1. Baca Al-Fatihah
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul
setiap hari. Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah
Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah
al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi
dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.(
At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan
Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul
Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi :
Sohih.
3) Ayat al-Kursi selepas solat ( iaitu surah Al-Baqarah
ayat 255) Ertinya : "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas
solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga"
(Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya
Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn
Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi
(Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir
Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426)
4) Membaca doa ini dengan
setiap hari iaitu 3 kali : "Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai
un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul Alim". Ertinya : Rasulullah
S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan
petangnya : "Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan
dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha
mendengar lagi maha mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang
mampu memudaratkannya) ) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no
1413, 2/207)
5) Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah
pada waktu malam. Ertinya : "Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat
no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat
itu telah pun mencukupi baginya"(Al- Bukhari & Muslim)
6)
Membaca zikir : "La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku
walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ala kulli syai'in Qodir " ( sepuluh
kali ) Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : "
Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya
segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang
mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu"sebanyak 100 kali
selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari
qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan
sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan
seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh
kejahatan seperti dosa-dosa besar.” (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi
SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani :
Hasan)
7) Membaca : " A'uzubillah bikalimatillah at-Tammati min
syarrima Khalaq" Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu
berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha
sempurna dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa
akan memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib
wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336,
1/225 )
sumber
Featured post
Signboard Unik & Sepotong Kenangan di Kuala Lumpur
Signboard Unik & Sepotong Kenangan di Kuala Lumpur Kuala Lumpur bukan sekadar tentang bangunan pencakar langit atau kesibukan kota yang ...
Sunday, 16 September 2012
Cristiano Ronaldo Dikecam Israel Kerana Bantu Palestin
Berbeza dengan Barcelona yang mempunyai ikatan dengan Israel, Real
Madrid malah memilih menghampiri dengan Palestin. Tidak hanya
ditunjukkan polisi kelab, sikap pemain Los Blancos juga demikian.
Yang paling ketara adalah langkah yang dilakukan pemain termahal di dunia Cristiano Ronaldo. Bintang Seleccao yang dilabelkan media barat memiliki sifat sombong tersebut ternyata mempunyai hati mulia.
Mantan penggawa Manchester United itu dengan penuh keikhlasan memberikan kasut emas yang diraihnya musim 2011 kepada kepada lembaga amal kelabnya. Hal itu dilakukan pemain berjuluk CR7 itu untuk membantu anak-anak Palestin.
Laman Qodsna pada akhir tahun lalu memberitahu, lembaga amal Real Madrid melelong kasut emas milik Ronaldo itu hingga 1,4 juta euro. Wang hasil lelong itu disumbangkan untuk membina beberapa sekolah yang hancur di sepanjang di Jalur Gaza. Sokongan Pemain Terbaik Dunia pada 2008 tersebut tidak berhenti sampai di situ.

Sebelumnya ketika masih memperkuat pasukan Merah, dalam sebuah acara,
Ronaldo mengenakan skaf Palestin. Tindakannya itu mendapat kecaman hebat
dari lobi-lobi Zionis dan media barat. Beberapa media barat yang
bersekutu dengan Yahudi seakan memusuhinya dan mencitrakan segala
keburukannya.
Namun ada juga sebahagian media Britain menyebut aksi Ronaldo itu sebagai bentuk kemanusiaan. Ia menunjukkan kepedulian terhadap krisis Palestin dan rakyat Jalur Gaza. Ronaldo dikhabarkan pernah secara langsung berkunjung ke tanah pendudukan Palestin pada 2007 dan 2005.
Di sana dia disambut suka cita oleh rakyat Palestin dan mendapat pengawalan ketat. Tapi lagi-lagi Ronaldo dikecam media yang pemiliknya menyokong polisi kerajaan Zionis

16 september ~ Hari istimewa :-)
assalam semua readers setia. Moga sihat-sihat selalu dan hidup berbahagia hendaknya..
Today, 16 september merupakan hari yang istimewa kerana dua perkara..
16 september ni juga dikenali sebagai hari malaysia selepas hari kemerdekaan pada 31 ogos yang lepas. :-)
Berikut 2 perkara penting sempena tarikh bersejarah ini.
1). PERKARA PERTAMA : Pembentukan Negara Malaysia.
16 September merupakan hari bersejarah terutamanya bagi Negeri Sabah dan Sarawak kerana terlibat dalam pembentukan sebuah negara yang dikenali sebagai negara Malaysia.
2). PERKARA KEDUA : .... Nak tahu apa dia??
.....
....
...
..
.
..
...
....
.....
HARIJADI Cik Sofie yang ke-22 tahun!!
Sempena birthday ko ni, aku ada 3 wish untuk ko sempena birthday ko ni Cik Sofie yer..
#1. Semoga ko panjang umur dan murah rezki selalu.
#2. Semoga ko berjaya dalam apa jua bidang yang engkau ceburi.
#3. Semoga jodoh kita kekal hingga akhir hayat.
ameen...
PS: Happy Birthday yer Cik Sofie.. i Love you! :-) <3 <3
Saturday, 15 September 2012
Makan Burger 5 Kali Seminggu, Anda Berisiko Menghidap Kanser..
Bagi
sesetengah orang, burger merupakan makanan kegemaran yang perlu di ambil
selalu, tidak kira pada waktu pagi mahupun malam..Kalau boleh, nak
makan tengahari pun nak kena ada burger..Tapi, korang tahu tak, dengan
pengambilan burger yang terlalu kerap korang akan berpotensi untuk
menghidap kanser? Mesti korang hairan kan, apa kena mengena makan burger
dengan kanser? Okay, kalau korang nak tahu, meh baca kat bawah ni..
Pada sebahagian masyarakat, pengambilan burger mungkin menjadi hal yang masih jarang dilakukan. Tapi bagi sesetengah orang yang lain nya, mungkin hal ini menjadi kebiasaan, bahkan telah menjadi makanan kegemaran seseorang.
Persoalannya, berapa banyak anda memakan burger setiap minggu? Burger apa yang lebih anda suka? Daging ayam atau daging lembu? Jika jawapannya lebih daripada lima dan anda lebih suka makan burger daging lembu, maka ada baiknya untuk anda berhati-hati.
Berdasarkan sebuah pertemuan antara cendiakawan yang bekerja dengan pemerintah England, mereka telah sebulat suara mengeluarkan pandangan bahawa makan burger lima kali dalam seminggu dapat memperbesarkan risiko mendapat kanser.
Oleh itu, mereka mengesyorkan kepada seluruh masyarakat agar tidak makan burger daging, khususnya daging lembu atau daging merah yang telah di proses, lebih dari 500 gram setiap minggu (70 gram sehari).
"Daging merah memang penting untuk tubuh, namun akan menjadi perkara yang tidak bertanggung jawab bila kita mengetepikan risiko penyakit yang akan muncul. Pandangan kami cukup jelas." ulas sumber daripada pertemuan cendiakawan pemerintah.
Katanya lagi, penemuan ini akan di siarkan secara menyeluruh oleh Jawatankuasa Penasihat Sains untuk Nutrisi (SACN) dalam beberapa hari lagi.
Penemuan ini diharap dapat menguatkan lagi laporan SACN yang pada sebelumnya juga telah menemui bahawa pengurangan pengambilan daging merah dan daging yang telah diproses akan mengurangkan risiko menghidap kanser usus..
SUMBER

Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Sekarang semua pun mudah sebab adanya online. So lepas ni kalau nak uruskan kenderaan terutamanya di WP Labuan, mengenai duty stamp tu boleh...
-
16 Sept. 2014 - selamat hari jadi cik tunang tersayang!! Alhamdulillah.. hari ini genaplah ke 24 tahun buat cik tunang tersayang sofinah l...
-
Momen-Momen Bandar: Koleksi Foto Sepanjang Perjalanan di Kuala Lumpur Bandar Kuala Lumpur sentiasa memberi rasa yang sukar digambarkan deng...