Friday 10 June 2016

MODAL RM4, DAPAT RM100, KUASA PENGIKLANAN FB ADS

Assalamualaikum wbt..


Selamat berpuasa dan beribadah di bulan ramadhan almubarak yang penuh berkat. Moga sihat hendaknya selalu...

Hari ni nak kongsi tips bagaimana hendak menjana wang dari facebook menggunakan fbads(fb advertising) dengan modal minima RM4 untuk pemasaran sehari.

Perkara penting yang perlu take note sini adalah;

  1. produk yang mempunyai conversion rate tinggi
  2. website menjual/terima payment
  3. produk yang mempunyai permintaan tinggi/nich market


So dari semua tu anda boleh setkan fanpage untuk mengumpulkan follower kepada produk tersebut dan jalankan fbads untuk mendapatkan pembeli yang berpotensi..


Produk mempunyai conversion rate tinggi

Bermaksud produk yang mudah terjual kerana anda pasarkan kepada sekumpulan orang yang berminat dengannya. Ia juga bermaksud traffic atau pelawat yang ditukarkan kepada pembeli. Maka produk yang tinggi conversion rate, dalam bahasa lainnya adalah produk mudah dijual kepada pelawat dari iklan anda.

Sebagai contohnya jika di bulan ramadhan ini pastinya produk-produk berkaitan kuih-muih/biskut raya dan baju raya. So target costumer anda adalah penggemar kuih raya atau pembeli baju raya kerana permintaan akan tinggi pada bulan puasa ini.

Product yang sesuai + bulan puasa = Conversion rate tinggi


Website menjual/menerima payment

Ini adalah part paling penting dan kritikal. Anda wajib ada kedai jika hendak menjual. Untuk urusan ini, anda wajib ada satu laman website menjual untuk maklumat produk anda dan cara-cara payment produk anda. Zaman sekarang cukup mudah dimana orang cuma postkan sahaja iklan dan meminta 'PM' dari prospek produk. Ia berkesan juga tetapi adalah lebih baik jika punyai website kerana melalui website itu, pelanggan/prospek hanya akan tertumpu pada produk anda tanpa ada iklan-iklan lain yang boleh alihkan perhatian dia.

urusan payment juga akan lebih kemas dan teratur tanpa anda pening nak jawab soalan ulang-ulang dari customer yg ramai. Hanya perlu sediakan ruang bayaran dan itu sudah cukup untuk menjawabkan soalan bagi pihak anda.

Produk yang punyai permintaan tinggi

Produk yang punyai permintaan tinggi adalah produk yang mempunyai trend pembelian yang tinggi kerana sesuatu fesyen(jika anda menjual baju) atau kuih/biskut kerana keunikan produk itu. Selain itu faktor diskaun juga akan menjadikan sesuai produk itu mempunyai permintaan tinggi.

Dropship
Dropship adalah cara altenatif jika anda tidak punyai produk sendiri. Anda boleh sertai perniagaan dropship secara percuma atau bayaran minima. Melalui ini anda dapat kenal-pasti ketiga-tiga ciri diatas terhadap produk yang ditawarkan. Satu kelebihan dropship ini adalah anda tak perlu setkan website sebaliknya cuma perlu dapatkan pembeli dan selebihnya anda serahkan pembeli itu kepada penyedia dropship anda! mudahkan?

Jika berasa ia sesuai dan boleh jual, so tunggu apa lagi, setkan fanpage, isikan maklumat produk dan mulailah beriklan!
Topup RM3 jer.. hehehe.. Oleh kerana masih ada baki dari kempen pengiklanan terdahulu, so bolehlah tambah dengan RM3 ini jadikan ia RM4.. Very small bajet kan? Saya rasa semua orang mampu nak beriklan RM4 ni. :)


Saya terima pembeli berberapa jam kemudian melalui paypal. So kalau dah paypal ni maksudnya pelanggan luar dari Malaysia.. I mean Brunei, Indonesia dan Singapore lah.. So yang ni dapatlah customer dari Brunei.

Wow macam bestkan?? Saya dapat dari Brunei sebab saya setkan audiens tu untuk Brunei, so ikan saya akan dipaparkan di bahagian Brunei sahaja. Paypal adalah cara terbaik sebab ia boleh uruskan pembelian kad debit/kredit dari pelanggan. Tolak caj sikit so dapatlah RM93.60.

Iklan saya ni boleh tahan juga 'reach'nya sebab RM4 tu cuma dalam jangkaan bawah 400 orang sahaja tetapi semenjak ia adalah produk yang tinggi coversion rate dan nich tinggi maka ia cepat viral dikalangan luar dari reach.. Boleh jadi ia adalah rekomendasi dari prospek itu kepada prospek lain seperti kawan atau keluarga.

Dalam masa saya menulis iklan ini, saya terima lagi 1 jualan bernilai RM100 melalui CIMBCLICKS.. Maka secara totalnya kini sudah mencapai RM193.60 hanya dengan bermodalkan RM4 sebagai pengiklanan. Untuk maklumat semua, produk yang saya jual ini adalah produk digital yang saya hasilkan sendiri, jual dan simpan untung 100%. hehehehe.. So tak ada kaitanlah dengan produk-produk baju raya dan kuih raya tu yer.. cuma nak bagi idea jer.


Okeylah sampai sini dahulu.

Nanti saya akan share-kan lagi info-info menarik mengenai internet marketing laman sosial ini di masa yang akan datang inshaAllah.

Sekian.
Wsslm..

MOHDNASYIT




Share:

0 comments:

Recommended Webhosting & Domain Services

HUBUNGI

Sila hubungi saya di:
email : admin@pullbackforextrading.com

ENJIN CARIAN GOOGLE

Arkib

Blog Archive