Masukkan sos tomato dan sos cili atau, masukkan tomato puri(jika menggantikan sos tomato). Kacau rata. Masak hingga pecah minyak. Masukkan sedikit air. Kacau lagi hingga pekat. Last sekali, masukkan garam dan gula melaka secukup rasa.
-MN-
Signboard Unik & Sepotong Kenangan di Kuala Lumpur Kuala Lumpur bukan sekadar tentang bangunan pencakar langit atau kesibukan kota yang ...
Masukkan sos tomato dan sos cili atau, masukkan tomato puri(jika menggantikan sos tomato). Kacau rata. Masak hingga pecah minyak. Masukkan sedikit air. Kacau lagi hingga pekat. Last sekali, masukkan garam dan gula melaka secukup rasa.
Hari ini 62 tahun yang lalu, Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad mangkat.
Diputerakan di Seri Menanti pada 24 Ogos 1895, baginda adalah cahaya mata ke-2 YDP Besar Negeri Sembilan moden yang pertama & YDP Besar Seri Menanti yang ke-7, Tuanku Muhammad ibni Tuanku Antah dengan Tunku Puan Chik. Baginda mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Jempol seterusnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Tamat sekolah, baginda berkhidmat dengan Sekretariat Persekutuan di KL, pada masa sama menyertai Malayan Volunteer Regiment (MVI). Pada 1921, baginda dilantik sebagai Penolong Pegawai Daerah Seremban. Kemudian ditugaskan ke daerah Klang (1922), Hulu Selangor (1923), Sepang (1923-1925) menggalas jawatan sama sebelum khidmat singkat di Mahkamah Tinggi KL.Hari ini 71 yang lalu, berlaku insiden pembunuhan di mana minda pelaku berada dalam hipnosis di Copenhagen, Denmark.
Pada hari itu, lelaki berusia 28 tahun bernama Palle Hardrup merompak sebuah bank & menembak mati salah seorang juruwang serta pengurus cawangannya. Dia kemudian melarikan diri menaiki basikal ke jalan berdekatan sebelum memasuki sebuah bangunan. Beberapa orang saksi mengejarnya, yang kemudian cuba bersembunyi di ruangan tangga. Setibanya polis, Hardrup menyerah diri dengan rela & apabila ditanya mengapa dia berbuat demikian, jawab Hardrup dia disuruh oleh ‘Malaikat Pelindung’nya.Hari ini 107 tahun yang lalu, Typhoid Mary si ‘super-spreader’ penyakit kepialu dikuarantin buat kali ke-2 yang membawa sehingga akhir hayatnya.
Nama sebenarnya Mary Mallon, lahir pada 1869 di Cookstown, Ireland. Dia berhijrah ke A.S. & menjadi orang gaji beberapa keluarga elit di New York termasuk keluarga Charles Warren. Ketika satu percutian musim panas 1903, 6 ahli keluarga itu menghidap demam kepialu. Apabila Warren mengupah seorang jurutera kebersihan untuk menyiasat puncanya, didapati ia daripada orang gaji mereka, Mallon. Menjejak rekod pekerjaannya, rupanya sejak 1900 ada 7 keluarga terlibat, 22 jangkitan dengan kematian seorang budak perempuan.Hari ini 63 tahun yang lalu, patung Barbie yang pertama dipersembahkan kepada khalayak. Ia bermula dengan Ruth Handler, yang mengasaskan Mattel, Inc. bersama suaminya pada 1945, melihat anak perempuannya meninggalkan patung bayinya apabila sudah meningkat usia & mula bermain dengan patung kertas wanita dewasa. Handler menyedari bahawa ada pasaran khusus untuk kanak-kanak perempuan yang berangan menjadi dewasa. Lalu diciptakan sejenis patung wanita setinggi 11 inci yang menjadi patung permainan pertama berciri dewasa yang dihasilkan secara besar-besaran di A.S. Rupa Barbie diolah daripada Bild Lilli, patung Jerman yang dicipta berdasarkan watak kartun 'strip' dalam akhbar Jerman Barat ‘Bild Zeitung’. Ia dihasilkan sebagai cenderamata untuk lelaki dewasa yang dijual di kedai tembakau. Mattel membeli hak terhadap patung itu, mengubah suai rupa & bahan pembuatannya lalu Handler menamakannya Barbie, sempena nama anaknya, Barbara. Pada 9 Mac 1959, ia dipamerkan buat julung kalinya di Pameran Alat Permainan Amerika di New York. Mattel menggunakan kedudukannya sebagai penaja rancangan TV ‘Mickey Mouse Club’ sejak 1955 untuk memasarkan Barbie, yang menjadi antara syarikat alat permainan pertama yang menyiarkan iklan untuk kanak-kanak. Pada 1961, Mattel memperkenalkan ‘teman lelaki’ Barbie, Ken, yang dinamakan Handler sempena anak lelakinya. Kemudian hadir ‘kawan baik’ Barbie, Midge pada 1963 & ‘adik’ Barbie, Skipper, muncul tahun berikutnya. Barbie turut mengundang kontroversi. Bentuk badannya yang ramping dilihat memberi contoh yang tidak realisitik, memupuk imej tubuh yang negatif serta menggalakkan sifat materialistik dalam kanak-kanak perempuan khususnya. Begitupun di sisi positif, Barbie dilihat sebagai menyediakan alternatif kepada peranan jantina tradisional di era 50-an ketika ia mula diperkenalkan dengan kepelbagaian kerjaya yang dipamerkan dalam bentuk pakaian & aksesorinya. Sejak 1959, dianggarkan lebih 1 bilion patung Barbie telah terjual di seluruh dunia. *Gambar patung Barbie edisi pertama yang dihasilkan pada 1959. Sumber: History, Britannica