Berikut adalah antara senarai makanan pembakar kalori yang bagus untuk anda masukkan dalam menu pemakanan harian anda.
Oren
Buah oren adalah antara buah yang mengandungi banyak vitamin C. Kajian
mendapati bahawa jika tubuh kekurangan vitamin C, pembakaran kalori dan
lemak menjadi lebih sukar. Vitamin C bertindak sebagai ejen antioksida
yang membantu mempercepatkan pembakaran kalori dalam badan. So, amalkan
makan oren setiap hari untuk mempercepatkan pembakaran kalori.
Air Puti
Mesti ada dalam rumah kan? Air putih memainkan peranan penting dalam
usaha menurunkan berat badan. Minum 8 gelas air putih setiap hari.
Pengambilan air yang cukup akan membantu mempercepatkan pembakaran
kalori dan ia juga baik untuk kesihatan kulit selain mengelakkan
dehidrasi.
Ikan
Suka makan ikan? Mereka yang makan ikan 3 atau 4 kali seminggu mempunyai
tahap leptin yang tinggi berbanding yang tak makan ikan. Leptin adalah
sejenis hormone yang membantu mengawal selera makan dan juga memainkan
peranan untuk menurunkan berat badan. Ikan juga kaya dengan omega 3 yang
membantu mengawal gula dalam darah. Oleh itu masukkan ikan dalam menu
anda.
Susu
Susu adalah pembekal utama kalsium untuk keperluan tubuh. Keperluan
kalsium bukan hanya untuk menguatkan tulang malah membantu proses
pembakaran kalori dalam tubuh (susu rendah lemak). Minumlah 2 gelas susu
setiap hari.
Epal
Epal merupakan sumber pectin dan fiber yang amat diperlukan dalam diet
anda. Anda juga lebih mudah kenyang hanya dengan makan epal. Kandungan
5g pektin boleh mengenyangkan anda untuk tempoh sehingga 4 jam dan boleh
didapati daripada 2 biji epal.
Barli
Barli kaya dengan fiber dan karbohidrat kompleks tetapi kurang kalori. Ia membantu proses pembakaran kalori dalam tubuh badan.
Kacang Hitam (Black Beans)
Merupakan makanan yang rendah kalori, mengenyangkan dan kaya dengan fiber.
Tembikai Susu Jingga (Rock Melon)
Anda pernah makan buah ni? Buah ini juga dipanggil cantaloupe di
Amerika. Kaya dengan nutrient dan rendah kalori. Baik untuk kesihatan
dan membantu meningkatkan imunisasi badan melawan penyakit.
Lobak Merah
Kaya dengan fiber, rendah kalori dan amat sesuai dimasukkan dalam menu
pemakanan harian anda. Mengandungi lemak karotenoid iaitu bahan larut
yang merendahkan risikao pelbagai jenis kanser dan radang.
Bijirin (Cereal)
Kaya dengan fiber. Kajian mendapati mereka yang amalkan makan bijirin
semasa sarapan akan makan dalam kuantiti yang sedikit semasa makan
tengahari berbanding mereka yang menikmati makanan kurang fiber semasa
sarapan. Bijirin membuat anda cepat kenyang dan lambat berasa lapar.
Cili Merah
kandungan capsaicin dalam cili membantu mencegah pembentukan lemak dan
mengurangkan rasa lapar. Ia juga membantu meningkatkan metabolisme badan
untuk membakar kalori. Sebaiknya buang biji cili sebelum dimasukkan
dalam masakan anda.
Fruit Smoothies
Merupakan minuman campuran buah-buahan segar yang dikisar bersama susu
dan yogurt. Kaya dengan pelbagai nutrient yang terdapat dalam
buah-buahan termasuk susu dan yogurt. Rendah kalori dan mampu
mengenyangkan anda. Pastikan anda menggunakan susu rendah lemak.
Halia
Termasuk dalam kategori herba yang bagus dimasukkan dalam masakan anda. Membantu proses pencernaan dan pembakaran lemak.
Teh Hijau
Kajian mendapati mereka yang minum the hijau setiap hari, tubuhnya
membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang minum kopi atau
minuman berkafien. Amalkan minum 2 cawan setiap hari.
Bawang merah
Kandungan bawang membantu mengurangkan lemak dalam yang terkandung dalam
makanan anda. Oleh itu jangan lupa masukkan bawang dalam masakan anda.
Strawberry
Kaya dengan kandungan air dan fiber serta rendah kalori. Amat sesuai untuk anda yang sedang berdiet.
Tempe
Tempe diperbuat daripada kacang soya berprotein tinggi yang membantu
proses menurunkan berat badan. Mengandungi 30% keperluan fiber yang
disarankan untuk badan.
Rumput laut
Sayuran laut ini amat sesuai untuk mereka yang berdiet kerana kaya dengan nutrisi dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.
-admin-
Featured post
Signboard Unik & Sepotong Kenangan di Kuala Lumpur
Signboard Unik & Sepotong Kenangan di Kuala Lumpur Kuala Lumpur bukan sekadar tentang bangunan pencakar langit atau kesibukan kota yang ...
Saturday, 5 July 2014
Thursday, 3 July 2014
NASI AYAM HAINAN
NASI AYAM HAINAN
BAHAN BAHAN
1 ekor ayam
kosher salt
4'' halia muda saiz 1/4'' setiap satu
2 batang daun bawang saiz 1" setiap satu
1 sudu kecil sesame oil
UNTUK NASI
2 sudu besar chicken fat atau 2 tbsp vegetable oil
3 ulas bawang putih - cincang
1'' halia muda - cincang
2 cawan beras basuh dan rendam dalam 10 minit
2 cawan air rebusan ayam
1/2 sudu kecil sesame oil
1 sudu kecil kosher salt
UNTUK SOS CILI
1 sudu besar air perahan limau nipis
2 sudu besar air rebusan ayam
2 sudu kecil gula
2 sudu besar sriracha chili sauce
4 cili merah dan sedikit cili padi
4 ulas bawang putih
1'' halia
sedikit garam
UNTUK SOS AYAM
1 sudu besar minyak garlic
1 sudu kecil sesame oil
5 sudu besar light soya sauce
1 1/2 sudu besar gula
3 sudu besar air rebusan ayam
UNTUK HIASAN
1/4 cawan dark soy sauce
Sedikit daun ketumbar
1 timun
CARA CARA
1. Bersihkan ayam dengan menggosok
kulitnya dengan garam luar dan dalam bagi menghilangkan sebarang
kekotoran. Bilas. Lumurkan garam luar dan dalam. Masukkan halia dan
batang daun bawang ke dalam ayam. Letakkan ayam ke dalam periuk besar
dan isi dengan air setinggi 1 inci menenggelamkan ayam. Panaskan dengan
api yang besar sehingga menggelegak. Sebaik memggelegak, perlahankan
api bagi air mendidih perlahan selama 30 minit. Cucuk dengan chopstik di
bahagian paha untuk melihat samada ayam dah masak.
2. Selepas ayam masak, tutup api,
keluarkan dan rendam ayam dalam air ais untuk menyejukkannya dan
menghentikan proses ayam dari terus masak. Ini akan menjadikan kulitmya
rangup dan isi nya lembut. Buang halia dan daun bawang. Simpan air
rebusan untuk kegunaan lain.
3. Untuk memasak nasi: Tos beras yang
direndam. Panaskan 2 sudu besar minyak dari lemak ayam, masukkan bawang
putih dan halia sehingga wangi. Masukkan beras dan goreng sekejap
dalam 2 minit. Masukkan minyak sesame dan garam. Masukkan air rebusan
ayam dan masaklah dalam periuk elektrik. Jika suka boleh juga letak daun
pandan.
4. Sementara nasi masak, keluarkan ayam
dari air ais dan lumurkan luar dan dalam dengan minyak sesame. Potong
ayam untuk dihidangkan. Atau boleh juga, dipotong dahulu sebelum
melumur. Sebelum dihidang, tuang sos ayam ke atas ayam yang dipotong
5. Untuk membuat cili sos: Kisar semua bahan sehingga halus.
6. Untuk membuat sup: Panaskan sup dan masukkan garam dan masukkan bawang goreng atau daun bawang sebagai hiasan.
Hidangkan nasi ayam dengan sos cili,
dark soy sauce, hirisan timun dan sup. Letakkan daun ketumbar atas ayam
dan sedikit atas nasi.
| antara bahan diperlukan |
| gosokkan ayam dengan garam di bahagian luar dan dalam |
| masukkan halia dan daun bawang ke dalam ayam |
| rebus hingga menggelegak dan kemudiannya api diperlahankan |
| setelah masak rendam ayam dalam air ais |
| potong ayam sebelum dilumur sos ayam |
| lumur sos ayam sebelum dihidangkan |
| minyak dari lemak ayam diguna untuk menumis bawang putih dan halia |
| goreng beras sebelum dimasukkan minyak bijan dan garam |
| bahan untuk dibuat sos cili |
| sos cili yang sudah siap |
| sos ayam. sos cili dan sayuran |
| siap untuk dinikmati ... silakan |
Thursday, 26 June 2014
Saturday, 7 June 2014
Memancing vs Golf
Kisah memancing VS main golf
MAHAL1. Mahal la pancing ni. x mampu aku beli.
2. Mahal la kayu golf ni. Ia hanya utk org2 kaya saja.
PENAT/TIADA HASIL
1. Penat saja memancing, nanti bukan ada hasil tu.
2. Penat saja main golf tu, tiada hasil pun.
DENGAR-DENGAR DARI ORANG LAIN
1. Dengar2nya ada org mati memancing.
2. Dengar2nya ada org mati main golf.
RISAU APA ORANG AKAN KATA
1. Klu aku memancing apa la org akan kata nnt?
2. Klu aku pergi main golf apa la nnt org akan kata?
JADI TOK NUJUM MERAMAL NASIB
1. Klu xda ikan mau makan umpan mcmna nnt?
2. Klu bola golf xnak masuk lubang tu mcmna la nnt?
MEMPERTIKAIKAN
1. Boleh dapat ikan ka memancing ni?
2. Boleh ka main golf ni? mcm x masuk akal saja game ni.
SUSAH
1. Susah memancing ni dari tadi tak ada ikan makan.
2. Susah la main golf ni, dari td pukul2 bola asyik x kena.
SCAM
1. Scam la memancing ni. orang yg dpt ikan tu penipu semata2. Org yg jual pancing tu menipu utk jual alat2 pancing dia.
2. Scam la main golf ni. mana ada org pnh berjaya pukul bola golf sampai masuk lubang. Kayu golf ni scam!!
MENYALAHKAN
1. Gara2 memancinglah aku kerugian.
2. Gara2 main golf la aku kerugian.
MORAL OF THE STORY
Carilah apa saja alasan klu mahu. Tiada siapa yg dpt bantah. Anda akan berjaya lakukannya..semua yg anda berikan itu mmg TEPAT dan BENAR jika anda mahu. At the end of the day hidup anda pun akan masih kekal mcm biasa, tiada siapa pun blh ubah hidup 'emas' anda itu dan jika itu bgus, teruskan.. TAPI jika ia MEMBEBANKAN anda pada ketika ini, sila la buat sesuatu, sekarang juga.
1. Penat saja memancing, nanti bukan ada hasil tu.
2. Penat saja main golf tu, tiada hasil pun.
DENGAR-DENGAR DARI ORANG LAIN
1. Dengar2nya ada org mati memancing.
2. Dengar2nya ada org mati main golf.
RISAU APA ORANG AKAN KATA
1. Klu aku memancing apa la org akan kata nnt?
2. Klu aku pergi main golf apa la nnt org akan kata?
JADI TOK NUJUM MERAMAL NASIB
1. Klu xda ikan mau makan umpan mcmna nnt?
2. Klu bola golf xnak masuk lubang tu mcmna la nnt?
MEMPERTIKAIKAN
1. Boleh dapat ikan ka memancing ni?
2. Boleh ka main golf ni? mcm x masuk akal saja game ni.
SUSAH
1. Susah memancing ni dari tadi tak ada ikan makan.
2. Susah la main golf ni, dari td pukul2 bola asyik x kena.
SCAM
1. Scam la memancing ni. orang yg dpt ikan tu penipu semata2. Org yg jual pancing tu menipu utk jual alat2 pancing dia.
2. Scam la main golf ni. mana ada org pnh berjaya pukul bola golf sampai masuk lubang. Kayu golf ni scam!!
MENYALAHKAN
1. Gara2 memancinglah aku kerugian.
2. Gara2 main golf la aku kerugian.
MORAL OF THE STORY
Carilah apa saja alasan klu mahu. Tiada siapa yg dpt bantah. Anda akan berjaya lakukannya..semua yg anda berikan itu mmg TEPAT dan BENAR jika anda mahu. At the end of the day hidup anda pun akan masih kekal mcm biasa, tiada siapa pun blh ubah hidup 'emas' anda itu dan jika itu bgus, teruskan.. TAPI jika ia MEMBEBANKAN anda pada ketika ini, sila la buat sesuatu, sekarang juga.
Sunday, 1 June 2014
Rahsia Lelaki Mengikut Empat Unsur
Rahsia Lelaki Mengikut 4 unsur
(1) Tanah = anak pertama, anak kelima, anak kesembilan(2) Air = anak kedua, anak keenam, anak kesepuluh
(3) Api = anak ketiga, anak ketujuh, anak kesebelas
(4) Angin = anak keempat, anak kelapan, anak keduabelas
TANAH
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis
Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang menghargai
kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap,
tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh
deria.
(JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING)
Sedar mengenai hakikat diri, menilai
material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap,
tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh
pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin,
bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah,
senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima’, selalu
sihat, banyak kerja.
AIR
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia
tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya,
mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap
siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.
(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)
Lemah lembut, perasaannya dalam, belas
kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya,
berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat
seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal,
boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak,
banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.
API
Sifat api dikaitkan sebagai jenis
Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia
digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah,
bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang
matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu,
sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu
melihat kemungkinan masa depan.
(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)
Pentingkan diri, megah, semangat tinggi,
kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan,
cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru
dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak
terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha,
pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati,
panas tubuhnya, kurang tidurnya.
ANGIN
Sifat angin dikaitkan dengan jenis
Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini
berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang
lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi,
menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti
ambil mudah, sukakan fakta dan figura.
(JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
Orang teori, sukar dipengaruhi,
objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi
kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah,
suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap,
responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin.
Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.
* Kenyataan di atas hanyalah kajian teori ahli falsafah
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Sekarang semua pun mudah sebab adanya online. So lepas ni kalau nak uruskan kenderaan terutamanya di WP Labuan, mengenai duty stamp tu boleh...
-
16 Sept. 2014 - selamat hari jadi cik tunang tersayang!! Alhamdulillah.. hari ini genaplah ke 24 tahun buat cik tunang tersayang sofinah l...
-
Momen-Momen Bandar: Koleksi Foto Sepanjang Perjalanan di Kuala Lumpur Bandar Kuala Lumpur sentiasa memberi rasa yang sukar digambarkan deng...


