mula la sombong kan..
jangan kita mudah smbong dengan kesenangan yang sedikit. nnt Allah tarik balik susah tau.

kat tepi post tu pula.. ada sedikit tulisan ringkas..


Cuba lihat tu, 'persinggahan dunia?',, oh sedih pulak bunyinya.. :'(
BTW ia adalah coretan perjalanan hidupnya dari 1990 hingga sekarang(2013)..

Coretan? wah banyak pulak dia ingat.. nampak sungguh betapa dia menghargai kehidupannya..
So aku pulak mcmna??..

hahaha.. ok sejujurnya aku tak la mau ingat sgt zaman kanak2 tu.. pastu naik ke sekolah menengah pun sama jga.. x byk nak aku ambil tahu sgt pun..

mari kita buat ringkasan tentang suatu masa lalu dalam hidupku ini.. kekeke.. sayu pulak bunyinya...


1988 - Aku lahir tahun ini..
1994 - Tadika di kampung ganggarak
1995 - 2000 - Sekolah rendah kebangsaan lubok temiang
2001 - 2003 - SMK Lajau
2004 - 2005 - S.M Teknik Labuan(kini dikenali sbg Kolej Vokasional)
2006 - PLKN
Disember 2006,2007 & 2008 - IKMKK
2008 - Tamat pengajian. Pastu buat Bisnes jual alat-ganti kereta & Car wash.
2009 - Bisnes cendawan tiram kelabu
Julai 2009 - Full time trader dan Internet marketing sampai harini..

Okey tu jer serba ringkas..

nak tulis panjang-panjang pun takde juga bestnya.. hehehe



ok sampai sini dlu.

Sekian wassalam.
-nasyit-






Monday, 21 October 2013

Cara sebenar buat duit dari clickbank(Terjemahan dari How To Really Make Money with Clickbank).

Cara sebenar buat duit dari Clickbank(Terjemahan).
*Sesetengah kandungan diubah mengikut pemahaman penterjemah.



Berikut adalah model perniagaan yang saya gunakan untuk membuat beribu-ribu ringgit setiap minggu dengan Clickbank. Post ini agak panjang dan terperinci (lebih 2,300 perkataan). Saya menggalakkan anda untuk membaca keseluruhan maklumat yang terkandung pada entry ini kerana model ini sangat berkesan dan telah terbukti berkali-kali oleh saya sendiri dan pemasar affiliate yang lain. Walaupun model ini menunjukkan bagaimana untuk buat duit dengan Clickbank, namun model juga boleh digunakan untuk mana-mana rangkaian affiliate yang lain atau produk (walaupun blog ). Saya cenderung untuk memasarkan produk dari Clickbank kerana perniagaan berasaskan maklumat adalah salah satu produk yang paling mudah untuk dipromosi dan dijual di Internet.

Pemasaran cara Hit And Run adalah Tidak Efektif
 

Kebanyakan pemasar affiliate yang baru menceburkan diri ke dalam dunia perniagaan internet sering melakukan apa yang saya panggil sebagai Hit and Run affiliate. Ia adalah model yang mereka semua biasa mereka dengar dan hanya itu yang mereka ketahui dalam kebanyakkan masa. Hit and Run marketing adalah seperti berikut;
  1.     Pilih (atau mana-mana gabungan ) Produk Clickbank untuk menggalakkan
  2.     Menghantar lalu lintas ke halaman arahan dengan PPC / PPV
  3.     KEUNTUNGAN !
Saya pasti anda semua pernah mendengar cerita-cerita daripada pemasar affiliate yang membelanjakan $ 10K sehari untuk menjana $ 20K ? Ia bunyi yang hebat bukan? Satu-satunya masalah di sini adalah tidak ramai sebenarnya pemasar affiliate yang boleh melakukan demikian. Lagipun , mereka yang membuat keuntungan dengan menggunakan model Hit and Run ini hanya  menghabiskan wang yang banyak sahaja. 
  
Membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk pengiklanan semata-mata untuk seorang pelanggan sahaja yang anda tak mungkin lihatnya lagi adalah perkara paling bodoh untuk dilakukan dalam perniagaan. Ia sama seperti membelanjakan $ 50K pada iklan muka depan di Wall Street Journal untuk mendapatkan pelanggan-pelanggan yang membeli satu item dan kemudian tidak pernah melawat kedai anda lagi. Bilangan mereka akan terus menurun dalam tempoh kurang daripada enam bulan itu.
  
Satu lagi masalah dengan model Hit and Run ini adalah ia agak tidak stabil. Anda perlu membelanjakan wang secara berterusan untuk pengiklanan atau jualan anda akan terhenti. Anda mungkin kehabisan wang seamta-mata untuk Tweaker iklan / kata kunci / halaman arahan, kerana persaingan boleh menaikkan bidaan harga keywords yang anda perlu bayar sehingga ke satu point di mana anda sudah tidak boleh membuat apa-apa keuntungan lagi.
 
Perniagaan sebenar Adalah Dibina Pada Pelanggan Berulang

clickbank

Terlalu banyak yang fikir bahawa pemasaran internet adalah suatu permainan(game). Ia bukan. Ia adalah perniagaan sebenar yang dibina di atas pelanggan berulang. Restoran tidak boleh hidup dengan pelanggan kali pertama sahaja. The Store Apple, atau mana-mana kedai runcit, akan kerugian besar dalam masa beberapa bulan sahaja jika pelanggan mereka datang ke kedai hanya sekali dan tidak pernah datang lagi.

      
Jika seseorang membeli satu produk Apple, maka dia cenderung untuk membeli produk lain daripada Apple. Perkara yang sama adalah benar untuk pemasaran affiliate. Jika seseorang membeli produk Clickbank dari anda, dia mungkin akan membeli yang lain lagi. Tetapi itu tidak akan berlaku jika semuanya anda lakukan secara pemasaran Hit and Run kerana anda tak mungkin dapat melihat mereka lagi selepas itu. 
   
Perniagaan ulangan adalah kunci. Ia adalah lebih mudah dan lebih murah untuk pasaran kepada pelanggan berulang daripada mencari pelanggan yang baru. Malah, secara puratanya perbelanjaan dalam  perniagaan memerlukan sebanyak tujuh kali lebih daripada kos asal semata-mata untuk untuk mendapatkan pelanggan baru berbanding jika kita mengekalkan saja pelanggan yang sedia ada. Apabila anda melakukan pemasaran affiliate secara Hit and Run, anda sebenarnya telah membelanjakan wang 7X lebih besar untuk memperoleh pelanggan untuk orang lain ! Jelaskan kenapa pemasaran secara Hit and Run tidak efektif lagi??
   
Model Affiliate Clickbank yang berkesan
 
Model perniagaan Clickbank saya adalah lebih kompleks daripada model Hit and Run.
Ia akan memerlukan lebih banyak kerja di pihak anda namun cara ini lebih baik untuk anda bagi jangka masa panjang berbanding anda melakukan pemasaran Hit and Run. Berikut adalah langkah-langkahnya;

  1.     Pilih siri produk-produk Clickbank dalam bidang yang sama untuk menggalakkan
  2.     Buat E-book percuma tentang khusus untuk memberikan
  3.     Buat halaman squeeze yang menawarkan ebook percuma
  4.     Menghantar trafik ke laman Squeeze tersebut
  5.     Tangkap perhatian trafik pada laman Squeeze tersebut
  6.     Gunakan autoresponder e-mel yang berkaitan dengan produk-produk Clickbank
  7.     Lihat wang masuk berganda-ganda ke akaun clickbank anda!
Perbezaan utama di antara model saya dengan model hit and run adalah saya membina asas pelanggan. Bukannya menghantar menuju terus ke halaman pembelian Clickbank untuk membeli produk sedangkan saya tidak akan pernah pernah melihat mereka lagi, saya menghantar mereka ke laman squeeze page saya untuk mendapatkan e-mel mereka supaya saya boleh memasarkan produk kepada mereka untuk seminggu, sebulan dan tahun-tahun akan datang. Ini adalah satu kaedah pemasaran yang lebih berkuasa.
   
Wang didalam senarai nama emailSemua pemasar affiliate terkenal seperti Frank Kern , John Reese, Shoemoney , dan lain-lain Mereka semua mempunyai senarai mel yang banyak. Dan kerana mereka mempunyai senarai yang besar, mereka tidak perlu menghabiskan beratus-ratus ribu setiap bulan untuk pengiklanan. John Reese merujuk kepada senarai seperti ATM beliau. Beliau boleh membuat pemasaran pada bila-bila masa saja yang beliau mahukan.  
    
Apabila Shoe melancarkan Shoemoney Sistem di Clickbank , beliau membina senarai prelaunch lebih 100,000 nama. Sementara Shoe melakukannya dengan baik dengan sistem beliau, bahawa senarai beliau yang beliau bina itu memberikan lagi tambahan $ 1 juta setahun kerana dia dapat menggunakan senarai tersebut untuk mempromosikan produk berkaitan lain yang pula.Jika anda mahu menjadi pemasar besar Clickbank affiliate (atau blogger ), anda benar-benar memerlukan senarai e-mel . Itu adalah asas pelanggan anda. Tanpanya, anda cumalah seorang hit and run marketer semata-mata. Hentikan membina pelanggan untuk orang lain sebaliknya binalah rangkaian pelanggan untuk diri sendiri.
  
Langkah 1 - Pilih Siri Clickbank Produk

Clickbank Marketplace
  
Langkah pertama untuk membuat wang dari Clickbank adalah dengan memilih pada niche yang anda mahu sasarkan. Sebaik-baiknya, pilih secara khusus kepada yang anda punyai pengetahuan dan minat mengenainya. Jika itu tidak berlaku, maka anda masih boleh membuat wang dengannya tetapi ia tidaklah mungkin mudah bagi anda.

             
Clickbank Marketplace mempunyai senarai beribu-ribu produk untuk anda promosikan. Anda boleh menyusun hasil carian berdasarkan komisen, jualan, popular dan juga kriteria lain. Saya suka untuk mendapatkan salinan produk sebelum membuat keputusan sama ada untuk mempromosikan ia. Anda boleh e-mel kepada pengiklan untuk salinan atau membelinya dari mereka dan kemudian refund kembali jika anda tidak mahu untuk mempromosikan ia. Semua produk Clickbank yang dilindungi oleh polisi 60 hari wang dikembalikan.
     
Langkah 2 - Buat E-book Percuma
                
Cara terbaik untuk membuat orang memberi anda alamat e-mel mereka adalah untuk menawarkan mereka sesuatu secara percuma. Ini adalah di mana e-book itu masuk Anda boleh menulis sendiri atau sewa orang lain untuk menulisnya. Anda boleh memberikan produk ebook PLR kalau mahu, tapi saya cadangkan anda menulis sendiri atau upah orag lain untuk buat penulisan. Kualiti PLR memberikan banyak faedah yang diinginkan. 
                          
E-book percuma tidak perlu sangat besar , 20 hingga 60 muka surat sahaja yang perlukan , akan tetapi ia perlulah meliputi bidang yang sama seperti produk-produk Clickbank anda ingin promosikan. Inilah sebabnya kenapa saya galakkan anda memilih untuk memasarkan produk yang anda minat dan punyai pengetahuan mengenainya.

 Langkah 3 - Buat Squeeze Page Untuk Mempromosikan E-book ini 
  
Affiliate Marketing 101 
     
Sebuah laman queeze yang efektif mestilah yang ringkas dan tidak terlalu banyak maklumat untuk dilihat. Laman landing page ini bertindak sebagai pengumpul email untuk mailing list melalui subscriber yang berpotensi menjadi pelanggan.
 
Gambar raha di atas adalah landing page milik Jonathan Volk. Dengan menawarkan Panduan Pemasaran Affiliate 101 beliau secara percuma, Jonathan mampu untuk mendapatkan 50% daripada orang yang melawat laman landing page ke dalam senarai e-mel beliau .

Cara yang paling mudah untuk menghasilkan laman squeeze adalah dengan Squeeze theme oleh
Unique Blog Designs. Theme ini dikuasakan oleh WordPress yang seterusnya membolehkan anda untuk membuat laman squeeze anda dalam masa beberapa minit sahaja.
  
Ia semudah memilih tema yang dimahukan, masukkan photo dan text ataupun video jika mahu dan seterusnya code email autoresponder anda dan biar sahaja ia bekerja untuk anda(mengumpul email).
 
Langkah 4 - Hantar Trafik Untuk The Squeeze Page

Setelah laman squeeze telah disiapkan , anda perlulah menghantar trafik ke laman tersebut .
Cara yang paling cepat untuk berbuat demikian adalah dengan menggunakan Adsense PPC(pay per click) atau pengiklanan berbayar. Walau bagaimanapun , itu juga merupakan cara yang paling mahal. Terdapat lebih banyak cara yang lebih rendah atau kaedah percuma untuk menjana traffic. Sedikit kreativity boleh digunakan sini untuk hasil yang lebih baik.

Cuba untuk berfikir di luar kotak untuk membina traffic di sini.
Lihatlah apa yang Jonathan lakukan untuk eBook beliau. Daripada menggunakan PPC untuk menghantar trafik ke laman squeeze, beliau mmebuat pertandingan di mana hadiah tiga Apple iPad di tawarkan kepada mereka yang paling ramai membawa traffic ke laman squeeze.
 
Ketiga-tiga iPad memakan kos kira-kira $ 1,800. Tidak murah tetapi tidak melebihi daripada bajet bagi seseorang yang benar-benar ingin membina perniagaan pemasaran affiliate sebenar. Setakat ini , promosi Jonathan telah berjalan dengan sangat baik dan dia dapat membina senarai lebih 10,000 nama sebelum pertandingan berakhir lagi. Jika 100,000 nama-nama yang bernilai $ 1 juta setahun , 10,000 nama-nama yang akan bernilai $ 100,000 setahun . Itu bukanlah pulangan yang buruk kepada kos $ 1,800 tadi!

Langkah 5 - Tangkap Perhatian

$1 Aweber Offer
  
Tangkap perhatian orang yang mempromosikan laman squeeze anda adalah penting untuk membina rangkaian email list anda. Cara terbaik adalah membuat pertandingan di mana sejumlah hadiah di tawarkan dalam masa singkat.

Pada ketika Squeeze page anda berfungsi untuk mengumpul list email, anda juga perlukan satu sistem untuk mengendalikan host kepada semua email tersebut. Salah satu yang paling popular adalah Aweber. Ia sesuai untuk membuat follow-up, kempen pemasaran dan newsletter kepada subscriber.


 Langkah 6 - Sediakan perkhidmatan Auto Responder anda

Autoresponder adalah perkhidmatan automatik email mengikut masa dan waktu tertentu.. Apabila seseorang melanggan ke blog saya, mereka menerima berberapa siri responder e-mel secara automatik. E-mel ini adalah direka-bentuk untuk melakukan tiga perkara;
  1.     Membina hubungan dengan pelanggan
  2.     Mempromosikan blog dan jenama saya
  3.     Mengesyorkan produk dan perkhidmatan yang membantu menyelesaikan masalah pembaca
 


Email auto responder
 

Setting email pada autoresponder ini sangatlah mudah dan tidak jauh beza dengan menghantar email secara manual. Jika anda menggunakan Aweber, apa yang anda perlu buat adalah klik "Follow Up" pada tab mesej. Ini akan membolehkan anda membuat mesej follow up untuk dihantarkan ke subscriber anda pada hari lain yang anda setkan. Aweber juga membenarkan anda untuk membuat seberapa banyak sekalipun respon autimatik yang anda mahu.

Selain dari menghantar email secara auto, anda juga boleh gunakan kemudahan yang ada ini untuk membina hubungan bersama pelanggan. Kemudian email-email ini ada boleh gunakan untuk mempromosikan prodak-prodak dari clickbank. Cara sebegini jauh lebih berkesan berbanding cara Hit and Run yang diterangkan pada awal-awal artikel ini. Melalui kajian juga didapati prospek tidak terus membeli hanya melalui email pertama.

 

Langkah 7 - Watch Rak Wang Sehingga Dalam Akaun 
7 Day Clickbank Earnings 
 
Anda kini mempunyai formula untuk membuat sejumlah besar wang dengan Clickbank (atau mana-mana rangkaian affiliate yang lain).

Ia memerlukan kerja yang lebih daripada model hit and run akan tetapi ganjaran adalah lebih tinggi untuk jangka masa panjang. Saya berharap anda menikmati pos ini dan saya berharap ia dapat membuka mata anda kepada apa yang benar-benar diperlukan untuk buat duit dengan Clickbank. 
 
SUMBER ASAL

Saturday, 19 October 2013

maaf..

Assalam...

Berlaku sesuatu berberapa hari lepas dan harini ia berakhir dgn permohonan maaf... 

Berikut firman Allah SWT mengenai 'maaf'..

Firman Allah SWT:
“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu?”
(Surah an-Nur : 21)

“Maafkanlah semua orang sebelum anda tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda”
~ Pesanan dari Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah


  "Itukan suatu pengakhiran yg baik. So terima la permohonan tersebut kerana perbuatan saling memaafkan itu amalan mulia."

p.s: Jadilah seorang yg sntiasa pnyabar dan memaafkan. Kerana sesuangguhnya org yg pemaaf dan pnyabar ni hatinya tenang selalu... :)


Yg benar,

mohdnasyit


Sedikit tentang MK

Mary Kay...

Pada saya ini 1 peluang perniagaan kecantikan yang sungguh ekslusif buat wanita.

Jom tengok sejenak video event Mary Kay..



Wow.. sungguh menarik.. terasa mcm bintang glamour yang terkemuka pulak..

Saya kenal Mary Kay ni sejak berberapa tahun lepas lagi.. memang hebat produk mereka dan saya yakin market kecantikan ni sangat-sangat unlimited.. Ye la semua orang pun nak cantik.. Bila dah cantik, terasa pulak nak buka bisnes kecantikan.. Tapi modalnya punya la besar.. keuntungan dan jenama belum tentu lagi meletup kan..  hehehe.. <3

Anyway, maklumat lanjut pasal Mary Kay ni sila la layari ke http://www.marykay.com.my/

Sekian dulu buat masa ni...

Nazz


Friday, 11 October 2013

Kekuatan baru, semangat baru...

Harini down sangat sbb mcm2 masalah..

suram...

sepi...

dan akhirnya,

Didalam kesuraman, muncul sinar cahaya...



bak kata pepatah lagu, "kau menjelma, bercahaya.." hehehe... muah!!

Thanks a lot cik sofie!!!

lagu ini untukmu..



i love you forever my fiancee!

yg ikhlas,
mohdnasyit


Thursday, 19 September 2013

Rahsia disebalik bentuk kuku anda.

Rahsia disebalik bentuk kuku anda.

Kuku anda atau kuku pasangan anda jenis kuku yang mana satu?
1. Kuku pendek. Kuat kerja,ingin tahu,berdikari,akalnya boleh diguna pakai.

2. Kuku pendek,condong lebar. Suka mengkritik dan cepat marah.

3. Kuku lebar,panjang,bulat pada hujungnya. Orang yang pertimbangannya jelas dan masuk akal.

4. Kuku panjang berbentuk buah badam. Orang yagn tenang dan santai,suka berkhayal.

5. Kuku amat besar,segi empat. Bersikap dingin dan ego.

6. Kuku berbentuk baji. Sensitif belebihan.

Wednesday, 18 September 2013

13 Rekod Dunia Dipegang Bahtera Nabi Nuh A.S.

 1. Nabi Nuh Merupakan Nahkoda Tertua Di Dunia (berusia 600 thn)
Ibnu Abbas menceritakan bahawa Nabi Nuh diutus kepada kaumnya ketika berumur 480 tahun. Masa kenabiannya adalah 120 tahun dan berdakwah selama 5 abad. Dia mengharungi banjir ketika beliau berumur 600 tahun dan kemudian setelah banjir beliau hidup selama 350 tahun.

2. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Kapal Terbesar Di Dunia Yang Diperbuat Daripada Kayu
Ibnu Abbas menceritakan bahawa suatu ketika Nabi Isa menghidupkan Ham bin Nuh dan bertanya kepadanya kenapa rambutnya beruban, dia menjawab dia meninggal pada usia muda kerana ketakutannya terhadap banjir. Ia berkata bahawa panjang kapal Nabi Nuh a.s adalah 1200 Kubit dan lebarnya 600 Kubit dan mempunyai 3 lapisan.

3. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Alat Pengangkutan Laut Pertama Di Dunia
Allah membimbing Nabi Nuh a.s membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan taufan dan banjir. Bahtera Nabi Nuh a.s dianggap sebagai alat pengangkutan laut pertama di dunia.

4. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Alat Pengangkutan Laut Pertama Di Dunia Yang Diperbuat Daripada Kayu
Bersama para pengikutnya, Nabi Nuh mengumpulkan paku dan menebang kayu besar dari pohon yang beliau tanam selama 40 tahun.

5. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Kapal Bertingkat Pertama Di Dunia (3 tingkat)
Panjang kapal Nabi Nuh adalah 1200 Kubit dan lebarnya 600 Kubit dan mempunyai 3 lapisan. Tingkat pertama diletakkan binatang-binatang liar dan yang sudah dijinakkan, tingkat kedua ditempatkan manusia dan tingkat ketiga untuk burung-burung.

6. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Kapal Belayar Yang Tertinggi Dari Dasar Laut
Menurut Al Qur’an, bahtera Nuh telah mendarat di Bukit Judi. Ada pendapat yang
menunjukkan suatu gunung di wilayah Kurdi atau tepatnya dibahagian selatan Armenia, ada pendapat lain dari Wyatt Archeological Research, bukit tersebut terletak di wilayah Turkistan Iklim Butan, Timur laut pulau yang oleh orang-orang Arab disebut sebagai Jazirah Ibnu Umar (Tafsir al-Mishbah).

7. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Anti-Taufan Dan Banjir Pertama Di Dunia
Allah membimbing Nabi Nuh a.s membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan taufan dan banjir.

8. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Pertama Yang Berlayar Tanpa Kompas
Setelah bahtera itu disiapkan, Kitab Kejadian menggambarkan bahawa air menenggelamkan bumi selama 150 hari lamanya dan setelah itu air mulai surut.

9. Bahtera Nabi Nuh Dinakhodai Oleh Bukan Ahli Laut
Nabi Nuh adalah seorang nabi yang diceritakan dalam Taurat, Al-kitab, dan Al-Quran. Nabi Nuh a.s diangkat menjadi nabi sekitar tahun 3650 SM. Dikatakan beliau tinggal di wilayah Selatan Iraq moden.

10. Bahtera Nabi Nuh Adalah Satu-Satunya Kapal Dengan Penumpang Paling Sedikit Pertama Di Dunia
Ibnu Thabari menceritakan setelah kapal berlabuh di pegunungan Ararat, ia kemudian membangunkan satu kota di daerah Ararat (Qarda) disebuah kawasan termasuk Mesopotamia dan menamakan kota tersebut sebagai Themanon (Kota delapan Puluh) kerana kota tersebut dibangunkan oleh orang yang beriman berjumlah 80 orang.

11. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Yang Mengangkut Binatang Berpasangan Terbanyak Di Dunia
Nuh memiliki 4 anak laki-laki: Kan’an, Sem, Ham, dan Yafet. Menurut kitab Kejadian, pada waktu terjadinya air bah yang menutupi seluruh bumi; hanya beliau sekeluarga (isterinya, ketiga anaknya, dan ketiga menantunya) dan binatang-binatang yang ada di dalam bahtera Nuh yang selamat dari air bah tersebut.

12. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Satu-Satunya Kapal Yang Mendarat Di Gunung
Berdasarkan foto yang diambil dari gunung Ararat, menunjukkan sebuah perahu yang sangat besar dikatakan memiliki luas 7.546 kaki dengan panjang 500 kaki, lebar 83 kaki dan tinggi 50 kaki dan masih ada tiga tingkat lagi diatasnya.

13. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Yang Mengharungi Banjir Paling Lama Di Dunia
Kitab Kejadian menggambarkan bahawa air yang menenggelamkan bumi selama 150 hari lamanya dan setelah itu air mulai surut. Nuh menunggu hingga bumi benar-benar kering sebelum membuka pintu bahtera.

sumber

Monday, 16 September 2013

sambut birthday akhirnya

Assalam.. tadi dah tulis entry pasal birthday.. ingat tak jadi nak p kuar makan tp akhirnya dapat juga kuar.. hehehee.. bukan la jga nak kata x di benarkan tp mood mcm agak x brapa baik td nak keluar.



Kitaorg pun pergilah ke KFC untuk makan malam sama2 sempena brthday cik tunang hari ni..
Best jer tgk dia happy tu.. hehehe...

TAPI..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! masih x dapat snap photo pulak tadi.. waaaaaaAAA..!!!!!!!!!

keciwa sia tauuuuu... :p

hahaha.. takpe la.. yg pntg dpt luangkan masa dan bg hadiah yg comel molek kat cik sofie dah ckup bagus. hehehe...


Ok la sampai sini dlu.

Takecare.

-mohdnasyit-

harijadi cik tunang a.k.a cik sofie

assalam..

16 sept 1990 adalah harijadi cik sofie.. Harini plan nak celebrate kat luar.. snap2 foto baru update blog ni bersama gambar.. but unfortunately xda kesempatan and dlm masa yg sama hujan dan banjir telah menjejaskan sikit program harini.. But please believe, Allah knows best. So x pe la x dpt celebrate.

X dapat nak ambil gambar sambut brthday, aku ada 1 gambar baek punyer..!!

Jutaan thx kat mreka berdua ni sbb ada hari ni.. hehehhe.. Gambar yg simple tapi ribuan makna bg aku...

Ok la that's all for this time.

Take care.

Monday, 9 September 2013

Format Laptop Guna USB @ Pendrive

Dalam post ini , saya  akan tunjukkan cara untuk format laptop menggunakancara USB sebagai bootable device.

(1) Download Win Setup Format USB 1.0 dulu. Software tu macam gambar di bawah.

http://www.mediafire.com/download.php?a6acg8e65i2u3j6   <---download br="">

(2) Pastikan nama pendrive anda dalam kotak atas sekali.

(3) Dalam ruangan ADD TO USB DISK, ada 5 pilihan untuk anda. Klik pada kotak yang anda   
      ingin pilih. Contoh - Sekiranya nak format Windows 7, klik pada kotak kedua.

(4) Disebelah kanan itu adalah button untuk cari dimanakah data2 Windows 7. Kalau nak 
      senang, copy semua data dalam CD dan letak dalam laptop. Prosesnya menyalin akan   
      menjadi lebih cepat.

(5) Akhir sekali, klik butang GO. 


P/S : 
(1) Sebelum format, anda perlu tukar boot options pada laptop anda terlebih dahulu kepada boot from USB. Contohnya laptop jenis Compaq, ketika Startup tekan ESC.
(2)FORMAT USB @ PENDRIVE ANDA DAHULU SEBELUM GUNA SOFTWARE INI!
(3) Cara format laptop guna USB @ Pendrive sama saja macam format guna CD.

Download :
http://www.mediafire.com/download.php?a6acg8e65i2u3j6

***dengan pendrive bersaiz besar, 16GB keatas - kita boleh muatkan semua software yang kite nak install pada PC nanti.

SELAMAT MENCUBA>...thanks to:
http://kojoe-how-to-tutorial.blogspot.com/2012/10/tutorial-cara-format-menggunakan.html